Bagi sesetengah orang, penukaran pemilikan kereta mungkin kelihatan seperti proses rumit yang melibatkan banyak proses. Oleh sebab itu, mereka lebih memilih untuk mengabaikan kepentingan menukar pemilikan kenderaan ketika membeli dan menjual kenderaan terpakai.
Tetapi pemindahan hak milik adalah penting apabila anda merancang untuk menjual/membeli kereta terpakai. Ia adalah proses yang agak mudah yang boleh anda lakukan secara dalam talian. Lebih menjimatkan masa dan mudah. Ketahui cara untuk melakukannya seperti seorang profesional dengan membaca artikel ini.
Bagaimana nak pindahkan pemilikan kereta dalam talian?
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk memindahkan pemilikan kereta, terutamanya jika anda ingin membeli/menjual kereta terpakai. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Selesaikan semua pembayaran
Sebelum menyenaraikan kereta untuk dijual, anda mesti menjelaskan semua bayaran yang tertunggak. Sebagai penjual dan pemilik, anda perlu memastikan kenderaan tersebut tiada saman dan denda ketika nak jual.
Jika terdapat pinjaman tertunggak, pastikan anda telah menyelesaikannya. Jika anda menjual kereta pada separuh tempoh pembayaran balik pinjaman, pastikan pemilik baru mengambil alih pinjaman tersebut. Perlu ada penyerahan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.
Pemeriksaan Puspakom
Seterusnya, pemilik lama atau baru hendaklah membawa kenderaan tersebut untuk Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik di Puspakom. Pastikan kereta dalam keadaan baik agar pemeriksaan berjalan lancar.
Tempah temu janji dengan Puspakom lebih awal sebelum pergi untuk pemeriksaan. Anda boleh melakukannya secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi mereka. Caj RM30 akan dikenakan untuk pemeriksaan, dan anda perlu membawa salinan asal Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Tukar nama pemilik kenderaan secara dalam talian
Anda boleh pindahkan atau menukar hak milik kenderaan secara dalam talian. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan orang ramai melakukannya secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi kaunter fizikal mereka.
Prosesnya agak mudah. Pertama, anda perlu mendaftar akaun MySIKAP sebagai langkah pertama. Jika anda sudah mempunyai akuan MySIKAP, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah bergantung kepada sama ada anda pemilik sedia ada atau yang baharu.
Pemilik sedia ada
- Log masuk ke portal mySIKAP
- Klik pada tab ‘Kenderaan’
- Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)’.
- Klik ‘Ok’ dan masukkan nombor pendaftaran kenderaan
- Klik pada butang ‘Teruskan’
- Masukkan nombor IC dan alamat e-mel pemilik baharu
- Klik pada butang ‘Seterusnya’
- Cetak dan simpan resit sebagai rujukan
Pemilik baru
- Log masuk ke portal mySIKAP
- Klik pada tab ‘Kenderaan’
- Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)’ daripada menu.
- Klik ‘Ok’ dan masukkan nombor pendaftaran kenderaan
- Klik pada butang ‘Teruskan’
- Pada halaman pengisytiharan kenderaan, pilih ‘Semenanjung’ dan kemudian klik ‘Setuju.’
- Sahkan butiran dan klik ‘Teruskan.’
- Cetak resit daripada sistem dan bawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk langkah seterusnya.
Kenapa perlu pilih nak pindahkan pemilikan kereta dalam talian?
Membeli atau menjual kereta tanpa memindahkan pemilikan akan ada kesannya. Ia boleh menjadikan proses pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan amat sukar bagi pembeli.
Memandangkan mereka bukan pemilik yang sah, mereka boleh menghadapi masalah serius jika pemilik asal meninggal dunia. Jika mereka ingin menjual semula kereta itu kepada orang lain pada masa hadapan, ia hampir mustahil. Untuk mengelakkannya, serahkan hak milik kereta kepada pembeli anda dengan betul.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: