Skip to content
Home » Cara Jumper Bateri Kereta dengan Betul

Cara Jumper Bateri Kereta dengan Betul

    Cara junpper kereta

    Apabila bateri kereta anda sudah ‘kong’, motor starter akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ apabila anda cuba untuk menghidupkan enjin.

    Anda mungkin mendapati enjin anda tidak boleh dihidupkan. Jika situasi itu berlaku, maka anda mungkin tiada pilihan selain perlu melakukan jump-start pada bateri kereta anda. Walau bagaimanapun, mungkin ramai pemandu masih belum begitu arif atau tahu tentang cara untuk jump-start bateri kereta mereka.

    Kenapa kena jumper bateri kereta?

    Antara sebab yang paling biasa anda perlu jump-start atau jumper bateri kereta anda adalah kerana bateri kereta anda sudah mati/ habis. Bateri kereta anda mungkin telah dinyahcas dan mungkin tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menghidupkan enjin.

    Bateri kereta boleh dinyahcas jika anda membiarkan lampu kereta anda atau peranti elektrik lain dihidupkan tanpa menghidupkan enjin.

    Biasanya, jangka hayat maksimum bateri kereta adalah sekitar lima tahun. Walau bagaimanapun, jangka hayatnya bergantung pada jenis bateri yang anda gunakan.

    Ambil perhatian bahawa bateri yang telah mencapai had jangka hayatnya mungkin tidak dapat dicas semula dengan secukupnya untuk menghidupkan kereta.

    Peralatan yang diperlukan untuk jumper bateri kereta

    Di bawah ini adalah peralatan-peralatan yang diperlukan untuk jump-start bateri kereta anda:

    Sediakan peralatan penting ini bagi memudahkan anda untuk jumper kereta
    • Sepasang kabel jumper kereta yang berkualiti tinggi dan bersih (klip bergerigi hendaklah tidak berkarat)
    • Sarung tangan getah
    • Berus dawai
    • Kenderaan dengan bateri yang sudah habis perlu berada di tempat berhampiran sumber kuasa supaya proses jump-start mudah dilakukan
    • Kenderaan lain dengan bateri yang dicas penuh (voltan yang sama seperti kereta yang dijumper)

    Langkah-langkah untuk jump-start bateri kereta

    1.Bariskan kedua-dua buah kereta

    Parkirkan kedua-dua buah kereta berdekatan satu sama lain supaya bateri kereta mudah dicapai (kereta tidak perlu bersentuhan)

    Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan dan buka bonet hadapan kereta anda.

    2. Sambung kabel jumper merah 

    Guna kabel jumper merah dan sambungkannya ke terminal positif (+) bateri kereta ‘penderma’. Sambungkan pula hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.

    3. Sambung kabel jumper hitam

    Sambungkan klip kabel jumper kereta negatif (-) yang berwarna hitam pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’. Kemudian, sambungkan pula hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam tidak bercat pada kereta yang rosak seperti blok enjin atau casis.

    4. Hidupkan enjin kereta ‘penderma’

    Biarkan enjin kedua-dua kereta mati dan tunggu selama 3 minit.

    Kemudian, hidupkan enjin kereta ‘penderma’ selama lebih kurang 1 minit.

     5. Hidupkan enjin kereta anda 

    Hidupkan enjin kereta dengan bateri yang sudah kong tadi.

    6. Biarkan enjin kedua-dua kereta hidup

    Jika enjin kereta anda juga sudah hidup, biarkan enjin kedua-dua buah kereta beroperasi selama 10 minit.

    7. Matikan enjin kedua-dua buah kereta dan cabut kabel jumper

    Matikan enjin penderma dan kereta yang rosak. Cabut dan buka sambungan kabel mengikut arah berlawanan daripada ia dipasang pada awal tadi. Cabutkan dulu kabel hitam pada kereta yang telah rosak, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kemudian cabut pula kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’. 

    8. Hidupkan enjin kereta anda

    Masukkan kunci dan lihat sama ada enjin kereta anda boleh dihidupkan.

    9. Hubungi khidmat tunda jika enjin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan

    Jika enjin kereta anda masih gagal dihidupkan, maka mungkin terdapat masalah yang lebih teruk yang memerlukan bantuan pakar.

    Jangan lakukan perkara ini ketika jump-start bateri kereta anda

    Jump-start kereta mungkin nampak mudah, namun ia mungkin merbahaya jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.

    Sila pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara di bawah ini ketika cuba menghidupkan semula bateri kereta anda:

    • Merokok
    Merokok ketika jumper kereta adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan percikan daripada bateri.

    Anda tidak seharusnya merokok ketika sedang melakukan jump-start pada kereta anda.

    Adalah merbahaya jika anda memegang rokok kerana ia boleh menyebabkan percikan daripada bateri.

    • Biarkan kabel jumper berjuntai
    Kabel yang menyentuh fender boleh menyebabkan percikan api.

    Kabel yang disambungkan ke bateri, mempunyai cas. Jika anda membiarkan kabel berjuntai, ia boleh jatuh ke dalam lopak dan menyebabkan anda terkena renjatan elektrik.

    Selain itu, kabel yang menyentuh fender boleh menyebabkan percikan api. Sila pastikan anda peka dengan persekitaran anda ketika melakukan jump-start.

    • Tidak memakai sarung tangan dan pelindung mata

    Sebaik-baiknya gunakan sarung tangan yang tebal untuk perlindungan semasa mengendalikan bateri kereta.

    Pelindung mata juga diperlukan kerana bateri kereta mempunyai asid sulfurik yang boleh menghasilkan gas seperti oksigen dan hidrogen.

    Anda harus memakai pelindung mata kerana bahan kimia tersebut boleh menyebabkan buta dan kecederaan lain jika terkena mata.

    Pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut untuk jumper bateri kereta

    Walaupun langkah untuk jump-start bateri kereta tidak sukar, namun kesilapan mudah tetap boleh berlaku. Ambil perhatian bahawa sebarang kesalahan semasa mengendalikan bateri kereta boleh membawa maut. Jika anda tidak pasti atau kurang arif untuk melakukan proses tersebut, sebaiknya dapatkan bantuan tepi jalan daripada syarikat yang menawarkan perkhidmatan 24 jam.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: