Skip to content
Home » Insurans Kereta: Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam)

Insurans Kereta: Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam)

    Perlindungan tambahan peril khas (bencana alam)

    Jika kereta anda rosak akibat bencana alam seperti ditenggelami banjir atau ditimpa pokok akibat ribut, anda tidak boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans anda, melainkan anda mempunyai perlindungan peril khas. Dalam artikel ini, kami kongsikan tentang perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.

    Apakah perlindungan peril khas?

    Perlindungan insurans kereta ditimpa pokok
    Perlindungan peril khas memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat ditimpa pokok

    Perlindungan peril khas ialah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.

    Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta.

    Perlu ke dapatkan perlindungan peril khas?

    Perlindungan insurans kereta ditenggelami banjir
    Perlindungan peril khas memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat ditenggelami banjir

    Sama ada perlu atau tidak anda dapatkan perlindungan peril khas sebenarnya bergantung kepada kegunaan dan lokasi kereta anda.

    Sebagai contoh, sekiranya anda tinggal di kawasan yang kerap atau saban tahun mengalami banjir, anda mungkin perlukan perlindungan peril khas. Sekiranya kereta anda rosak akibat banjir, sekurang-kurangnya anda akan mendapat sejumlah pampasan daripada syarikat insurans atas kerugian yang ditanggung. 

    Berapa bayaran pampasan perlindungan peril khas?

    Secara amnya, jumlah bayaran pampasan bergantung kepada nilai kereta anda, tertakluk kepada polisi insurans masing-masing. Perlindungan ini juga tidak terhad kepada bayaran tuntutan atau claim payout tetapi termasuk kos pembaikan kerosakan kereta.

    Berapa bayaran tambahan perlindungan peril khas?

    Perlindungan insurans kereta rosak akibat tanah runtuh
    Perlindungan peril khas memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat tanah runtuh

    Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan. Tetapi ianya mungkin berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans.

    Berikut merupakan harga yang dikenakan oleh beberapa syarikat insurans dan takaful kereta di Malaysia.

    Syarikat insuransPerlindunganPremium
    (kadar premium x jumlah perlindungan kereta)
    Zurich TakafulBanjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penenggelaman atau penenggelaman tanah/bumi atau gegaran alam lain0.20%
    Allianz MalaysiaBanjir, taufan, ribut, tanah runtuh atau gegaran alam semula jadi yang lain0.25%
    RHB Insurance Berhad
    (perlindungan peril khas penuh)
    Banjir kilat, ribut, tanah runtuh, gempa bumi, tanah tenggelam dan kejadian lain yang tidak dijangka0.25%
    Etiqa TakafulBanjir dan ribut0.27%
    RHB Insurance Berhad
    (perlindungan peril khas terhad)
    Banjir kilat, ribut, tanah runtuh, gempa bumi, tanah tenggelam dan kejadian lain yang tidak dijangka0.40%
    Etiqa TakafulBanjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penenggelaman atau penenggelaman tanah/bumi atau gegaran alam lain0.50%

    Sebagai contoh, anda hendak menambah perlindungan bencana alam daripada Etiqa Takaful. Berdasarkan nilai semasa kereta anda contohnya RM50,000, anda perlu membayar 0.5% daripada nilai tersebut. Jadi bayaran tambahan yang dikenakan ialah sebanyak RM250 untuk perlindungan setahun.

    Untuk mengetahui kadar bayaran perlindungan peril khas yang tepat, dapatkan sebut harga insurans kereta secara online.

    Cara tambah perlindungan peril khas

    Ketika anda renew insurans kereta anda, anda mempunyai pilhan untuk menambah perlindungan tambahan termasuk perlindungan peril khas atau bencana alam.

    Anda hanya perlu membuat penambahan perlindungan peril khas sebelum membuat pembayaran.

    Dapatkan perlindungan tambahan di Bjak

    Kami telah kongsikan di atas maklumat penting tentang perlindungan tambahan peril khas atau bencana alam. Jadi, pertimbangkan beberapa faktor seperti tempat tinggal dan lokasi kereta anda, kemampuan kewangan anda serta insurans atau takaful yang menawarkan perlindungan tambahan ini.

    Anda boleh dengan mudah renew insurans kereta secara online di Bjak, dan tambahkan perlindungan tambahan yang diperlukan sebelum membuat pembayaran.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: