Kebanyakan tuntutan insurans tidak memerlukan laporan polis, terutamanya jika hanya melibatkan kerosakan kecil sahaja. Kemalangan kecil juga tidak menjamin pembabitan pegawai polis ke tempat kejadian, contohnya:
- Tidak membabitkan kecederaan
- Kerosakan adalah kecil
- Kesemua yang terlibat mempunyai lesen memandu dan insurans yang sah
- Semua pihak bekerjasama
Walau bagaimanapun, jika kemalangan itu membabitkan pelanggaran dengan kereta lain atau kemalangan jiwa, maka saranan terbaik adalah membuat laporan polis bagi keselamatan anda khususnya terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga yang tidak dijangka.
Apakah yang dianggap sebagai kemalangan kecil?
Kemalangan kecil pada kebiasaannya menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang lebih sedikit berbanding kemalangan yang besar. Contoh, kemek di bahagian bumper atau pelanggaran dari bahagian belakang pada kelajuan yang rendah biasanya dianggap sebagai kemalangan kecil.
Anda mungkin berhasrat untuk membuat tuntutan insurans apabila kereta anda mengalami kemalangan kecil. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa tuntutan bagi pembaikan pada kerosakan kecil itu mungkin menyebabkan anda perlu membayar insurans pada premium yang lebih mahal pada tahun berikutnya.
Selain itu, anda juga mungkin akan menjejaskan peratusan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) terkumpul anda yang sepatutnya membolehkan anda menikmati diskaun yang besar pada premium insurans kereta anda bagi tahun berikutnya.
Apa yang anda perlukan untuk membuat laporan polis?
Laporan polis akan mendokumenkan kerosakan dan kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan kereta. Ia termasuk maklumat yang boleh membantu anda dalam tuntutan insurans atau tuntutan mahkamah.
Laporan polis biasanya mempunyai maklumat yang diperlukan bagi tuntutan iaitu:
- Cadangan pihak yang bersalah atau bertanggungjawab dan mengapa
- Lokasi kemalangan
- Masa dan tarikh
- Maklumat jalan
- Maklumat tentang kenderaan dan pemandu
Ini boleh membantu membuktikan siapa yang bersalah atas kejadian itu—anda, pihak lain, cuaca atau faktor lain.
Laporan polis juga akan membantu mmemudahkan proses tuntutan insurans. Ini kerana maklumat yang anda perlukan untuk insurans sudah disatukan di satu tempat.
Bolehkah anda failkan tuntutan insurans tanpa laporan polis?
Anda boleh memfailkan tuntutan insurans tanpa laporan polis. Bagaimanapun, kesalahan atau kerosakan yang dialami mungkin lebih sukar untuk dibuktikan. Proses itu juga mungkin mengambil masa lebih lama berbanding jika laporan polis difailkan.
Laporan polis adalah penting apabila terdapat kerosakan besar pada harta benda, kecederaan, atau jika membabitkan jenayah. Laporan polis juga merupakan bukti penting dan diperlukan sekiranya terdapat tuntutan mahkamah daripada pihak lain.
Penanggung insurans anda perlu percayakan anda, namun mereka mungkin tidak bersedia untuk membayar amaun penuh yang anda perlukan. Justeru, laporan polis akan membantu membuktikan tuntutan anda, terutamanya jika anda menyatakan bahawa anda tidak bersalah atas kemalangan itu. Ia juga akan mempercepatkan proses tuntutan.
Dokumentasi memastikan bahawa anda mempunyai bukti mengenai kenyataan anda. Ada kalanya anda mungkin tidak bersetuju dengan hasil laporan polis, jadi dokumentasi tambahan boleh membantu membuktikan kes anda.
Penyelaras insurans akan menyemak kes anda berdasarkan laporan polis dan menentukan jumlah wang yang akan anda terima daripada syarikat insurans.
Tuntutan insurans: Bila anda perlu atau tidak perlu membuat laporan polis
Pelanggaran dengan kereta lain
Jangan lupa untuk membuat laporan polis apabila anda mengalami kemalangan dengan kereta lain. Anda tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku seterusnya.
Dalam sesetengah kes, kedua-dua pihak mungkin tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kemalangan. Oleh itu, anda cuba menyelesaikannya secara tertutup tanpa melibatkan polis. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada anda (anda atau pihak lain) mungkin mengalami kecederaan pada hari berikutnya.
Kegagalan membuat laporan polis mungkin boleh menyebabkan situasi menjadi lebih buruk. Ini kerana tiada sebarang dokumentasi atau kenyataan untuk menyokong mana-mana pihak.
Kecurian atau vandalisme
Selain itu, sila pastikan anda membuat laporan polis jika kereta anda dicuri, dirosakkan atau dipecah masuk.
Ini adalah jenis kes yang perlu dibuktikan kepada syarikat insurans anda. Ketiadaan laporan polis mungkin boleh menyebabkan tuntutan insurans anda ditolak. Syarikat insurans mungkin menyatakan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi menunjukkan anda mempunyai barang tersebut di dalam kereta atau kereta itu dicuri oleh pihak ketiga.
Laporan polis boleh membantu membuktikan kata-kata anda dan membantu mendapatkan semula barang berharga anda.
Tuntutan insurans: Buat laporan polis jika perlu untuk memudahkan proses tuntutan
Adalah penting untuk melaporkan kemalangan dengan syarikat insurans anda secepat mungkin selepas kejadian itu.
Walau bagaimanapun, anda juga boleh merujuk syarikat insurans anda untuk mendapatkan nasihat apabila mengalami sebarang keraguan.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: