Skip to content
Home » Cara Semak NCD Insurans Kereta Anda Online

Cara Semak NCD Insurans Kereta Anda Online

Cara Semak NCD Insurans Kereta Anda Online

Pengenalan

Ramai pemandu tak sedar mereka boleh semak NCD (No Claim Discount) secara percuma tanpa perlu ke cawangan insurans. NCD ialah diskaun yang diberikan jika anda tidak membuat tuntutan sepanjang tempoh polisi. Lagi tinggi NCD, lagi murah premium anda. Artikel ini tunjuk cara semak NCD insurans kereta online dengan mudah dan cepat — tanpa sebarang bayaran.


Apa Itu NCD dan Kenapa Penting?

NCD adalah diskaun khas yang pemilik kenderaan dalam Malaysia jika buat pembaruan insurans berturut tanpa sebarang tuntutan. Jika  tiada buat sebarang tuntutan NCD boleh naik sehingga 55% untuk bantu dengan pembelian insuran.

Tempoh Tanpa TuntutanKadar NCD (%)
Tahun 125%
Tahun 230%
Tahun 338.33%
Tahun 445%
Tahun 5 ke atas55%
Contoh:  Jika premium asalah dalam RM 1,000, dengan NCD 55%, jumlah yang perlu dibayar hanya RM 450 sahaja.

Cara Semak NCD Insurans Kereta Secara Online (Percuma)

1. Melalui Portal Bjak

  • Layari www.bjak.my
  • Masukkan nombor plat dan butiran asas kenderaan
  • Dapatkan sebut harga — kadar NCD akan dipaparkan bersama premium semasa

Kelebihan: Semakan pantas dan automatik semasa anda buat perbandingan insurans.


2. Melalui Portal MyEG

  • Pergi ke laman rasmi www.myeg.com.my
  • Log masuk akaun MyEG anda
  • Pilih menu “Insurance Renewal” dan masukkan nombor pendaftaran
  • Sistem akan tunjuk kadar NCD semasa anda

3. Hubungi Syarikat Insurans atau Ejen

Jika anda tak pasti portal mana digunakan, boleh terus hubungi syarikat insurans seperti Allianz, AXA, Zurich atau Takaful Malaysia. Berikan nombor plat dan mereka boleh sahkan kadar NCD terkini anda.


Infografik menunjukkan tiga cara semak NCD insurans kereta secara online melalui Bjak, MyEG dan syarikat insurans.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah NCD boleh dipindahkan ke kereta lain?
Boleh, selagi pemilik kenderaan adalah individu yang sama.

2. Apa jadi jika saya buat tuntutan kecil?
NCD akan reset semula ke 0% selepas tuntutan berjaya.

3. Boleh semak NCD kereta orang lain?
Tidak, hanya pemilik berdaftar boleh semak.


Kesimpulan

Sekarang anda tahu cara semak NCD insurans kereta online percuma tanpa perlu tunggu ejen. Dengan semakan pantas di Bjak atau MyEG, anda boleh tahu berapa banyak diskaun yang layak diterima sebelum memperbaharui polisi. Jangan lupa — NCD tinggi bermakna bayaran premium lebih rendah.

Baca Juga:

Cara Mudah Check Saman JPJ Online

Cara Dapatkan Salinan Semula Cover Note Insurans

Apa Beza Perlindungan Insurans Kereta Lama vs Baru?