Pengenalan
Ramai sahaja pemegang polisi lupa jika insuran perlindungan masih aktif atau sudah luput. Jika dibiarkan, ada kemungkinan yang kenderan anda tidak dilindungi jika berlaku sebarang kemalangan. Artikel ini akan terangkan langkah-langkah ringkas untuk anda pastikan polisi sentiasa sah dengan semak status di Takaful Malaysia.
Kaedah Semak Status Perlindungan Takaful Malaysia
1. Semak melalui Portal Takaful Malaysia
- Layari Portal Pelanggan Takaful Malaysia.
- Log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan.
- Pergi ke menu My Policy.
- Lihat maklumat polisi: tarikh mula, tarikh tamat & status aktif.
2. Semak melalui Aplikasi Takaful Malaysia myTakaful
- Muat turun aplikasi myTakaful (Google Play / App Store).
- Daftar akaun atau log masuk.
- Pergi ke bahagian Polisi Saya.
- Semua maklumat perlindungan anda akan dipaparkan.
3. Hubungi Khidmat Pelanggan Takaful Malaysia
- Hotline: 1-300-88-252-385
- E-mel: csu@takaful-malaysia.com.my
- Anda boleh terus bertanya status polisi, baki premium, atau maklumat perlindungan tambahan.
Jadual Ringkas: Cara Semak Status Takaful Malaysia
| Kaedah | Akses | Kelebihan | Kekangan |
| Portal Online | Laman web rasmi | Detail penuh polisi | Perlu internet & login |
| Aplikasi myTakaful | Telefon pintar | Mudah, boleh semak bila-bila masa | Perlu muat turun app |
| Khidmat Pelanggan | Telefon / E-mel | Bantuan terus dari staf | Terhad waktu operasi |

Kesimpulan
Mudah sahaja untuk semak status perlindungan online — sama ada melalui portal, aplikasi, atau terus hubungi khidmat pelanggan. Dengan rutin semakan ini, anda boleh elak risiko perlindungan tamat tanpa disedari dan pastikan anda sentiasa dilindungi bila memandu.
Baca Juga:
Covernote Insurans Kereta Hilang, Apa Perlu Dibuat?

