Kerusi kereta yang berasaskan kulit sememangnya tampak lebih elegan dan bergaya. Ia akan membantu meningkatkan penampilan dalaman kereta anda.
Upholsteri kulit adalah tahan lasak dan mudah dibersihkan, namun ia boleh pudar apabila sudah semakin lama. Ia memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang kerap supaya dapat kekal dalam keadaan yang terbaik.
Jadi, untuk pemilik kereta dengan kerusi berasaskan kulit, pastikan anda membersihkan tempat duduk kereta dan upholsteri kulit sekali-sekala (sekurang-kurangnya setiap tiga bulan).
Ikuti sahaja langkah mudah yang akan kami kongsikan ini untuk memanjangkan jangka hayat kerusi kulit kereta anda dan memastikan ia kekal cantik, berkilat dan bersih sentiasa.
Pilihan 1: Membersihkan tempat duduk kereta anda
Langkah 1: Vakum
Vakum kerusi kulit kereta anda dengan kerap. Ia boleh membantu mengeluarkan alergen mikroskopik yang tersembunyi di celahan kerusi. Contohnya termasuklah habuk, debu, serpihan kecil dan sampah.
Anda boleh vakum kerusi anda sebulan sekali (atau lebih kerap) jika tempat duduk anda sudah kotor.
Langkah 2: Sembur pembersih kulit
Gunakan semburan khusus untuk membersihkan material berasaskan kulit pada kerusi kereta anda dengan selamat. Sembur dua bulan sekali (atau lebih kerap) jika tempat duduk anda memerlukan pembersihan yang lebih menyeluruh.
Langkah 3: Lap tempat duduk anda dengan kain kering
Lap kerusi kulit kereta anda dengan kain bersih atau kain kering bagi menyingkirkan sebarang kotoran atau habuk yang tertinggal di tempat duduk.
*Nota: Tempat duduk anda mungkin masih lembap selepas disapu dengan kain. Jika ya, biarkan ia kering dahulu di ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Langkah 4: ‘Rapikan’ kulit
Sapukan perapi pada kerusi kulit kereta anda setiap 3-4 bulan (atau apabila tempat duduk kulit menjadi kering).
*Nota: Kebanyakan perapi memerlukan 4 hingga 6 jam untuk kering sepenuhnya.
Pilihan 2: Beli sarung tempat duduk
Langkah 1: Pilih sarung dengan fabrik yang mudah dibersihkan
Sarung tempat duduk kereta terdapat dalam beberapa jenis fabrik yang berbeza, namun neoprena dan nilon dikatakan lebih senang untuk dibersihkan dan proses penjagaannya juga mudah.
Walaupun ia akan menyerap tumpahan air dan sebarang kotoran, anda boleh menanggalkan kotoran itu dengan mencucinya dengan mudah.
Langkah 2: Beli saiz yang betul
Beli sarung kerusi yang dibuat mengikut model dan saiz kereta anda. Pastikan ia tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Pilihan 3: Menyekat cahaya matahari
Pancaran sinaran cahaya matahari merupakan salah satu ancaman terbesar kepada kerusi kulit kereta. Sinaran UV boleh menyebabkan kerusi kulit lebih cepat pudar dan menyebabkan rekahan padanya.
Jadi, pastikan anda mengelakkan kerusi kulit anda terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dengan menggunakan pelindung matahari pada cermin depan kereta. Selain itu, gunakan juga tempat letak kereta berbumbung untuk memarkirkan kenderaan anda.
Jaga kerusi kulit anda
Membeli kereta merupakan satu pelaburan yang besar. Jadi, pastikan ia dijaga dengan baik termasuklah di bahagian kerusi kereta anda itu.
Semoga perkongsian kali ini berguna kepada anda dan dapat membantu mengekalkan kekemasan dan kebersihan di kawasan tempat duduk kereta anda selepas ini.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.Minta Sebut Harga
Baca juga: