Banding Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Nak beli insurans kereta? Dalam artikel kali ini, kami kongsikan cara bandingkan insurans terbaik di Malaysia.

Insurans Kereta

Written by:

Langkah bijak yang perlu anda lakukan sebelum membeli mana-mana insurans kereta adalah banding insurans kereta yang ada di pasaran. Langkah ini akan menguntungkan anda kerana anda dapat menikmati pelbagai perlindungan insurans kereta dengan harga yang terbaik.

Tapi bagaimanakah caranya untuk banding insurans kereta? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda!

Kenapa perlu banding insurans kereta?

Kesan daripada liberalisasi tarif insurans motor, berikut merupakan dua sebab utama anda perlu bandingkan insurans kereta.

Untuk mendapatkan harga insurans yang lebih murah

Sebab pertama anda perlu banding insurans kereta ialah untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Susulan liberalisasi yang dikatakan tadi, syarikat insurans kini boleh menentukan harga insurans mengikut penilaian risiko masing-masing.

Untuk mendapatkan lebih manfaat insurans

Liberalisasi insurans juga merancakkan lagi persaingan yang sihat antara syarikat insurans. Kebanyakan insurans mempunyai manfaat insurans yang tersendiri atau lebih istimewa berbanding syarikat insurans yang lain.

Sebagai contoh, sesetengah syarikat insurans menawarkan perlindungan kemalangan peribadi secara percuma. Tanpa membuat perbandingan, anda mungkin akan terlepas manfaat-manfaat percuma semasa beli insurans kereta.

Bandingkan insurans kereta untuk mendapatkan lebih manfaat pada harga terbaik
Bandingkan insurans kereta untuk mendapatkan lebih manfaat pada harga terbaik

Bandingkan manfaat percuma antara insurans kereta

Untuk memudahkan kerja anda, kami sertakan di sini beberapa manfaat percuma antara insurans kereta untuk anda pertimbangkan.

Kemalangan peribadi pemegang polisi

Terdapat insurans yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi atau personal accident coverage untuk anda sebagai pemegang polisi. Sekiranya kemalangan tersebut mengakibatkan kematian atau kecacatan kekal atau total permanent disability, anda atau penama layak menerima sejumlah pampasan daripada pihak insurans. 

Antara insurans yang menawarkan perlindungan percuma kemalangan peribadi ialah Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan Liberty Insurance menerusi insurans komprehensif kereta persendirian. Takaful Malaysia menawarkan perlindungan kemalangan peribadi kepada pemandu dan penumpang dengan bayaran sekali gus berjumlah RM15,000 setiap seorang. Takaful Ikhlas dan Liberty Insurance pula menawarkan sehingga RM10,000 untuk perlindungan kemalangan peribadi pemegang polisi.

Perlindungan kemalangan peribadi pemegang polisi
Sesetengah insurans menawarkan personal accident coverage secara percuma

Perbelanjaan perubatan pemegang polisi

Liberty Insurance menawarkan perbelanjaan perubatan kepada pemegang polisi komprehensif untuk kereta persendirian sehingga RM1,500. Perlindungan ini sangat penting lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai insurans atau kad perubatan yang boleh menanggung kos perubatan anda.

Perlindungan perbelanjaan perubatan pemegang polisi
Sesetengah insurans turut menanggung perbelanjaan perubatan pemegang polisi akibat kemalangan

Penggantian kunci kereta

Syarikat insurans seperti Liberty Insurance menawarkan penggantian kunci kereta secara percuma sehingga RM500. Sekiranya kunci kereta anda dicuri, syarikat insurans akan membayar kos penggantian kunci kereta anda tanpa sebarang caj tambahan, tertakluk kepada jumlah maksimum mengikut polisi insurans.

Penggantian kunci kereta
Penggantian kunci kereta secara percuma oleh insurans

Penggantian kerusi kanak-kanak (child car seat)

Sesetengah insurans menawarkan penggantian kerusi kanak-kanak tanpa perlu bayar apa-apa, sekiranya kerusi kereta anak kecil anda rosak akibat kemalangan, kecurian, mahupun banjir. Liberty Insurance merupakan antara insurans yang menawarkan penggantian kerusi kanak-kanak sehingga RM300 melalui produk insurans komprehensif kereta persendirian, Ezy Plus.

Penggantian kerusi kanak-kanak (child car seat)
Sesetengah insurans menawarkan penggantian kerusi kanak-kanak (child car seat)

Khidmat tunda atau towing

Secara umumnya, manfaat ini ditawarkan dalam kebanyakan insurans komprehensif. Anda boleh membandingkan jarak atau jumlah pampasan khidmat tunda yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans.

Sebagai contoh, RHB Insurance menawarkan khidmat tunda secara percuma terhad kepada RM300 untuk setiap kejadian, manakala Lonpac menawarkan khidmat tunda percuma sehingga RM400 untuk setiap kejadian.

banding insurans kereta untuk dapat Khidmat tunda atau towing secara percuma
Sesetengah insurans menawarkan khidmat tunda atau towing secara percuma

Bandingkan insurans kereta sebelum beli

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan insurans dari segi perlindungan dan juga harga, kami syorkan anda untuk menggunakan laman perbandingan insurans, Bjak.

Quotation di Bjak telah menyenaraikan manfaat percuma setiap insurans kereta dengan mudah.

Setelah membuat perbandingan, anda juga boleh sahaja renew insurans kereta secara online di Bjak untuk lebih penjimatan.

Anda juga boleh rujuk senarai pemberitahuan produk atau product disclosure sheet yang disertakan pada setiap quotation untuk maklumat lanjut.

Berminat untuk renew dan bandingkan insurans kereta anda? Dapatkan quotation percuma di Bjak hari ini.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: