Skip to content
Home » Bolehkah Claim Insurans Jika Kereta Rosak BUKAN Sebab Kemalangan?

Bolehkah Claim Insurans Jika Kereta Rosak BUKAN Sebab Kemalangan?

    claim insurans

    Mana-mana individu yang memiliki kenderaan bermotor perlu mempunyai perlindungan insurans kenderaan. Ia bukan sahaja bagi memastikan cukai jalan atau roadtax boleh diperbaharui, bahkan ia sebenarnya sangat penting bagi melindungi pemilik kenderaan jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, kebakaran mahupun kecurian.

    Namun pernahkah anda terfikir, jika berlaku kerosakan pada komponen kereta anda (bukan akibat kemalangan), bolehkah anda turut membuat tuntutan insurans? Mudah kata, kerosakan itu adalah kerosakan yang berlaku sendiri. Contohnya, komponen kereta yang tidak lagi berfungsi akibat penggunaan dan juga kerana dimamah masa (“wear and tear”)

    Untuk mengetahui jawapannya, teruskan membaca artikel ini.

    Tahu dulu apa yang dilindungi insurans

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, terdapat 3 jenis insurans kereta yang ada di pasaran yang menyediakan perlindungan berbeza seperti jadual di bawah:

    Jenis-jenis polisi insurans

    Berdasarkan jadual di atas, tidak ada polisi insurans yang menyediakan perlindungan untuk kerosakan kereta yang bukan diakibatkan oleh kemalangan, meskipun ia adalah polisi insurans komprehensif.

    Nota: Polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan kerosakan pada kenderaan sendiri hanya jika disebabkan kemalangan sahaja.

    Kereta rosak BUKAN sebab kemalangan, bolehkah anda claim insurans?

    Kereta rosak, bolehkah claim insurans?

    Justeru, bagi menjawab persoalan sama ada kereta yang rosak bukan disebabkan oleh kemalangan boleh claim insurans atau tidak, anda boleh fahaminya berdasarkan dua situasi ini:

    SITUASI A

    Ketika sedang memandu, Suzana alami kemalangan dan melanggar kenderaan lain. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan. Kereta Suzana rosak di bahagian bumper depan dan beberapa komponen lain turut terjejas, manakala kereta mangsa rosak di bahagian bonet belakang.

    Katakan Suzana adalah pemegang polisi komprehensif, tuntutan yang boleh dibuat adalah:

    1. Tuntutan kerosakan pada kenderaan sendiri akibat kemalangan – Suzana perlu claim insuransnya di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri kerana kemalangan tersebut berpunca daripadanya. NCD akan ditolak. 
    2. Pihak yang dilanggar akan membuat tuntutan pihak ketiga bagi membaiki kerosakan pada kenderaannya. 

    SITUASI B

    Ketika sedang memandu, kereta Suhaimi tiba-tiba mengalami kerosakan. Memandangkan dia adalah pemegang polisi komprehensif, Suhaimi mendapatkan bantuan khidmat tunda daripada syarikat insuransnya bagi menghantar kereta ke bengkel.

    Dia bagaimanapun tidak boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan yang dialami oleh keretanya kerana:

    1. Kereta Suhaimi rosak bukan disebabkan oleh kemalangan
    2. Bantuan khidmat tunda memang disediakan kepada pemegang polisi komprehensif meskipun kerosakan kereta berlaku bukan disebabkan kemalangan.

    Perlu tahu perkara ini

    Jika berlaku kemalangan, laporan polis perlu dibuat bagi membuktikan ia benar-benar berlaku. Laporan itu membolehkan pihak insurans membayar ganti rugi kepada pihak terjejas. 

    Jika hanya kerosakan sendiri, tiada laporan polis yang dibuat. Justeru, tiada bukti yang membolehkan syarikat insurans untuk membayar pampasan.

    Bagaimana pula jika cermin kereta retak sendiri?

    Ini adalah situasi berbeza. Anda boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans bagi menukar cermin kereta yang telah rosak. Namun, pastikan:

    1. Anda adalah pemegang polisi komprehensif
    2. Insurans anda masih sah

    Bagaimanapun, untuk tuntutan bagi kerosakan pada cermin kereta, ia bergantung sama ada kadar NCD anda akan terjejas mahupun tidak:

    1. Jika anda mempunyai perlindungan tambahan cermin kereta kereta, maka anda boleh membuat tuntutan insurans tanpa menjejaskan kadar NCD.
    2. Jika anda tidak mempunyai perlindungan tambahan cermin kereta pada polisi insurans, anda tetap boleh membuat tuntutan insurans. Namun kadar NCD anda akan terjejas.

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, selain daripada kerosakan kenderaan akibat kemalangan, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan pada kereta anda. Ini kerana, secara lumrahnya, kondisi kereta sememangnya akan merosot semakin lama ia digunakan dan ia menjadi tanggunggjawab anda untuk membaikinya menggunakan wang sendiri.

    Jadi, anda diharapkan supaya tidak terkeliru dengan istilah tuntutan insurans ini. Ya, meskipun anda ada perlindungan insurans, namun tidak bermakna anda boleh tuntut segalanya ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: