Skip to content
Home » Sum Insured Insurans Kereta: Market Value vs Agreed Value

Sum Insured Insurans Kereta: Market Value vs Agreed Value

    Jumlah perlindungan yang diperlukan untuk insurans kereta anda

    Ketika anda membeli insurans kereta, anda perlu memilih jumlah perlindungan insurans atau sum insured kereta anda. Macam mana nak tentukan jumlah perlindungan insurans kereta anda? Ikuti artikel kami kali ini untuk ketahuinya.

    Apakah sum insured?

    Sebelum kami huraikan cara-cara menentukan sum insured atau jumlah perlindungan insurans kereta, ketahui dahulu apa yang dimaksudkan dengan sum insured atau dalam Bahasa Melayunya jumlah diinsuranskan.

    Jumlah diinsuranskan adalah jumlah maksimum perlindungan insurans kereta anda. Jumlah diinsuranskan boleh dipilih sama ada mengikut nilai dipersetujui (agreed value) atau nilai pasaran (market value) seperti yang akan diterangkan selanjutnya. 

    Apakah market value?

    Market value atau nilai pasaran pula adalah nilai kereta anda mengikut nilai pasaran ketika anda renew insurans. Jika anda memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai pasaran, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda mengikut nilai pasaran ketika berlakunya kecurian atau kemalangan yang mengakibatkan kereta anda total loss. Lihat contoh di bawah untuk penerangan.

    Contoh: Anda telah memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai pasaran iaitu RM100,000. 11 bulan kemudian, kereta anda kemalangan teruk sehingga dikategorikan sebagai total loss. Anda hanya mendapat pampasan daripada insurans sebanyak RM85,000 kerana nilai pasaran kereta anda telah susut sebanyak 15% ketika kemalangan tersebut berlaku. 

    Apakah agreed value?

    Agreed value atau nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan syarikat insurans ketika anda renew insurans. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Sekiranya berlaku tuntutan total loss atau kecurian, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini. Untuk gambaran yang jelas, lihat contoh di bawah:

    Contoh: Anda telah memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui iaitu RM100,000. Ditakdirkan 11 bulan kemudian, kereta anda kemalangan dan tidak dapat dibaiki lagi atau dikategorikan sebagai total loss. Anda akan mendapat pampasan daripada insurans sebanyak RM100,000 mengikut nilai dipersetujui, walaupun nilai pasaran kereta anda telah susut kepada RM85,000.

    Perbezaan antara agreed value dan market value

    Perbezaan premium

    Kebanyakan pengguna merasakan premium bagi polisi insurans kereta mengikut nilai dipersetujui (agreed value) adalah lebih adil berbanding mengikut nilai pasaran (market value). Kebanyakannya berpendapat mereka patut mendapat pampasan mengikut jumlah diinsuranskan. 

    Tetapi anda sebenarnya membayar premium yang lebih rendah jika memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai pasaran. Namun begitu, risikonya ialah nilai pasaran kereta rata-ratanya susut sekitar 10-15% setiap tahun. Jadi sekiranya kereta anda dicuri atau total loss, anda akan mendapat pampasan yang lebih rendah akibat penurunan nilai pasaran. 

    Sebaliknya, jika anda memilih nilai dipersetujui atau agreed value sebagai jumlah diinsuranskan, jumlah premium anda akan lebih tinggi. Namun, kelebihannya ialah pampasan yang anda akan dapat ekoran kecurian atau kemalangan yang mengakibatkan kereta anda total loss, tidak akan terkesan oleh nilai pasaran. 

    Risiko over-insurance/under-insurance

    Risiko paling besar membeli insurans mengikut market value atau nilai pasaran adalah terlebih perlindungan (over-insurance) atau terkurang perlindungan (under-insurance). Sebelum itu, anda boleh semak nilai pasaran kereta anda melalui MyCarInfo.

    Sekiranya terlebih perlindungan, insurans hanya akan membayar anda pampasan mengikut nilai pasaran ketika berlaku kecurian atau total loss. Jika terkurang perlindungan pula, anda mungkin terima pampasan tetapi bukanlah jumlah penuh nilai pasaran. 

    Manakah yang lebih baik untuk anda: agreed value atau market value?

    Sebenarnya, sebagai pengguna yang bijak, anda perlu fahami dahulu risiko mengambil sama ada agreed value atau market value. Baca penjelasan seterusnya untuk membantu anda memilih.

    Bilakah agreed value sesuai untuk anda?

    Sekiranya anda baru sahaja membeli kereta yang baru dikeluarkan dan membuat pinjaman bank untuk membiayai kereta tersebut, sebaiknya, anda pilih jumlah diinsuranskan mengikut agreed value. Sekiranya kereta anda dicuri atau kemalangan sehingga mengakibatkan total loss, anda akan dapat pampasan insurans mengikut nilai yang telah dipersetujui. Anda boleh gunakan pampasan tersebut untuk membayar pinjaman anda atau mungkin beli kereta ganti. 

    Jika anda ingin memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui, check dahulu sama ada insurans pilihan anda menawarkan pilihan ini. Sesetengah syarikat insurans mungkin hanya meletakkan jumlah diinsuranskan mengikut nilai pasaran.

    Agreed value sesuai dipilih untuk kereta baru
    Agreed value sesuai dipilih untuk kereta baru

    Bilakah market value sesuai untuk anda?

    Manakala, sekiranya kereta anda sudah agak lama dan tidak mempunyai hutang, anda boleh pilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai pasaran atau market value. Jumlah pampasan akan kurang, tetapi anda boleh dapatkan premium insurans yang lebih rendah berbanding mengikut nilai dipersetujui.

    Market value sesuai dipilih untuk kereta yang lebih berusia
    Market value sesuai dipilih untuk kereta yang lebih berusia

    Bolehkah kereta dilindungi di bawah market value?

    Jawapan ringkasnya ialah tidak digalakkan. Malah, sesetengah syarikat insurans tidak membenarkan pengguna meletakkan jumlah diinsuranskan yang lebih rendah daripada nilai pasaran atau dipanggil under-insurance.

    Sebagai contoh, nilai pasaran kereta anda ialah RM20,000. Tetapi, untuk mendapatkan insurans yang lebih murah, anda pilih untuk mendapatkan jumlah diinsuranskan sebanyak RM15,000 iaitu lebih rendah berbanding nilai pasaran kereta anda. 

    Dapatkan nasihat profesional sebelum renew insurans

    Sebelum membuat keputusan memilih jumlah diinsurankanskan mengikut agreed value atau market value, buat kajian dahulu untuk memahami risiko-risikonya seperti yang dikongsikan di atas. Ini untuk memastikan jumlah perlindungan insurans kereta anda mencukupi.

    Perlukan nasihat sebelum renew insurans kereta? Jangan risau, dapatkan khidmat bantuan eksklusif berkenaan insurans secara percuma, hanya di Bjak.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: