Skip to content
Home » Berbaloikah Renew Dengan Insurans Kereta Third Party?

Berbaloikah Renew Dengan Insurans Kereta Third Party?

    Insurans pihak ketiga

    Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, terdapat tiga jenis polisi insurans kereta yang ada di pasaran. Ia adalah polisi insurans komprehensif, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT), dan polisi pihak ketiga, yang juga disebut sebagai insurans kereta third party.

    Untuk pembeli kereta yang menggunakan pinjaman bank, mereka diwajibkan untuk mengambil perlindungan komprehensif sepanjang tempoh pinjaman bagi memastikan kenderaan diberikan perlindungan terbaik. 

    Sebaliknya bagi pemilik kereta yang sudah melangsaikan baki hutang pinjaman kereta mereka bersama pihak bank, mereka mempunyai pilihan untuk memperbaharui insurans dari mana-mana jenis polisi insurans yang ada, mengikut apa yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

    Pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda khusus mengenai polisi insurans kereta third party. Adakah berbaloi jika anda memperbaharui insurans dengan polisi tersebut? 

    Ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi artikel ini.

    Perkara yang dilindungi dalam polisi insurans kereta third party

    Berbanding polisi insurans komprehensif yang menyediakan perlindungan paling menyeluruh, polisi insurans kereta third party adalah polisi paling asas disediakan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan.

    Setiap pemilik kenderaan di negara ini wajib untuk memperbaharui insurans dengan sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga bagi membolehkan roadtax diaktifkan semula.

    Secara ringkasnya, polisi insurans pihak ketiga ini tidak menyediakan langsung perlindungan kepada anda (pemegang polisi). Ia termasuklah dari segi pembaikan untuk kerosakan kereta akibat kemalangan berpunca dari diri sendiri, kereta hilang akibat dicuri, kebakaran kereta yang tidak disengajakan, bahkan bantuan-bantuan lain yang boleh dinikmati seperti jika anda membeli polisi insurans komprehensif, antaranya bantuan khidmat tunda percuma.

    Jenis polisi insurans - komprehensif, TPFT, insurans kereta third party.

    Jadi, apa yang dilindungi dalam insurans pihak insurans third party?

    Sama seperti nama polisinya, insurans ini hanya memberikan perlindungan untuk pihak yang dilanggar oleh anda sahaja. Bermakna, jika kemalangan tersebut disebabkan oleh anda, pihak terbabit (mangsa) boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda bagi membaiki kerosakan pada kenderaan serta kecederaan/ kematian yang dialami olehnya akibat kemalangan itu.

    Meskipun kereta anda turut terjejas akibat kemalangan itu, anda perlu membaikinya menggunakan wang sendiri, dan tuntutan insurans anda tidak akan dilayan oleh pihak insurans untuk pembaikan kereta sendiri.

    Adakah berbaloi anda memperbaharui insurans dengan pelan pihak ketiga?

    Berbaloi atau tidak, ia bergantung kepada anda. Namun pada pandangan kami, anda seeloknya membeli polisi ini hanya jika anda tidak ditawarkan oleh syarikat insurans polisi komprehensif atau polisi TPFT. 

    Meskipun harganya sememangnya lebih murah, tetapi perlu diingatkan bahawa perlindungan yang diterima adalah sangat terhad. Seperti yang dijelaskan di atas tadi, ia tidak memberi perlindungan langsung kepada kenderaan anda, melainkan hanya untuk pihak ketiga sahaja.

    Apatah lagi, dengan pembelian polisi ketiga, anda tidak boleh menambah perlindungan tambahan lain seperti peril khas. Boleh dikatakan, kereta anda tidak dilindungi insurans, dan polisi pihak ketiga yang anda beli itu hanya akan ‘menyelamatkan’ anda akibat tuntutan pihak ketiga sahaja. 

    Tapi kereta sudah berusia 10 tahun ke atas…

    Ya, secara logiknya, kereta anda sudah bebas hutang dengan pihak bank jika ia sudah berusia 10 tahun. Namun, nilai semula harga pasaran kereta anda dan risiko-risiko lain yang bakal dihadapi.

    Pada kebiasaannya, jika kereta anda berusia 11 tahun sehingga 15 tahun, anda masih akan ditawarkan polisi insurans komprehensif atau insurans TPFT. Namun, ia tetap bergantung kepada syarikat insurans. Jika ditawarkan, sebaiknya anda beli sahaja polisi yang menawarkan perlindungan lebih baik, dan letakkan polisi pihak ketiga sebagai pilihan terakhir. 

    Pilih insurans yang terbaik untuk kereta anda

    Walaupun harga polisi insurans pihak ketiga lebih murah berbanding polisi insurans komprehensif atau insurans TPFT, namun anda tidak menerima perlindungan terbaik yang sepatutnya anda boleh miliki. Sebelum memperbaharui insurans, cuba lakukan perbandingan terlebih dahulu. Cari mana-mana syarikat insurans yang boleh menawarkan perlindungan terbaik untuk kereta meskipun sudah agak lama.

    Untuk membuat perbandingan, anda kini boleh lakukannya secara mudah di Bjak. Sehingga 15 jenama insurans disediakan untuk anda pilih. Ingat, biar mahal sikit ketika renew insurans, asalkan anda tidak rugi sehingga ribuan ringgit untuk kos pembaikan kereta anda kelak. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!