Skip to content
Home » Diskaun Khas Bayar Saman JPJ, Cara & Bila?

Diskaun Khas Bayar Saman JPJ, Cara & Bila?

Diskaun Khas Bayar Saman JPJ, Cara & Bila?

Pengenalan


Ramai sahaja pemandu di Malaysia bertanya,JPJ ada ke sediakan kempen untuk diskaun khas bayar saman JPJ? bukan PDRM ke sediakan kempen macam tu? Dengan semakan artikel ini, ia akan terangkan cara semakan tempoh tarikh dengan diskaun yang ditawarkan jika boleh apply pada saman yang anda telah terima untuk pastikan proses bayaran saman lancar untuk jimatkan kos.


Bila Diskaun Khas Saman JPJ Ditawarkan?

Diskaun khas biasanya diumumkan semasa kempen tertentu, seperti:

  • Sambutan Hari JPJ atau Hari Pemandu
  • Kempen kesedaran keselamatan jalan raya
  • Program khas akhir tahun atau promosi sementara

JPJ akan umum tempoh tarikh bila diskaun tersebut bermula dengan jumlah flat rate bagi kesalan yang terpilih.


Bagaimana Cara Mendapatkan Diskaun?

Berikut adalah langkah mudah untuk dapatkan diskaun saman JPJ:

  1. Semak status saman anda melalui MyJPJ, JPJ Portal, atau aplikasi JPJ.
  2. Pastikan saman anda termasuk dalam senarai diskaun semasa kempen.
  3. Bayar saman sebelum tarikh tamat kempen.
  4. Gunakan kaedah pembayaran yang diterima seperti online banking, MyEG, atau Pos Malaysia.

 Infografik ringkas tentang diskaun khas saman JPJ: tempoh kempen, potongan sehingga 50%, dan cara pembayaran diterima.

Tip Tambahan

  • Simpan bukti pembayaran untuk rujukan.
  • Jangan tunggu saat akhir kerana sesetengah portal atau kaunter mungkin sesak.
  • Sentiasa semak pengumuman JPJ untuk kempen terbaru supaya tidak terlepas peluang jimat.

Kesimpulan


Diskaun khas bayar saman JPJ memang wujud, tetapi hanya pada tempoh kempen tertentu. Dengan langkah semak saman, pastikan kesalahan anda termasuk dalam promosi, dan bayar sebelum tamat tempoh, anda boleh jimat sehingga 50% daripada jumlah saman. Tetapi jangan tunggu begitu lama sehingga nama boleh disenarai hitam & merumitkan keadaan ketika hendak buat pembelian insuran bersama roadtax.

Baca Juga:

Bezakan Cover Note vs Polisi Penuh Insurans Kereta

Berapa Lama Proses Claim Insurans Kereta?

Cara Kira Premium Insurans Kereta Ikut CC & Umur Kereta