Skip to content
Home » Cara Mudah Nak Semak Insurans Kereta

Cara Mudah Nak Semak Insurans Kereta

    Cara semak insurans kereta - cover

    Insurans kereta adalah salah satu komponen penting dalam pemilikan kenderaan yang harus diuruskan oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Memiliki insurans kereta yang sah bukan hanya penting dari segi undang-undang, tetapi juga untuk melindungi diri dan harta benda daripada kemungkinan risiko yang mungkin terjadi semasa menggunakan kenderaan.

    Oleh disebabkan itulah, setiap pemilik kenderaan perlu sentiasa mengambil berat berkenaan insurans kereta mereka seperti tarikh tamat tempoh, apa yang dilindungi dan pelbagai lagi. Persoalannya, dekat mana boleh semak insurans kereta ini? Jangan risau kerana kami akan berkongsikan jawapannya dalam artikel ini. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    Semakan melalui portal rasmi syarikat insurans

    Langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan menggunakan portal rasmi syarikat insurans yang mengeluarkan polisi insuran kereta anda. Hampir semua syarikat insurans di Malaysia menyediakan kemudahan semakan status polisi insurans secara dalam talian melalui laman web mereka. Pengguna perlu log masuk ke dalam akaun mereka atau mengisi butiran kenderaan untuk membuat semakan.

    Semakan melalui aplikasi mudah alih syarikat insurans

    Selain daripada portal web, sesetengah syarikat insurans juga menyediakan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna semak status polisi insurans mereka menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk pengguna peranti Android dan App Store untuk pengguna peranti iOS. Pengguna hanya perlu log masuk menggunakan butiran akaun mereka untuk mengakses maklumat polisi insurans.

    Semakan melalui E-mel atau panggilan telefon kepada syarikat insurans

    Pengguna juga boleh menghubungi syarikat insurans melalui e-mel atau panggilan telefon untuk membuat semakan status polisi insurans kereta mereka. Butiran kenderaan perlu disediakan kepada wakil pelanggan untuk memudahkan proses semakan. Syarikat insurans akan memberikan maklum balas berkenaan status polisi insurans selepas semakan dilakukan.

    Semakan di pejabat syarikat insurans atau ejen takaful

    Bagi mereka yang lebih suka berurusan secara langsung, mereka boleh membuat semakan di pejabat syarikat insurans atau ejen takaful yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Pengguna boleh membawa dokumen-dokumen untuk mendapatkan maklumat tentang status insurans kereta mereka.

    Semakan melalui SMS (bergantung kepada syarikat insurans)

    Sesetengah syarikat insurans juga menyediakan perkhidmatan semakan status polisi insurans melalui SMS. Pengguna perlu menghantar mesej teks dengan format yang ditetapkan oleh syarikat insurans menggunakan nombor yang disediakan. Sebuah mesej akan dihantar semula kepada pengguna dengan maklumat berkenaan status insurans kereta mereka.

    Renew insurans kereta di BJAK

    Bagi anda yang sedang mencari insurans kereta berbaloi dan murah, anda disarankan untuk mencarinya di BJAK. BJAK ialah platform perbandingan insurans nombor 1 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perbandingan insurans dalam satu platform. Terdapat 23 jenama insurans yang boleh anda pilih dan bandingkan. Lebih menarik lagi adalah, anda juga boleh membayar secara ansuran sehingga 12 bulan. Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: