Skip to content
Home » Kereta Kena Curi? Ini Cara Anda Claim Insurans Kecurian

Kereta Kena Curi? Ini Cara Anda Claim Insurans Kecurian

    Car theft: Insurance claims guide

    Berdasarkan data yang diumumkan oleh Lembaga Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC), secara puratanya 20 buah kenderaan dicuri dalam sehari pada tahun 2020.

    Sebagai pemilik kereta, apakah yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda dicuri?

    Jom baca artikel ini, untuk maklumat lanjut berkaitan tuntutan kecurian kenderaan.

    Pemilik insurans boleh membuat tuntutan kecurian sekiranya kenderaan dicuri
    Pemilik insurans boleh membuat tuntutan kecurian sekiranya kenderaan dicuri

    Kereta saya dicuri, bolehkah saya claim insurans kecurian kereta?

    Ya, anda boleh membuat tuntutan insurans kereta asalkan anda menepati syarat-syarat ini:

    • Memiliki polisi insurans jenis insurans kereta 1st party atau insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
    • Insurans anda masih berkuatkuasa

    Langkah membuat claim insurans kecurian

    1. Segera pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.
    2. Berikan butiran maklumat yang lengkap mengenai kereta anda.
    3. Kemudian, hubungi syarikat insurans anda untuk melaporkan kejadian tersebut
    4. Isi borang tuntutan dengan lengkap berserta dokumen penting
    5. Serahkan dokumen yang diperlukan kepada penyedia insurans anda dalam masa 7 hari

    Apa dokumen yang diperlukan?

    • Borang tuntutan yang lengkap diisi dan ditandatangani
    • Salinan laporan polis
    • Salinan kad pengenalan / salinan Kad Pendaftaran Peniagaan
    • Salinan lesen memandu pemandu
    • Salinan geran kereta

    Anda perlu sentiasa berhubung dengan syarikat insurans semasa siasatan polis berjalan. Tempoh pampasan diberi tuntutan insurans mungkin akan mengambil masa 6 bulan atau sehingga siasatan tamat. Kebiasaanya siasatan pihak polis dan syarikat insurans akan mengambil masa yang agak lama.

    Ambil langkah berjaga-jaga

    Dalam pada itu, anda juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kecurian pada kereta anda dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti di bawah:

    • Elakkan memandu atau meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak selamat
    • Tidak lupa untuk sentiasa mengunci pintu dan tingkap kereta anda
    • Jangan letakkan barang berharga di bahagian yang mudah dilihat (atas kerusi penumpang, dll)
    • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik

    Jangan panik sekiranya kereta anda hilang ataupun dicuri. Segera ikuti langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat tuntutan insurans kereta anda. Yang penting, pastikan insurans anda sentiasa aktif untuk menjamin perlindungan bagi kereta anda.

    Sementara itu, anda juga boleh memperbaharui insurans melalui Bjak sekiranya ia hampir tamat tempoh. Minta dulu sebut harga percuma dalam hanya 3 minit sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: