Skip to content
Home » Jenis Insurans Kereta: Beza Insurans 1st Party dengan 3rd Party

Jenis Insurans Kereta: Beza Insurans 1st Party dengan 3rd Party

    Perbezaan insurans 1st party dengan 3rd party

    Sebelum memperbaharui insurans, anda perlu tahu bahawa terdapat tiga jenis insurans kereta yang ada di pasaran yang mana setiap daripadanya memberikan perlindungan yang berbeza.

    Tiga jenis atau polisi insurans kereta yang ada adalah i) polisi insurans komprehensif, ii) polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan iii) polisi insurans pihak ketiga.

    Dalam artikel kali ini, Bjak akan menerangkan kepada anda perbezaan antara jenis insurans kereta komprehensif (turut dikenali sebagai insurans 1st party) dan insurans pihak ketiga (3rd party).

    Jenis insurans kereta 1st party 

    Jenis insurans kereta 1st party menyediakan perlindungan paling menyeluruh buat pemegang polisi

    Insurans 1st party (juga lebih formal disebut sebagai insurans komprehensif) memberikan perlindungan yang lengkap buat pemilik kenderaan. Perlindungan untuk polisi insurans 1st party ini meliputi kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran kenderaan, serta perlindungan untuk kerosakan kenderaan, kecederaan atau kematian pihak ketiga.

    Untuk memahami situasi-situasi yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans jika memiliki polisi 1st party, sila lihat contoh-contoh situasi di bawah:

    1. Kereta anda rosak akibat terlanggar tiang lampu isyarat. Anda boleh tuntut insurans di bawah tuntutan Own Damage, namun akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).
    2. Kereta anda terlanggar haiwan ketika sedang memandu. Anda boleh tuntut insurans di bawah tuntutan Own Damage, namun akan kehilangan NCD.
    3. Cermin kereta anda rosak. Anda boleh buat tuntutan di bawah Own Damage (jika tidak mempunyai perlindungan tambahan windscreen). Kadar NCD akan kembali menjadi sifar.
    4. Cermin kereta anda rosak. Anda boleh buat tuntutan tanpa memberi kesan kepada kadar NCD dengan syarat anda mempunyai perlindungan tambahan windscreen dalam polisi anda ketika tuntutan dibuat.
    5. Kereta anda terbakar dengan tidak sengaja/akibat penganiayaan (tidak hilang NCD jika disebabkan oleh kereta lain).
    6. Kereta anda dicuri dan disahkan bukan kesalahan anda.
    7. Anda terlanggar kenderaan lain. Pihak tersebut (pihak ketiga) boleh membuat tuntutan di bawah polisi anda. Anda juga boleh membaiki kerosakan pada kenderaan anda di bawah polisi ini. Bagaimanapun, NCD akan kembali kepada kadar 0%.
    8. Anda dilanggar kenderaan lain. Anda boleh membuat tuntutan di bawah tuntutan pihak ketiga (tak perlu claim di bawah polisi insurans 1st party anda). NCD anda tidak akan terjejas.

    Jenis insurans kereta 3rd party

    Jenis insurans kereta 3rd party hanya memberi perlindungan kepada pihak yang dilanggar sahaja (mangsa)

    Insurans 3rd party atau turut disebut sebagai insurans pihak ketiga merupakan polisi insurans yang menyediakan perlindungan paling asas. Sama seperti namanya, polisi ini hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sahaja, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.

    Dengan memiliki polisi ini, segala kerosakan pada kenderaan anda perlu ditanggung oleh anda sendiri (jika kemalangan berpunca daripada anda). Tiada tuntutan boleh dibuat untuk kenderaan anda, dan polisi insurans anda itu hanya akan membayar pampasan untuk pihak ketiga, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.

    Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila lihat contoh-contoh situasi di bawah:

    1. Anda melanggar tiang lampu isyarat lalu kenderaan anda rosak teruk. Bolehkah anda membuat tuntutan jika memiliki polisi insurans pihak ketiga? – TIDAK
    2. Anda terlanggar haiwan ketika memandu. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
    3. Kereta anda terbakar. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
    4. Kereta anda dicuri. Adakah pihak insurans akan membayar pampasan sekiranya anda pada ketika itu memiliki polisi pihak ketiga? – TIDAK
    5. Kereta anda melanggar kenderaan lain dan rosak teruk. Bolehkah anda tuntut insurans untuk baiki kerosakan pada kereta anda? – TIDAK
    6. Kereta anda terlanggar kereta lain dan pihak tersebut ingin membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga yang anda miliki. Adakah ia dibolehkan? – YA

    Perbezaan antara insurans 1st party dan 3rd party

    Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai perbezaan antara insurans 1st party dan 3rd party, sila lihat jadual di bawah:

    Bentuk perlindungan dan lain-lain Insurans 1st party Insurans 3rd party
    Kerosakan kenderaan sendiri/X
    Kebakaran/X
    Kecurian/X
    Kerosakan kenderaan, kecederaan & kematian pihak ketiga//
    Bantuan khidmat tunda/X
    (Namun boleh dapatkan bantuan khidmat tunda dengan bayaran tertentu)
    Bantuan kecemasan seperti jump start, ganti tayar, bateri dan lain-lain/X
    Tuntutan untuk cermin kereta/X
    Add on perlindungan tambahan/Terhad
    (Windscreen dan peril khas tidak boleh ditambah)
    HargaMahalLebih murah
    Kelayakan membeliPemilik untuk kereta bawah 10 tahun yang membeli dengan pinjaman bank wajib mengambil polisi ini.

    Terdapat juga syarikat insurans yang menetapkan had maksimum usia kenderaan antara 16 – 25 tahun untuk insurans 1st party
    Pemilik untuk kenderaan berusia 15 tahun ke atas 
    Tanda (/) menunjukkan polisi tersebut menyediakan perlindungan, manakala tanda (X) pula bermakna perlindungan tidak disediakan oleh polisi tersebut.

    Fahami dan dapatkan jenis insurans kereta terbaik

    Diharapkan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak menambah pengetahuan anda tentang perbezaan antara jenis insurans kereta 1st party dan insurans 3rd party dan seterusnya membantu anda mendapatkan perlindungan yang terbaik. 

    Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak info mengenai insurans kereta melalui platform Bjak. Pelbagai panduan dan tips untuk perbaharui insurans kereta ada dikongsikan khusus untuk anda.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: