Skip to content
Home » Cara Lindungi Kereta Daripada Rosak Akibat Sinaran Matahari

Cara Lindungi Kereta Daripada Rosak Akibat Sinaran Matahari

    Cara Lindungi Kereta Daripada Kerosakan Akibat Sinaran Matahari

    Cuaca panas terik tidak hanya memberi kesan kepada manusia. Kenderaan yang terdedah kepada cahaya matahari secara langsung juga boleh mengalami kerosakan akibat sinaran UV. 

    Bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia, suhu biasa di antara 21 hingga 32 darjah Celcius sudah tidak asing lagi.

    Sinaran UV boleh menjejaskan keseluruhan kereta termasuk cat pada kereta, bahagian dalaman kereta serta komponen seperti bateri, tayar dan pengelap cermin hadapan atau lebih biasa disebut sebagai wipers. 

    Namun jangan risau. Kali ini, Bjak akan kongsikan beberapa tips penjagaan bagi melindungi kereta anda daripada rosak akibat sinaran matahari.

    Kerosakan akibat terdedah kepada matahahari

    Haba yang melampau boleh merosakkan kenderaan

    Haba boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan walaupun diselenggara dengan baik. Terdapat banyak ‘cara’ haba boleh menjejaskan prestasi kereta dalam jangka masa panjang.

    Berikut beberapa kemungkinan kerosakan pada kereta yang boleh berlaku:

    • Dalaman kereta rosak

    Sinaran UV boleh memudarkan, mengubah warna dan mengeraskan permukaan dalaman kereta anda dari semasa ke semasa. Rekahan mungkin mula terbentuk pada bahagian dashboard, tempat duduk dan stereng kereta. 

    Kerosakan tersebut secara tidak langsung boleh mengurangkan kualiti dan nilai kenderaan anda dengan ketara.

    • Cat pada kereta pudar
    Cat kereta boleh terhakis dan rosak

    Cat kereta anda, termasuk cat bampar dan fender, boleh pudar dan merekah jika kereta terdedah kepada cahaya panas terik selama berjam-jam. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi memastikan bahagian luar kereta anda dalam keadaan terbaik.

    • Tayar kurang angin

    Tayar kereta kurang angin berkemungkinan besar akan pecah dalam suhu yang melampau, jadi sila berhati-hati.

    Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tekanan angin tayar kereta anda bagi tujuan keselamatan. Setidak-tidaknya, anda boleh mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan.

    • Bateri kereta rosak

    Haba boleh menyebabkan larutan cecair elektrolit dalam bateri tersejat. Ini boleh mendedahkan plat plumbum bateri kereta dan menyebabkan kakisan dalaman, mengehadkan atau mengurangkan keupayaan bateri untuk menahan cas dan menghasilkan kuasa yang tidak mencukupi untuk menghidupkan enjin.

    Cara lindungi kereta anda daripada matahari

    Kereta anda memerlukan perlindungan daripada sinaran UV berbahaya yang dipancarkan matahari.

    Justeru di sini Bjak menyenaraikan beberapa cara lindungi kereta anda ketika cuaca panas agar anda dapat praktikkan.

    Perlindungan dalaman kereta

    • Letakkan kereta anda di kawasan yang berbumbung
    Letakkan kereta di kawasan berbumbung

    Anda boleh mengelakkan pancaran sinaran cahaya matahari secara terus dengan meletakkan kereta  di kawasan berbumbung bagi melindungi cat kereta anda. Ia juga membantu mengurangkan sebarang kerosakan pada bahagian dalaman kenderaan anda akibat haba.

    • Pasang tinted pada tingkap kereta anda
    Pasang tinted tingkap kereta untuk mengelakkan dalaman kereta rosak

    Pemasangan tinted pada tingkap boleh mengurangkan haba dalam kenderaan dan memantulkan sinaran untraungu daripada cahaya matahari. Namun pastikan anda mengikut kadar ketelusan cahaya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

    • Gunakan pelindung matahari cermin hadapan
    Pasang pelindung matahari pada cermin hadapan

    Pelindung matahari cermin hadapan boleh memastikan kereta anda sejuk dan menghalang kerosakan kereta akibat sinaran UV.

    Pelindung matahari boleh menghalang haba daripada menembusi cermin hadapan. Ia juga membantu melindungi fabrik tempat duduk kereta anda dan dashboard daripada pudar.

    • Alas tempat duduk
    Pasang sarung pada keruti kulit

    Cahaya matahari dan haba boleh membuatkan tempat duduk kereta yang menggunakan fabrik kulit terkoyak atau merekah dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda boleh memasang sarung atau alas pada tempat duduk bagi membantu memastikannya tidak panas.

    Anda juga boleh kerap menggunakan ‘leather conditioner’ pada tempat duduk anda untuk perlindungan tambahan.

    Perlindungan bahagian luaran kereta

    • Wax kereta anda

    Cat kereta mudah merekah jika terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.

    Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan wax bagi melindungi permukaan kereta serta cat daripada sinaran UV. 

    Kami mengesyorkan anda untuk melakukan waxing kereta sekali dalam tempoh beberapa bulan. 

    • Periksa tekanan tayar anda

    Adalah berbahaya untuk memandu di atas turapan yang panas dengan tayar kurang angin kerana ia berpotensi untuk menyebabkan berlakunya letupan.

    Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tekanan tayar kereta anda terutamanya pada musim cuaca panas. Pastikan anda mengikut tekanan tayar yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.

    Lindungi kereta anda daripada kerosakan matahari

    Sila jaga kereta anda dengan baik, terutamanya ketika cuaca panas. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda tahu cara lindungi kereta daripada rosak akibat haba dan sinaran matahari.

    Ingat, lebih baik belanjakan sedikit wang sebagai langkah pencegahan berbanding terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membaiki kerosakan yang berlaku.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.