Skip to content
Home » Semak Cukai Jalan: Cara Check Harga Roadtax Termudah

Semak Cukai Jalan: Cara Check Harga Roadtax Termudah

    semaj harga roadtax kereta

    Sebagai pemilik kereta, anda pasti sudah tahu bahawa harga insurans kereta berubah-ubah pada setiap tahun. Ia boleh menjadi mahal ataupun murah, bergantung sama ada anda pernah membuat tuntutan insurans pada tahun sebelumnya atau tidak, ada mengambil tambahan perlindungan insurans dalam polisi asas dan lain-lain.

    Namun berbeza dengan insurans, harga roadtax pula adalah sama pada setiap tahun selagi anda memiliki kereta yang sama. Untuk mereka yang sudah lama memiliki kereta, anda mungkin sudah tahu harga roadtax serta cara untuk semak cukai jalan (harga roadtax) kereta anda. Bagaimanapun, bagi pemilik kereta baru, mungkin ada yang masih belum tahu cara untuk semak harga roadtax mereka.

    Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara semak harga roadtax kereta bagi memudahkan urusan anda selepas ini.

    Perlukah anda tahu dan semak cukai jalan kereta terutama harganya?

    Secara lazimnya, anda perlu memperbaharui kedua-dua insurans dan roadtax kereta pada setiap tahun. Mudah kata, ia boleh dianggap sebagai komitmen tahunan, selagi anda adalah pemiliknya yang sah.

    Jadi, sebaiknya anda semak harga cukai jalan terlebih dahulu sebelum ingin memperbaharui kedua-duanya. Ia perlu supaya anda boleh merancang bajet anda lebih awal, dan mengelakkan anda merasa terbeban apabila tiba masa untuk memperbaharui insurans dan roadtax.

    Ini cara semak harga cukai jalan kereta

    Terdapat dua cara mudah untuk anda semak harga roadtax kereta iaitu:

    Semak harga roadtax secara online

    Pada hari ini, semuanya boleh dilakukan secara online. Selain lebih mudah dan cepat, ia juga boleh membantu anda untuk mengetahui harga roadtax bagi kenderaan jenis lain juga.

    Untuk mengetahui harga roadtax kereta anda, anda boleh rujuk perkongsian kami pada artikel sebelum ini. Apa yang penting adalah anda hanya perlu mengetahui model kereta, kapasiti enjin kereta anda serta lokasi tempat tinggal terkini.

    Semak harga roadtax kereta pada kertas roadtax

    semak harga cukai jalan

    Sedar atau tidak, kertas roadtax kereta kita juga sebenarnya ada memaparkan harga roadtax. Anda boleh semak kertas roadtax kereta anda pada tahun sebelum ini untuk ketahui harga roadtax anda bagi pembaharuan kali ini. 

    Pada kertas tersebut, ada tertera harga roadtax kereta anda untuk tempoh 6 bulan atau 12 bulan bergantung pada sebelum ini berapa lama anda menghidupkan tempoh roadtax kereta tersebut.

    Mudah sahaja bukan?

    Renew roadtax kereta anda

    Jadi, jangan lupa untuk memperbaharui roadtax kereta anda sebelum ia tamat tempoh. Tahu dengan lebih awal mengenai harga roadtax kereta anda supaya anda dapat mengasingkan bajet khusus untuknya dan seterusnya mengelakkan anda daripada merasa terbeban terutamanya dari segi kewangan. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: