Skip to content
Home » Cara Claim Kemalangan dengan Kereta Tiada Insurans

Cara Claim Kemalangan dengan Kereta Tiada Insurans

    claim insurans

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat tuntutan kerugian daripada pemilik yang melanggar anda meskipun individu tersebut tiada insurans kereta/motosikal dan lain-lain yang sah. 

    Tuntutan anda itu boleh dibuat ke atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika yang melanggar anda pada ketika itu bukan pemilik kenderaan).

    Namun pihak tersebut tiada insurans, bagaimana nak claim?

    Anda boleh membuat tuntutan daripada pihak tiada insurans jika tidak bersalah

    Jangan risau, anda boleh menyaman mereka atas kapasiti persendirian memandangkan individu tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans. 

    Tuntutan anda itu akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan dan menentukan pihak mana yang bersalah.

    Namun sangat penting untuk anda ingat, bagi tuntutan ke atas kecuaian individu tanpa insurans ini, anda perlu memastikan maklumat-maklumat di bawah ini diperoleh bagi memulakan saman:

    • Nama pemandu tersebut
    • No plat kenderaan tersebut
    • Gambar kemalangan dan keadaan kereta anda

    Cara claim kemalangan dengan kereta tiada insurans

    Kumpulkan Bukti Bergambar

    Tangkap gambar kerosakan yang dihadapi oleh kereta anda, gambar kereta pihak yang melanggar dan gambar-gambar lain sekiranya berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan anda.

    Ambil juga gambar roadtax kereta tersebut bagi mengelakkan sebarang pertikaian tidak munasabah di kemudian hari.

    Catat Nombor Plat Kereta

    Rekodkan nombor plat kenderaan tersebut supaya JPJ boleh membuat carian dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik kenderaan berkenaan. 

    Dapatkan Butiran Pemandu

    Cuba dapatkan butiran peribadi pemandu berkenaan seperti nama penuh, nombor telefon dan maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu. 

    Catatkan juga lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.

    Buat Laporan Polis

    Pastikan anda melaporkan tentang kejadian dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku untuk mengelakkan sebarang masalah lain.

    Hubungi Syarikat Insurans

    Maklumkan kejadian kemalangan ini kepada pihak insurans dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan.  

    Moga bermanfaat!

    Sila tahu hak anda dan lakukan sahaja langkah-langkah di atas untuk menuntut kerugian jika anda dilanggar kenderaan yang tidak memiliki insurans.

    Jangan risau, dengan adanya maklumat yang tepat dan lengkap, urusan tuntutan anda boleh berjalan dengan lancar. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: