Skip to content
Home » Bayar Sehingga 12x Ansuran Bila Renew Insurans di Bjak!

Bayar Sehingga 12x Ansuran Bila Renew Insurans di Bjak!

    bayar insurans ansuran dengan Grab PayLater & SPayLater

    Berita baik untuk semua pemilik kenderaan persendirian di Malaysia! Kini, Bjak menawarkan lebih banyak kaedah pembayaran secara ansuran yang semestinya akan membuatkan pembaharuan insurans anda lebih fleksibel, mudah dan lebih penting, JIMAT!

    Dua kaedah bayaran ansuran TERBARU

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, sejak beberapa tahun lalu Bjak telah menawarkan kaedah pembayaran yang paling mudah dalam membantu anda jimat ketika renew insurans, iaitu Buy Now Pay Later (BNPL) dengan Atome.

    Menerusi BNPL, pelanggan Bjak boleh membuat pembayaran secara 3 kali ansuran, tanpa perlu bimbang mengenai sebarang caj faedah yang akan dikenakan – 0% ansuran untuk anda!

    Kini, bagi membantu anda untuk lebih jimat ketika ingin perbaharui insurans, Bjak menawarkan dua lagi kaedah bayaran ansuran atau instalment dengan pilihan tempoh yang lebih panjang.

    Grab PayLater

    Renew insurans dan bayar ansuran dengan Grab PayLater

    Biasa dengar tentang kaedah pembayaran menggunakan Grab PayLater? Ya, khusus buat pelanggan Bjak, anda kini boleh juga membuat bayaran secara ansuran menerusi Grab PayLater.

    Dengan Grab PayLater, pembayaran anda akan dibuat secara 4 kali ansuran dengan 0% interest! Maknanya di sini, anda hanya perlu membayar harga insurans anda sahaja tanpa perlu bimbang mengenai sebarang caj faedah lain yang mungkin akan dikenakan.

    Contoh: 

    Contoh renew insurans bayar ansuran dengan Grab PayLater

    Manfaat Grab PayLater

    Untungnya bila anda gunakan kaedah pembayaran ansuran dengan Grab PayLater! Mengapa?

    • Tiada caj faedah

    Meskipun dengan tawaran bayaran secara 4 kali ansuran, anda tidak akan dikenakan sebarang caj faedah selagi mana pembayaran anda itu dibuat tepat pada tarikh dan waktunya.

    • Tiada caj tersembunyi

    Risau ada caj tersembunyi yang mungkin akan dikenakan? Tidak perlulah! Grab PayLater menjanjikan pelanggan bahawa ia tidak akan mengenakan sebarang caj tersembunyi/ tambahan melainkan anda lewat untuk membayar lebihan ansuran bagi insurans anda itu. Biasanya caj yang akan dikenakan nanti adalah sebanyak RM10 iaitu untuk mengaktifkan semula akaun PayLater anda yang telah digantung.

    • Check out dengan nombor telefon sahaja!

    Lebih menarik, anda juga tidak perlu berkongsi sebarang maklumat mengenai kad kredit atau debit anda. Dengan PayLater, anda hanya perlu check out dengan nombor telefon anda sahaja meskipun untuk pembaharuan insurans!

    Syarat bayar guna Grab PayLater:

    • Anda merupakan pengguna Grab sekurang-kurangnya selama 6 bulan 
    • Berumur 21 tahun ke atas
    • Akaun Grab anda telah disahkan
    • Anda merupakan ahli Platinum, Gold, atau Silver dari GanjaranGrab
    • Miliki aplikasi Grab dengan versi terkini/ terbaru

    SPayLater

    Renew insurans bayar ansuran dengan SpayLater

    Ya, kini selain bayar ansuran untuk barangan peribadi anda, anda juga boleh membuat pembayaran sehingga 12 kali ansuran dengan SPayLater untuk pembaharuan insurans anda di Bjak.

    Biasanya, pelanggan mempunyai beberapa pilihan pelan bayaran ansuran bagi SpayLater iaitu:

    • Buy Now Pay Later (Bayar penuh di bulan berikutnya – one-off payment)
    • 2 bulan ansuran
    • 3 bulan ansuran
    • 6 bulan ansuran
    • 12 bulan ansuran

    Namun, dengan kaedah pembayaran ini, anda akan dikenakan caj pemprosesan, bergantung kepada tempoh bayaran ansuran yang anda pilih.

    Pelan pembayaranCaj pemprosesan
    Bayar penuh di bulan berikutnyaCaj 1.5% daripada jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar
    2 bulan ansuran1.5% / per bulan daripada  jumlah keseluruhan harga insurans
    3 bulan ansuran1.5% / per bulan daripada jumlah keseluruhan harga insurans
    6 bulan ansuran1.5% / per bulan daripada jumlah keseluruhan harga insurans
    12 bulan ansuran1.5% / per bulan daripada jumlah keseluruhan harga insurans

    *Pihak Shopee akan menggantung atau membekukan akaun anda jika didapati gagal untuk membayar baki bayaran ansuran yang ada. Untuk sambung menggunakan akaun Shopee anda, caj kelewatan sebanyak RM10 akan dikenakan.

    Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi Bjak melalui aplikasi Whatsapp atau rujuk laman web Grab atau Shopee.

    Manfaat SpayLater

    Kaedah pembayaran ansuran menggunakan SpayLater akan membolehkan anda:

    • membuat pembayaran yang lebih fleksibel
    • bayar sehingga 12 kali ansuran
    • caj faedah yang rendah

    Cara bayar guna SpayLater:

    1. Aktifkan dahulu SpayLater

    Untuk menggunakan kaedah pembayaran ansuran SpayLater, pertama sekali anda perlulah mengaktifkan dahulu SpayLater di aplikasi Shopee anda.

    Caranya mudah:

    Pergi bahagian Saya > Aktifkan Sekarang > Masukkan OTP yang dihantar menerusi nombor telefon yang didaftarkan > Teruskan > Isikan maklumat kad pengenalan anda serta info lain yang diperlukan > Mulakan Pengesahan Wajah > Mula PayLater

    1. Check out dengan SpayLater

    Kemudian, anda sudah boleh pilih dan gunakan SPayLater ketika check out:

    Pilihan pembayaran > SPayLater > Klik Bayar Sekarang > Redirect ke Aplikasi Shopee > Isikan Nombor PIN ShopeePay anda > Teruskan

    Renew Insurans dan bayar ansuran di Bjak

    Dengan tambahan pelbagai kaedah pembayaran secara ansuran yang disediakan Bjak (termasuk Atome), ia pastinya akan memudahkan lebih ramai pemilik kenderaan di luar sana untuk renew insurans serta roadtax mereka.

    Kini, anda boleh memilih untuk membayar insurans anda dengan cara yang lebih fleksibel, jimat dan mudah. Apa yang penting, pastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi dengan insurans terbaik!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: