Bilakah Waktu Terbaik untuk Renew Insurans?

Insurans hampir expire tapi tidak pasti bila waktu yang tepat untuk memperbaharuinya?

Jom baca artikel ini!

Insurans Kereta

Written by:

Memiliki kereta di atas nama sendiri bermakna anda terikat dengan beberapa komitmen penting yang lain. Selain daripada perlu membayar wang ansuran bulanan kepada pihak bank selama sehingga 9 tahun, pemilik kereta juga perlu memastikan kenderaan sentiasa dilindungi dengan insurans dan memiliki cukai jalan yang sah.

Sebagai pemilik kereta, anda pastinya sudah mengetahui bahawa insurans dan cukai jalan perlu diperbaharui pada setiap tahun bagi memastikan kenderaan tersebut digunakan secara sah di atas jalan raya. Namun, bilakah waktu yang tepat untuk memperbaharui insurans anda? Jom ketahuinya menerusi artikel ini.

Bila anda perlu renew insurans kereta?

Sama ada anda membeli kereta baru atau kereta second-hand, anda tetap perlu memperbaharui insurans kereta setiap tahun. 

Insurans kereta adalah sangat penting bagi memastikan anda dilindungi terhadap sebarang tuntutan daripada pihak ketiga, dan membolehkan anda membuat tuntutan insurans jika berlaku sebarang perkara yang tidak dijangka terhadap kenderaan anda contohnya kemalangan, kecurian, dan kebakaran.

Untuk memperbaharui insurans, anda boleh melakukannya seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Dengan melakukannya lebih awal, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan ganjaran diskaun daripada syarikat insurans, seterusnya membolehkan anda membeli insurans pada premium yang lebih rendah.

Renew insurans 2 bulan sebelum tamat tempoh

Pastikan insurans anda diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh bagi membolehkan anda memperbaharui cukai jalan dengan lebih cepat dan seterusnya mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak berkuasa.

Cara semak tarikh tamat polisi insurans

Segelintir pemilik kenderaan menggunakan alasan ‘tidak perasan insurans & roadtax expired atau terlupa renew” apabila dikesan gagal mempamerkan cukai jalan yang sah ketika di sekatan jalan raya. 

Sebenarnya, alasan itu boleh dianggap tidak munasabah kerana  mudah sahaja cara untuk menyemak tarikh tamat polisi insurans anda, iaitu;

  1. Semak tarikh tamat melalui polisi

Semak sahaja polisi atau cover note insurans anda jika anda tak ingat bila insurans kereta anda tamat. Untuk lebih memudahkan anda pada masa akan datang, simpan satu salinan digital polisi dan cover note insurans anda. Scan atau ambil gambar, mana-mana pun boleh, janji ada salinan.

  1. Semak secara online

Nak lebih mudah? Buat sahaja semakan bagi tarikh tamat insurans kereta anda secara online menggunakan MyCarInfo secara percuma. Lihat langkah-langkahnya dalam perkongsian sebelum ini. 

Apa jadi kalau anda LEWAT renew insurans?

Harga insurans mungkin lebih mahal

Kelewatan anda untuk memperbaharui insurans sehingga melepasi tarikh tamat tempoh mungkin akan menyebabkan harga insurans anda lebih mahal. Sesetengah syarikat insurans kereta akan mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. 

Disebabkan itu, tempoh yang terbaik untuk anda memperbaharui insurans adalah seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh . Dengan memperbaharui insurans lebih awal, anda mungkin berpeluang untuk nikmati ganjaran diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Peratusan kadar NCD berkurang

Tahukah anda?

Setiap NCD hanya boleh bertahan untuk tempoh selama setahun sahaja. Kelewatan anda memperbaharui insurans dalam tempoh yang sepatutnya (melebihi setahun) akan menyebabkan kadar NCD kereta anda berkurang sedikit demi sedikit mengikut tahun anda tidak memperbaharui insurans kereta. 

Contohnya, jika sebelum ini NCD kereta anda sudah mencapai 55%, selepas setahun anda tidak menghidupkan insurans, maka NCD anda akan menurun kepada 45% dan seterusnya selagi anda tidak memperbaharuinya.

Renew insurans awal untuk elak NCD terjejas

Renew insurans sebelum tamat tempoh

Pastikan insurans kenderaan anda diperbaharui sebelum ia tamat tempoh bagi mengelakkan anda kerugian serta memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi.

Untuk memperbaharui insurans kini tidak susah. Anda boleh sahaja lakukannya secara online di Bjak. Urusan pembaharuan insurans anda boleh siap dalam masa kurang 10 minit sahaja. Layari dahulu Bjak untuk dapatkan sebut harga terbaik dan bandingkan insurans bagi mendapatkan harga terendah.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: