Skip to content
Home » Panduan Ringkas Cara Untuk Perbaharui Insurans Kereta Anda

Panduan Ringkas Cara Untuk Perbaharui Insurans Kereta Anda

    cara perbaharui - cover

    Untuk memperbaharui insurans kereta, anda boleh pilih sama ada nak buat dalam talian atau pun secara luar talian. Untuk memudahkan anda, kami akan menerangkan berkenaan kedua-cua cara yang boleh anda guna untuk memperbaharui insurans kereta anda dalam artikel ini.

    Perbaharui dalam talian

    Untuk mendapatkan perlindungan dengan harga yang terbaik dan berpatutan, kami mengesyorkan anda untuk gunakan laman perbandingan insurans. Ini kerana, laman web ini membolehkan anda untuk mendapatkan serta membandingkan sebut harga dengan mudah daripada 18 jenama insurans di Malaysia. Salah satu platform untuk perbandingan insurans terbesar di Malaysia ialah Bjak.

    Anda boleh membandingkan dan memperbaharui insurans kenderaan anda di Bjak dengan hanya gunakan 5 langkah mudah ini:

    1. Minta sebut harga insurans kereta percuma di laman web Bjak
    2. Terima sebut harga percuma anda melalui WhatsApp atau e-mel
    3. Bandingkan sebut harga insurans dan pilih insurans pilihan anda
    4. Sesuaikan polisi insuran kereta anda dan sertakan sebarang penambahan yang anda perlukan
    5. Terus buat pembayaran

    Setelah selesai mengikuti semua langkah di atas, anda akan mendapat nota perlindungan e-insurans anda melalui WhatsApp atau e-mel anda dalam masa 5 minit! Untuk makluman, Bjak juga boleh membantu anda untuk memperbaharui cukai jalan anda sekali. Mudah bukan?

    Perbaharui insurans dalam talian terus kepada pembekal insurans

    Anda juga boleh memperbaharui insurans kereta anda secara terus dengan pembekal insurans pilihan anda. Sebagai contoh, katakan bahawa anda ingin mendapatkan insurans daripada XYZ, anda hanya perlu pergi ke laman web insurans XYZ untuk memperbaharui insurans anda.

    Kebanyakan penyedia insurans hari ini menawarkan pembaharuan insurans dalam talian, tapi semak terlebih dahulu sama ada pembekal insurans pilihan anda itu menawarkan perkhidmatan ini atau tidak. Faedah utama jika anda memperbaharui insurans kereta dalam talian secara terus dengan pembekal insurans ialah rebat automatik 10%.

    Ini adalah langkah-langkah untuk membeli insurans kereta secara dalam talian terus dengan pembekal insurans.

    1. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda
    2. Semak butiran kereta anda dan butiran peribadi anda
    3. Masukkan poskod lokasi kereta anda
    4. Masukkan nombor IC anda
    5. Pilih sebarang penambahan yang anda perlukan dalam insurans anda
    6. Terus buat pembayaran

    Anda akan menerima nota perlindungan insurans dan polisi anda melalui e-mel.

    Perbaharui insurans kereta di luar talian

    Untuk memperbaharui insurans kereta anda di luar talian, anda boleh mengunjungi cawangan mana-mana ejen berdaftar insurans pilihan anda.

    1. Pergi ke outlet mana-mana ejen yang berdaftar dengan insurans pilihan anda
    2. Anda mungkin diminta untuk memberikan nota perlindungan insurans anda atau polisi dan sijil pemilikan kenderaan (VOC)
    3. Pilih jenis insurans anda: (1) Insurans Komprehensif , (2) Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, dan (3) Insurans Pihak Ketiga
    4. Tentukan jumlah diinsuranskan untuk kereta anda berdasarkan nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui
    5. Dapatkan sebut harga dari ejen
    6. Anda boleh meminta ejen untuk menambah sebarang penambaham dalam insurans kenderaan anda jika anda perlukan
    7. Terus buat pembayaran

    Dapatkan salinan fizikal nota perlindungan insurans dan polisi daripada ejen.

    Laman perbandingan insurans cara terbaik untuk beli insurans

    Cara terbaik untuk memperbaharui insurans kereta adalah melalui laman perbandingan insurans kerana anda boleh menikmati faedah berikut:

    Senang dan mudah diakses

    Selagi peranti elektronik anda disambungkan ke Internet, anda boleh memperbaharui insurans anda di mana-mana, pada bila-bila masa. Anda juga boleh mengelakkan diri anda dari perlu bersusah payah beratur di kaunter.

    Lebih banyak polisi insurans untuk dipilih

    Anda boleh mendapatkan banyak sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans sekaligus. Jika anda memilih pembaharuan insurans luar talian, anda mungkin perlu melawati beberapa cawangan kerana ejen fizikal mungkin bukan ejen kepada kebanyakan penyedia insurans.

    Premium insurans yang lebih murah

    Premium insurans berbeza-beza selepas liberalisasi tarif insurans motor pada 2017. Dengan menggunakan laman perbandingan insurans, anda boleh membandingkan dengan mudah penanggung insurans dari segi manfaat dan premium yang mereka tawarkan.

    Bandingkan polisi insurans sebelum anda membeli insurans kereta

    Kami telah pun berkongsikan langkah-langkah untuk memperbaharui insurans kenderaan anda, dalam talian dan luar talian. Kami berharap perkongsian kami dapat membantu anda memperbaharui insurans anda dengan mudah.

    Sila ingat untuk membandingkan polisi insurans dahulu sebelum anda membeli apa-apa. Untuk kemudahan anda, anda amat digalakkan untuk menggunakan Bjak untuk membandingkan sehingga 15 sebut harga insurans secara percuma. Bjak juga boleh membantu memperbaharui cukai jalan anda dan menghantarnya ke depan pintu anda.

    Sentiasa beringat untuk membandingkan polisi insurans terlebih dahulu sebelum anda membeli apa-apa insurans. Untuk kemudahan anda, anda amat digalakkan untuk menggunakan Bjak bagi membandingkan sehingga 18 sebut harga insurans secara percuma. Bjak juga boleh membantu memperbaharui cukai jalan anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: