Skip to content
Home » Kereta Terbakar, Bolehkah Claim Insurans?

Kereta Terbakar, Bolehkah Claim Insurans?

    Claim insurans kereta terbakar

    Kebakaran pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sama ada dilakukan oleh perbuatan khianat, ataupun secara tidak sengaja.

    Apabila kejadian seperti ini berlaku, maka mungkin timbul persoalan sama ada claim boleh dibuat daripada pihak insurans nanti.

    Antara kejadian kereta terbakar

    Kejadian kebakaran kereta di Putrajaya baru-baru ini.

    Berikut merupakan antara kejadian kereta terbakar yang pernah berlaku.

    Baru-baru ini di Putrajaya, empat kereta yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran Blok E, Apartment P5R3, Presint 5, terbakar pada 2.26 pagi, 14 Disember 2021.

    Kebakaran tersebut membabitkan kereta jenama Proton Persona, Perodua Myvi, Honda City dan Honda BRV yang mana kedua-dua kereta jenama Honda itu hangus manakala Proton Persona dan Perodua Myvi terbakar sedikit.

    Selain daripada kejadian tersebut, sebelum ini iaitu pada 26 November yang lalu, empat kereta yang diletakkan di bawah khemah kawasan parkir berhampiran sebuah blok di Rumah Pangsa Taman Melati, musnah dalam kebakaran.

    Kebakaran tersebut membabitkan Proton Persona, Mercedes, Perodua Kancil dan Nissan Almera yang mana Proton Persona dan Mercedes 100% terbakar. Perodua Kancil pula terbakar 60%, dan Nissan Almera pula terbakar 30%.

    Bukan itu sahaja, pada 29 April tahun ini juga, turut berlaku kebakaran membabitkan empat kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan Flat Angsana, Hilir Ampang, Ampang. 

    Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:30 tengah hari itu membabitkan sebuah van Nissan Vanette dan tiga kereta jenis Daihatsu Feroza, Perodua Kancil serta Proton Persona. 

    Kereta terbakar, boleh ke claim insurans?

    Kejadian-kejadian yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian kecil kes kebakaran kereta yang pernah berlaku.

    Justeru bagi mangsa, pastinya buntu memikirkan sama ada boleh atau tidak untuk membuat tuntutan insurans selepas kereta terlibat dalam kebakaran.

    Untuk menjawab persoalan tersebut, sila teruskan membaca artikel ini.

    Boleh tuntut, tapi…

    Ya, anda boleh membuat tuntutan insurans jika kereta terbakar TETAPI ia tetap bergantung kepada jenis polisi insurans yang anda miliki.

    Bagi membuat tuntutan/claim insurans kereta akibat kebakaran yang tidak disengajakan, anda sebenarnya perlu:

    i) mempunyai polisi jenis komprehensif atau;

    ii) memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran atau kecurian (TPFT).

    Jadi, jika anda mempunyai polisi pihak ketiga sahaja, maka tuntutan insurans tidak boleh untuk dilakukan jika kereta terbakar.

    Perbezaan di antara tiga jenis polisi insurans kereta yang ada di pasaran

    Bolehkah kes kereta terbakar yang disebabkan kereta lain, claim ke atas mereka?

    Jika kereta anda terbakar berpunca daripada kereta lain, kebanyakan kes akan menggunakan claim kereta anda sendiri terlebih dahulu.

    Ini kerana prosesnya lebih cepat berbanding claim ke atas syarikat insurans pihak bersalah. Ia dipanggil sebagai tuntutan knock for knock. Syarikat insurans anda akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga nanti. 

    Jangan risau! Meskipun tuntutan dibuat daripada syarikat insurans anda dahulu, kelayakan NCD anda tetap tidak akan hilang.

    Tuntutan ini bagaimanapun hanya boleh dilakukan jika anda adalah pemegang polisi komprehensif

    Cara buat tuntutan insurans kereta terbakar

    Ikuti langkah-langkah di bawah sekiranya anda layak dan ingin membuat tuntutan insurans kereta akibat terbakar:

    1. Ambil gambar kenderaan anda yang rosak/ hangus akibat kebakaran
    2. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
    3. Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah i) salinan asal laporan polis ii) polisi insurans iii) salinan kad pengenalan iv) salinan lesen memandu
    4. Pihak insurans akan mengambil alih kes anda dan lakukan siasatan
    5. Tunggu keputusan laporan daripada pihak polis, bomba dan syarikat insurans

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi

    Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Secara kesimpulannya, dapatkanlah perlindungan yang mencukupi seperti polisi komprehensif atau polisi TPFT jika kenderaan anda berusia kurang 20 tahun. 

    Anda boleh membelinya secara mudah di Bjak yang menyediakan 15 pilihan syarikat insurans untuk anda bandingkan.

    Ingat, walaupun anda mungkin boleh menjimatkan sedikit wang dengan perlindungan paling asas iaitu polisi pihak ketiga, namun anda juga perlu memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku pada masa akan datang.