Skip to content
Home » Polisi Insuran Kereta Expired? Apa Anda Kena Buat Seterusnya?

Polisi Insuran Kereta Expired? Apa Anda Kena Buat Seterusnya?

    POLISI INSURANS KERETA

    Semua polisi insuran kereta mempunyai tarikh tamat tempoh dan ia perlu diperbaharui semula setiap tahun. Sebagai pemilik kereta, anda harus tahu tempoh sah polisi insuran kereta anda.

    Secara amnya, setiap insurans kereta mempunyai tempoh sah selama 1 tahun dan selepas itu ia perlu diperbaharui. Jika anda gagal memperbaharui insurans kereta anda tepat pada masanya, ia akan melepasi tarikh tamat tempoh dan menyebabkan kereta anda berisiko sekiranya digunakan di jalan raya.

    Memandu kereta tanpa insurans yang sah boleh menyebabkan anda kerugian wang dalam sekelip mata. Sekiranya berlaku apa-apa kepada kereta anda, anda tidak akan menerima sebarang jenis perlindungan daripada syarikat insurans. Itulah sebabnya anda mesti memastikan bahawa insurans kereta anda sentiasa sah. Jadi, jom ketahui 5 perkara yang perlu anda lakukan dengan segera sekiranya polisi insuran kereta anda tamat tempoh.

    Renew polisi insuran kereta dengan segera

    Hubungi syarikat insurans untuk memaklumkan insurans kereta anda yang telah tamat tempoh

    Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah menghubungi pembekal insurans anda secepat mungkin.

    Penanggung insurans anda masih boleh menawarkan tempoh penangguhan untuk pembaharuan polisi insurans anda yang telah tamat tempoh. Jika tidak, anda perlu memohon polisi kereta yang baharu.

    Jika anda mempunyai ejen insurans, anda boleh menghubungi ejen anda untuk mendapatkan bantuan dalam situasi berkenaan. Mereka mempunyai kepakaran dalam perkara itu. Mereka boleh mengembalikan polisi insurans dan menyelamatkan anda daripada membayar apa-apa jenis penalti.

    Walau apa pun, sila jangan berlengah memperbaharui insurans anda. Anda mungkin perlu membayar premium insurans kereta yang lebih tinggi kerana kelewatan anda memperbaharuinya.

    Elakkan memandu sehingga anda memperbaharui polisi insuran kereta anda yang telah tamat tempoh

    Memandu tanpa insurans yang sah boleh memudaratkan anda.

    Anda tidak akan layak untuk menerima sebarang perlindungan/ pampasan walaupun untuk kerosakan yang sedikit sekiranya berlaku kemalangan kereta. Anda mungkin perlu membayar kos untuk kerosakan kereta anda dan untuk mana-mana pihak ketiga yang terlibat juga (sekiranya kemalangan itu berpunca dari anda).

    Untuk kemudahan anda, renew sahaja insurans secara dalam talian. Sila semak sama ada pembekal insurans anda mempunyai pilihan untuk memperbaharui secara dalam talian.

    Beli polisi insuran kereta baharu

    Anda perlu membeli polisi baharu jika syarikat insurans anda telah membatalkan polisi anda atas alasan anda tidak membayar premium. Terpulang kepada anda sama ada untuk mendapatkan insurans sama dengan yang telah luput atau bertukar kepada polisi insurans baharu.

    Jika anda telah mempertimbangkan untuk menukar penyedia insurans, sekarang adalah masa yang baik untuk melakukan penilaian dan perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans sebelum anda mendapatkannya.

    Pilih polisi insuran kereta yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda

    Sediakan semua dokumen yang diperlukan.

    Pastikan anda menyimpan dokumen anda sebaik sahaja anda membuat keputusan mengenai polisi tersebut. Beberapa dokumen penting dan butiran kenderaan yang perlu disertakan termasuklah:

    • Butiran MyKad anda
    • Lesen memandu anda
    • Sijil pemilikan kenderaan (VOC)
    • Dokumen insurans kereta anda yang luput

    Pastikan anda membayar premium tepat pada masanya

    Perlu diingat bahawa polisi anda akan luput jika anda tidak memperbaharuinya sebelum tarikh tamat tempoh.

    Untuk kemudahan anda, kami mengesyorkan anda menggunakan Bjak yang merupakan salah satu platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia. Bandingkan terus dengan 15 jenama insurans secara online di mana-mana sahaja anda berada. Lebih mudah dan cepat. 

    Di samping itu, Bjak juga akan mengingatkan anda untuk memperbaharui insurans sebelum tarikh tamat tempoh. Biarkan Bjak bantu anda untuk pastikan kereta anda dilindungi sepanjang masa.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: