Skip to content
Home » Pokok Hempap Dua Kereta Ketika Lampu Isyarat Merah

Pokok Hempap Dua Kereta Ketika Lampu Isyarat Merah

    Kereta dihempap pokok

    Dua buah kereta, Perodua Myvi dan Honda Civic dihempap sebatang pokok berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 31 Disember lepas. 

    Detik-detik mencemaskan yang menyaksikan sebatang pokok menimpa kedua-kedua buah kenderaan terbabit telah dirakam dashcam kereta yang pada ketika itu berada di belakang. Video berdurasi satu minit tersebut menunjukkan pemandu serta penumpang kenderaan berkenaan keluar dari kereta sebaik sahaja kenderaan mereka ditimpa pokok. Syukur tiada mangsa yang dilaporkan cedera akibat kejadian tersebut. 

    Pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat

    Menurut laporan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.45 petang pada hari kejadian. Susulan panggilan tersebut, lapan anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pokok tersebut tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat pada hari kejadian. Dalam kenyataan yang sama, anggota bomba telah bertindak memotong serta mengalihkan pokok tersebut dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang pada hari yang sama. 

    Boleh buat tuntutan kepada pihak terbabit jika pokok tumbang ekoran kerja jalan raya atau landskap

    Boleh buat tuntutan kepada pihak terbabit jika pokok tumbang ekoran kerja-kerja jalan raya atau landskap

    Sekiranya kenderaan anda dihempap pokok akibat kerja-kerja jalan raya atau landskap (mohon dijauhkan), anda boleh membuat tuntutan secara terus kepada pihak majlis atau jabatan yang berkenaan.

    Sebagai contoh, pada 22 Disember lepas, sebuah Perodua Axia remuk dihempap sebatang pokok berusia lebih daripada 100 tahun yang tumbang berdekatan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Susulan kejadian tersebut, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya telah bertemu pemilik kenderaan berkenaan dan memaklumkan bahawa beliau boleh membuat tuntutan insurans dengan DBKL berhubung kerosakan yang dialami. 

    Bolehkah claim insurans kereta dihempap pokok?

    Boleh claim insurans kereta jika kereta dihempap pokok dengan mendapatkan perlindungan peril khas

    Anda juga mungkin tertanya-tanya, bolehkah claim insurans kereta akibat dihempap pokok?

    Asasnya, insurans kenderaan tidak memberi perlindungan kepada kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, taufan, ribut termasuk pokok tumbang. Sekiranya anda mempunyai polisi komprehensif sekalipun, anda tidak mendapat perlindungan insurans atas kerosakan kenderaan akibat bencana alam. 

    Walau bagaimanapun, tuntutan insurans boleh dibuat sekiranya anda mempunyai perlindungan tambahan peril khas atau special perils cover untuk melindungi kenderaan anda sekiranya rosak akibat bencana alam.

    Dapatkan perlindungan peril khas (bencana alam)

    Kejadian yang menimpa Perodua Myvi dan Honda Civic tersebut tidak dapat diduga oleh sesiapa. Sebagai perlindungan, anda disarankan untuk mengambil perlindungan tambahan peril khas. Untuk makluman, anda hanya boleh mendapatkan perlindungan tambahan ini sekiranya anda mempunyai insurans komprehensif

    Berapa pula premium tambahan untuk mendapatkan perlindungan peril khas? Biasanya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan (sum insured) kenderaan anda. Premium tambahan tersebut bergantung kepada premium yang ditetapkan oleh syarikat insurans atau takaful masing-masing, jadi semak terlebih dahulu berapa yang perlu anda tambah. 

    Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, katakan sum insured kereta anda ialah RM50,000. Anda perlu membayar 0.5% daripada jumlah tersebut untuk mendapatkan perlindungan peril khas. Jadi, amaun yang perlu dibayar ialah sebanyak RM250 untuk perlindungan setahun.

    Rujuk kepada artikel kami yang lepas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perlindungan tambahan peril khas

    Malang tidak berbau, bersiap sedia

    Siapa yang tak sayang kereta sendiri, kan? Oleh itu, kami sarankan anda untuk mendapatkan perlindungan peril khas bagi melindungi kereta anda. Dengan cuaca yang tidak menentu, kerosakan yang mungkin ditanggung akibat bencana alam mungkin memerlukan anda untuk mengeluarkan wang yang lebih banyak. Rancang kewangan anda mulai sekarang dan pertimbangkan perlindungan tambahan peril khas untuk kenderaan anda.

    Untuk lebih mudah, gunakan platform percuma Bjak untuk membandingkan sehingga 15 syarikat insurans dan takaful terbaik di Malaysia. Pilih insurans yang terbaik buat anda pada harga terendah. Layari laman web Bjak untuk mendapatkan sebut harga percuma