Skip to content
Home » Beza Roadtax dan Insurans Kereta

Beza Roadtax dan Insurans Kereta

    Beza roadtax dan insurans

    Pemilik kereta diketahui wajib untuk memperbaharui insurans dan roadtax kenderaan setiap tahun. 

    Namun, mengapakah kedua-duanya diperlukan? Bolehkah jika hanya insurans atau roadtax sahaja diperbaharui untuk memastikan kereta boleh digunakan secara sah di jalan raya? Dan apakah bezanya di antara roadtax dengan insurans kereta?

    Jom ketahui dengan lebih lanjut menerusi artikel ini. 

    Ketahui maksud dan fungsi roadtax

    Roadtax adalah sejenis cukai yang dikenakan terhadap setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia

    Anda perlu fahami bahawa roadtax adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia sebelum kenderaan berkenaan dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.

    Roadtax wajib diperbaharui setiap tahun, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik kenderaan boleh memperbaharui roadtax untuk tempoh samada 6 bulan atau 1 tahun dan harganya adalah tetap/ sama pada setiap tahun mengikut model kereta anda. 

    Roadtax yang dibayar oleh anda itu akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia.

    Harga roadtax di Malaysia adalah berbeza berdasarkan kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. Anda boleh mengetahui harga roadtax untuk kenderaan anda dan jenama lain menerusi perkongsian yang telah dibuat sebelum ini. 

    Ketahui maksud insurans kereta dan fungsinya 

    Tanpa insurans, pemilik kenderaan tidak akan boleh memperbaharui roadtax

    Berbeza dengan roadtax, insurans berperanan untuk memberikan perlindungan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga terhadap pemilik kenderaan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri mereka atau kenderaan akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda. Selain itu, insurans juga berfungsi untuk melindungi kenderaan anda daripada kejadian seperti kecurian dan kebakaran serta ganti rugi pada kerosakan kenderaan anda (bagi polisi komprehensif sahaja).

    Insurans perlu diperbaharui pada setiap tahun, dan tempoh perlindungan yang ditetapkan oleh setiap syarikat insurans adalah selama satu tahun. Premium yang dibayar oleh anda sebagai pemilik kereta akan dikumpulkan bersama pemegang polisi yang lain di bawah satu dana syarikat insurans dan digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada anda sekiranya terbabit dengan kemalangan.

    Berbeza dengan roadtax, harga atau premium untuk insurans adalah berbeza dan tidak tetap setiap tahun. Secara dasarnya, kadar premium akan berkurang selagi tuntutan tidak dibuat, namun boleh meningkat jika pemegang polisi ada membuat tuntutan insurans pada tahun tersebut.

    Perbezaan di antara roadtax dan insurans kereta

    Untuk memudahkan pemahaman anda, sila lihat perbezaan di antara roadtax dan insurans kereta seperti jadual di bawah:

    Insurans keretaRoadtax
    Harga berbeza mengikut harga pasaran kenderaan dan NCD pemilikHarga adalah tetap selagi ia adalah kenderaan yang sama
    Diperlukan untuk melindungi kenderaan dan tuntutan pihak ketiga daripada kejadian yang tidak dijangkaWajib ada seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
    Wajib diperbaharui untuk tempoh 1 tahunBoleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun
    Mempunyai pelbagai pelan/ manfaat yang disediakan oleh syarikat insurans & takaful untuk pemilik kenderaan pilihTidak mempunyai sebarang pelan
    Harga boleh diubah (bergantung kepada polisi yang diambil)Harga tidak boleh berubah (sudah ditetapkan)
    Berpeluang untuk mendapatkan diskaun tambahan oleh syarikat insuransPada kebiasaannya tiada diskaun
    Mungkin terdapat caj tambahan atas beberapa faktor Tiada caj tambahan akan dikenakan

    Bolehkah anda renew roadtax tanpa insurans?

    Jawapannya adalah tidak boleh!

    Seperti yang pernah dinyatakan dalam artikel sebelum ini, anda memerlukan insurans yang sah untuk memperbaharui roadtax yang telah/ hampir mencapai tarikh luput. Kegagalan anda untuk memperbaharui insurans terlebih dahulu akan menyebabkan proses anda untuk menghidupkan roadtax tidak dapat dilakukan. 

    Bilakah waktu terbaik untuk renew roadtax dan insurans kereta?

    Waktu terbaik untuk memperbaharui insurans anda adalah dua bulan sebelum ia tamat tempoh, manakala untuk roadtax, anda boleh menghidupkannya semula setelah insurans anda diperbaharui.

    Perlukah buat perbandingan untuk harga roadtax?

    Tidak. Anda tidak perlu melakukan perbandingan harga untuk roadtax anda kerana ia adalah tetap dan tidak berubah selagi mana kenderaan itu masih sama seperti sebelum ini. 

    Perlukah buat perbandingan sebelum renew insurans?

    Jawapannya adalah ya, malah sangat digalakkan!

    Dengan membuat  perbandingan harga, anda boleh menilai, melihat dan memilih harga serta manfaat yang bersesuaian dengan keperluan anda dan kenderaan. Untuk melakukan perbandingan tidak susah. Anda tidak perlu pergi ke satu per satu syarikat insurans bagi melihat manfaat dan harga yang ditawarkan oleh mereka. 

    Gunakan sahaja platform perbandingan insurans terbesar di Malayia, Bjak. Lebih 10 syarikat insurans disediakan untuk anda pilih dan dapatkan yang terbaik. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: