Skip to content
Home » Insurans Dan Roadtax Kereta – Soalan Lazim & Apa Yang Perlu Anda Tahu!

Insurans Dan Roadtax Kereta – Soalan Lazim & Apa Yang Perlu Anda Tahu!

    Mengenai roadtax & insurans kereta

    Untuk pemilik kereta pertama khususnya, ada yang mungkin belum begitu memahami dengan begitu mendalam mengenai insurans dan roadtax kereta.

    Adakah kedua-duanya wajib dimiliki? Bolehkah renew salah satu sahaja? Yang mana satu perlu diperbaharui terlebih dahulu, dan lain-lain.

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut dan menjawab persoalan yang mungkin bermain di minda anda.

    Fahami dulu fungsi serta perbezaan di antara insurans dan roadtax kereta

    Roadtax & insurans kereta

    Ringkasan fungsi roadtax dan insurans kereta:

    Roadtax: sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia sebelum kenderaan dibenar untuk digunakan di atas jalan raya. Cukai yang dikenakan ini akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) untuk membaiki, membina dan menaik taraf jalan di negara ini.

    Insurans: berfungsi untuk memberi perlindungan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga terhadap pemilik kenderaan jika terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting bagi melindungi anda dan kenderaan akibat daripada kejadian seperti kecurian, kebakaran serta kerosakan pada kenderaan anda sendiri. Namun, setiap perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurans adalah bergantung kepada polisi yang anda miliki ketika kejadian berlaku.

    Berikut merupakan perbezaan lanjut di antara roadtax dengan insurans kereta yang anda perlu fahami:

    RoadtaxInsurans kereta
    Wajib dimiliki seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987Perlu dimiliki sebelum membolehkan anda renew roadtax. Insurans penting bagi melindungi kenderaan anda terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga serta membolehkan anda membuat tuntutan akibat kejadian seperti kecurian atau kebakaran pada kenderaan.
    Harga tidak berubah dan sama pada setiap tahun selagi anda tidak menukar model atau jenama kenderaan andaHarga berbeza setiap tahun. Premium insurans semakin murah jika kadar NCD anda tidak terjejas. Namun, ia juga boleh menjadi mahal daripada sebelumnya jika anda membeli mana-mana perlindungan tambahan ketika memperbaharui insurans
    Boleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahunPerlu diperbaharui untuk tempoh 1 tahun
    Tiada diskaun pada harga roadtaxBerpeluang untuk dapatkan diskaun daripada syarikat insurans yang dipilih
    Tiada caj tambahan akan dikenakanMungkin terdapat caj tambahan atas beberapa faktor

    Soalan-soalan lazim mengenai insurans dan roadtax kereta

    Adakah anda wajib miliki kedua-dua insurans dan roadtax kereta?

    Ya, sebagai pemilik kenderaan, anda wajib untuk memiliki insurans dan roadtax kenderaan yang SAH sebelum ia boleh digunakan di atas jalan raya. Roadtax dan insurans kereta perlu diperbaharui setiap tahun sebelum tamat tempoh bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas anda jika didapati bersalah. 

    Bilakah tempoh terbaik untuk anda renew insurans dan roadtax kereta?

    Untuk memperbaharui insurans, anda boleh memperbaharuinya seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Manakala anda boleh perbaharui roadtax sebaik sahaja anda selesai memperbaharui insurans anda. Walaupun begitu, untuk lebih mudah anda kini boleh memperbaharui kedua-duanya sekaligus secara online, termasuklah di Bjak.

    Bolehkah anda renew roadtax sahaja tanpa insurans kereta?

    Tidak. Untuk membolehkan anda perbaharui roadtax, anda perlu mempunyai insurans kenderaan yang sah terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memastikan insurans anda masih aktif akan menyebabkan proses anda untuk menghidupkan roadtax tidak berjaya.

    Mengapakah harga roadtax berbeza mengikut kenderaan?

    Terdapat beberapa faktor yang membuatkan harga roadtax bagi kenderaan berbeza termasuklah dari segi kapasiti enjin, lokasi geografi kenderaan, jenis kenderaan, pemilikan dan kegunaan kenderaan. Baca artikel kami sebelum ini untuk mengetahui penjelasannya dengan lebih lanjut. 

    Bolehkah satu insurans digunakan untuk kenderaan lain juga?

    Tidak, satu insurans hanya untuk satu kenderaan sahaja. Meskipun anda mempunyai kereta dengan model, tahun pengeluaran dan jenama yang sama, anda tetap perlu membeli perlindungan insurans yang lain bagi kenderaan tersebut.

    Begitu juga jika anda miliki lebih daripada satu kereta di rumah, anda perlu memastikan setiap kenderaan tersebut memiliki perlindungan insurans. 

    Bolehkah insurans kereta digunakan untuk claim bagi kemalangan motosikal?

    Tidak. Insurans kereta hanya boleh digunakan untuk tuntutan bagi kereta sahaja, begitu juga sebaliknya. Ingat, satu insurans hanya untuk satu kenderaan sahaja.

    Kereta terlibat kemalangan, bolehkah anda claim insurans jika lesen memandu tamat tempoh?

    Ya, anda masih boleh membuat tuntutan insurans meskipun terlibat dalam kemalangan ketika lesen memandu tamat tempoh. Ini kerana pada dasarnya anda masih mempunyai perlindungan insurans yang sah. Namun jika anda tidak mempunyai lesen memandu langsung dan terlibat dalam kemalangan, maka anda tidak boleh membuat tuntutan insurans. 

    Ada saman tertunggak dan disenarai hitam, bolehkah anda renew roadtax?

    Tidak. Ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Oleh itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Adakah anda boleh renew insurans bagi kenderaan ahli keluarga lain?

    Ya, proses pembaharuan insurans adalah mudah dan boleh dilakukan secara atas talian. Anda hanya perlu memasukkan beberapa maklumat bagi kenderaan tersebut untuk meneruskan dengan pembaharuan insurans. Tidak salah untuk anda renew insurans bagi pihak orang lain ya!

    Bolehkah anda renew dengan insurans sama pada setiap tahun?

    Ya, boleh. Namun ia tidak digalakkan kerana premium insurans yang anda bayar itu mungkin bukan yang terendah di pasaran pada waktu tersebut. Jadi sebaiknya, anda bandingkan dahulu dengan tiga jenama insurans sebelum perbaharui semula insurans anda.  

    Bolehkah anda batalkan polisi insurans kereta sebelum ia tamat tempoh?

    Ya, anda boleh membatalkan insurans kereta untuk beberapa tujuan tertentu seperti i) ingin menjual kereta tersebut, ii) ingin menukar syarikat insurans atas sebab tertentu atau iii) tersalah hidupkan jenis polisi insurans. Ketahui cara untuk membatalkan polisi insurans menerusi perkongsian kami sebelum ini. 

    Moga bermanfaat!

    Diharapkan perkongsian kali ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas mengenai insurans serta roadtax. Ingat, pastikan perkara-perkara ini difahami sebaik sahaja anda miliki kenderaan bagi kesenangan anda pada masa akan datang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: