Meskipun sudah lama memiliki kereta, masih ramai dalam kalangan kita mungkin masih gemar untuk membuat kira-kira terlebih dahulu sebelum terus renew insurans kereta. Jadi, ada yang check harga insurans kereta satu per satu bagi mendapatkan anggaran harga insurans yang perlu dibayar untuk tahun itu.
Inisiatif anda untuk semak harga insurans kereta sebenarnya adalah baik malah sangat digalakkan. Mana tidaknya, dengan cara itu ia secara tidak langsung dapat membantu anda mendapatkan harga insurans yang paling rendah dan berbaloi di samping diberikan perlindungan pada tahap terbaik.
Namun untuk yang mungkin baru pertama kali ingin memperbaharui insurans, ada yang mungkin belum tahu cara check harga insuran kereta yang boleh dilakukan. Jangan risau, jom kami bantu anda menerusi perkongsian pada artikel ini.
Bagaimana cara check harga insurans kereta setiap tahun?
Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk anda check harga insuran kereta anda.
Sebelum itu, anda perlu ingat bahawa harga insurans kereta adalah tidak tetap dan berbeza-beza ya pada setiap tahun. Boleh jadi, pembaharuan kali ini lebih mahal berbanding tahun sebelumnya disebabkan beberapa faktor seperti:
- Harga pasaran kereta
- Ada membeli perlindungan tambahan
- Pernah membuat tuntutan insurans yang seterusnya menjejaskan kadar NCD
Bagaimanapun, harga insurans anda juga mungkin lebih murah untuk pembaharuan kali ini berbanding tahun lalu jika:
- Anda hanya mengambil perlindungan asas (tidak membeli sebarang perlindungan tambahan)
- Kadar NCD anda tidak terusik (tidak pernah membuat tuntutan)
Jadi, ini beberapa cara untuk anda check harga insuran kereta anda:
Dari cawangan syarikat insurans
Untuk anda yang kurang arif menggunakan khidmat pembaharuan insurans kereta secara atas talian (online), anda mungkin boleh menghadirkan diri terus ke cawangan syarikat insurans untuk check harga insuran kereta anda.
Contohnya jika anda berhasrat untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat Takaful Malaysia, jadi kunjungi sahaja cawangan Takaful Malaysia yang ada berdekatan anda untuk mendapatkannya. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau mendengar penjelasan secara terus daripada pihak mereka mengenai perlindungan yang ditawarkan.
Ejen insurans
Sehingga ke hari ini, masih juga ramai pemilik kereta yang gemar menggunakan khidmat daripada ejen bagi memperbaharui insurans.
Jika anda sudah ada seorang ejen insurans yang dipercayai, maka anda boleh sahaja check harga insurans kereta anda menerusinya untuk pembaharuan kali ini.
Selain itu, anda juga boleh kunjungi pejabat ejen insurans yang ada berdekatan tempat tinggal anda.
Macam mana nak kenal pasti itu adalah ejen insurans? Lihat sahaja pada papan tanda yang diletakkan di hadapan kedai mereka. Biasanya ejen insurans mempunyai beberapa syarikat insurans yang telah mereka daftar. Jadi, dari ejen itu, anda bolehlah tanya dan dapatkan pandangan mana perlindungan insurans yang lebih baik.
Platform insurans online
Ini sebenarnya antara cara yang paling mudah untuk anda check harga insuran kereta anda. Bukan apa, cara ini sebenarnya lebih pantas, malah lagi fleksibel, mudah dan juga paling penting tidak mendapat tekanan daripada pihak ketiga.
Anda boleh kunjungi terus laman web syarikat insurans tersebut dan dapatkan sebut harga dalam hanya 3 minit. Majoriti syarikat insurans sekarang ada menyediakan khidmat pembaharuan insurans secara online. Jadi, gunakan sebaik mungkin.
Rasa susah untuk periksa satu per satu laman web syarikat insurans untuk buat perbandingan harga serta manfaat yang ditawarkan? Apa kata anda guna sahaja Bjak. Di platform ini, anda boleh bandingkan dengan lebih 10 syarikat insurans serta takaful yang diiktiraf secara sekaligus. Malah, apa yang lebih menyenangkan adalah anda juga boleh mengaktifkan semula roadtax anda dalam masa yang sama!
Adakah terdapat sebarang caj tambahan yang akan dikenakan dalam harga insurans kereta?
Ya, ada. Selain premium asas untuk pelan insurans yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans, terdapat beberapa caj tambahan lain yang perlu anda bayar sebelum mendapatkannya. Jadi disebabkan itu sangat penting untuk anda check harga insuran kereta anda supaya anda tidak keliru.
*Caj tambahan ini dikenakan tidak kira dari platform mana (online/ offline) anda renew insurans.
Antara caj-caj tambahan yang akan dikenakan termasuklah:
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
Kadar standard caj SST sebanyak 6% akan dikenakan di dalam premium asas insurans anda.
Duti Setem
Caj duti setem sebanyak RM10 dikenakan di dalam pembelian insurans kereta sebelum jumlah akhir harga insurans dijana.
Perlindungan tambahan
Anda akan dikenakan bayaran atau caj tambahan pada premium asas jika membeli sebarang perlindungan tambahan di dalam polisi insurans anda. Contohnya, anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk cermin kereta ataupun perlindungan peril khas, dan lain-lain.
Komisyen (jika membeli dengan ejen)
Anda perlu membayar komisyen dalam jumlah tertentu (contohnya RM20) jika membeli insurans melalui ejen. Caj ini bagi membayar perkhidmatan ejen anda menguruskan pembelian insurans serta roadtax bagi pihak anda. Bagaimanapun, caj ini tidak akan dikenakan jika anda membeli insurans secara online.
Check harga insuran kereta dan buat perbandingan
Salah satu sebab utama anda perlu check harga insurans kereta anda sebelum memperbaharuinya adalah bagi memastikan anda mendapatkan harga yang terbaik. Jangan check daripada 1 syarikat insurans sahaja ya. Jika boleh, cuba dapatkan harga insurans daripada 5 buah syarikat insurans untuk anda lakukan perbandingan. Barulah anda boleh kenalpasti mana satu insurans yang lebih berbaloi untuk dibeli!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: