Skip to content
Home » Apa Jadi Jika Tidak Renew Insurans Kereta

Apa Jadi Jika Tidak Renew Insurans Kereta

    Akibat tidak renew insurans kereta

    Sebagai pemilik kereta dan pengguna jalan raya, anda mempunyai tanggungjawab untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dengan memastikan kenderaan anda memiliki insurans kereta serta roadtax yang sah.

    Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya lewat atau tidak perbaharui insurans kereta?

    Anda memerlukan insurans bagi memastikan anda boleh memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan anda sah digunakan di atas jalan raya seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketiadaan insurans akan menyebabkan proses permohonan untuk pembaharuan roadtax anda gagal dan tidak boleh dilaksanakan.

    Memandu tanpa memiliki insurans yang sah bakal meletakkan nyawa anda sebagai pemandu dan kenderaan serta pengguna jalan raya yang lain dalam risiko yang tinggi terutama jika berlaku sebarang kejadian seperti kemalangan.

    Justeru, penting untuk anda memperoleh insurans supaya anda dan kenderaan boleh dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Akibat yang bakal dihadapi jika anda tidak/ lewat perbaharui insurans kereta

    Lewat atau tindakan anda untuk tidak memperbaharui insurans kereta sebenarnya mendedahkan kenderaan dan diri anda kepada beberapa risiko seperti:

    Disaman oleh pihak berkuasa

    Saman akan dikenakan jika didapati menggunakan kenderaan tanpa roadtax yang sah

    Ya, ini adalah akibat atau risiko yang paling biasa anda perlu hadapi sekiranya gagal mendapatkan perlindungan insurans kereta yang sah. Dengan penambahan sekatan jalan raya hari demi hari, maka risiko anda untuk disaman oleh pihak berkuasa adalah besar terutama jika mereka mendapati roadtax yang ditampal di sudut kiri cermin hadapan kereta anda sudah tamat tempoh. Diingatkan sekali lagi bahawa untuk memperbaharui roadtax, anda perlu menghidupkan dulu insurans yang sudah tamat tempoh. Jadi, sekiranya anda didapati tidak mempunyai roadtax yang sah, maka saman pastinya akan dikeluarkan terhadap kenderaan anda.

    Berbanding mengeluarkan wang untuk membayar saman, sebaiknya anda memperbaharui insurans anda yang pastinya lebih selamat dan menenangkan hati anda sepanjang perjalanan.

    Nota: Namun sehingga 31 Disember 2021, terdapat pengecualian untuk pembaharuan roadtax bagi kenderaan persedirian dengan syarat insurans anda masih sah. Anda perlu membawa e-policy untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan dengan sekatan jalan raya.

    Kadar NCD berkurang

    Kadar NCD kereta

    Setiap NCD boleh bertahan untuk tempoh selama setahun sahaja. Kelewatan anda memperbaharui insurans dalam tempoh yang sepatutnya (melebihi setahun) akan menyebabkan kadar NCD kereta anda berkurang sedikit demi sedikit mengikut tahun anda tidak memperbaharui insurans kereta. Contohnya, jika sebelum ini NCD kereta anda sudah mencapai 55%, selepas setahun anda tidak menghidupkan insurans, maka NCD anda akan menurun kepada 45% dan seterusnya selagi anda tidak memperbaharuinya.

    Terdedah dengan beban kewangan

    Tanpa insurans, kos pembaikan kereta akibat kemalangan perlu ditanggung menggunakan wang sendiri.

    Kegagalan anda untuk memperbaharui insurans kereta mengikut waktu yang sepatutnya akan mendedahkan anda kepada risiko yang lebih banyak termasuklah bebanan kewangan.

    Anda mungkin menganggap bahawa keputusan untuk tidak memperbarui insurans boleh menjimatkan wang, namun sebenarnya ia adalah sebaliknya.

    Ini kerana apabila anda tidak memperbaharui insurans, ini bermakna anda tidak dilindungi oleh sebarang perlindungan insurans. Jika berlaku sesuatu kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan contohnya, maka anda perlu menanggung segala kos untuk membaiki kenderaan menggunakan wang poket anda sendiri, yang mana kosnya boleh jadi lebih mahal daripada premium insurans anda.

    Apa yang perlu anda lakukan?

    Segera pastikan kenderaan anda dilindungi oleh insurans. Elak daripada melengah-lengahkan pembaharuan insurans kereta anda kerana ia sememangnya tidak memberikan sebarang faedah mahupun manfaat. Perbaharuilah insurans mengikut tempoh yang sepatutnya bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian-kejadian seperti di atas.

    Ketahuilah bahawa insurans kereta bakal membantu anda di saat anda dan kenderaan betul-betul memerlukan.

    Dari manakah anda boleh perbaharui insurans kereta?

    Anda boleh memperbaharui insurans dengan mana-mana syarikat insurans kenderaan atau pengendali takaful yang disahkan dan telah diiktiraf. Anda juga boleh menggunakan platform Bjak yang menawarkan 15 pilihan syarikat insurans untuk anda lakukan perbandingan dan seterusnya memperbaharui insurans kereta. Hanya isikan maklumat kenderaan dan pemilik dan terima sebut harga secara percuma dalam hanya 3 minit melalui WhatsApp.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: