Skip to content
Home » Elak Nyalakan Lampu Hazard Kenderaan dalam 5 Situasi Ini

Elak Nyalakan Lampu Hazard Kenderaan dalam 5 Situasi Ini

    Lampu hazard kereta

    Anda memiliki kenderaan sendiri? Maka anda pasti tahu dan sedar bahawa setiap kenderaan dilengkapi dengan lampu kecemasan atau sering disebut sebagai lampu hazard (hazard lights).

    Lampu hazard ini diketahui berfungsi untuk memberi isyarat kepada kenderaan lain bahawa kereta anda sedang mengalami masalah atau sedang berhadapan dengan situasi merbahaya. Namun malangnya, ada segelintir pemandu yang masih belum mengetahui cara atau waktu sebenar untuk menggunakan lampu ini dan dengan sesuka hati menyalakannya mengikut kehendak mereka.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda 5 salah faham atau contoh situasi yang sebenarnya tidak patut digunakan lampu hazard ketika sedang memandu untuk dijadikan sebagai panduan.

    Ketika hujan lebat

    Jangan pasang lampu hazard

    Sedar atau tidak. Ramai pemandu dilihat menyalakan lampu hazard ketika cuaca hujan lebat. Sebenarnya, pemandu tidak sepatutnya menyalakan lampu ini kerana ia boleh membahayakan keselamatan. Ini kerana apabila lampu hazard dinyalakan, kenderaan dibelakang sukar untuk mengenal pasti jika kenderaan anda ingin membelok ke kiri atau kanan dan seterusnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

    Meskipun niat anda memasang lampu ini ketika hujan lebat sekadar untuk memaklumkan mengenai keberadaan kereta anda kepada pengguna lain, namun ia mungkin boleh menyebabkan kekeliruan. Jadi, cukuplah sekadar nyalakan lampu utama kenderaan anda sahaja.  

    Ketika kabus tebal

    Buka lampu kabus

    Sama seperti ketika hujan, anda sebenarnya perlu nyalakan lampu utama sahaja ketika melalui jalan dengan kabus tebal untuk meyakinkan pengguna jalan raya lain mengenai keberadaan kenderaan anda. 

    Selain lampu utama, anda juga boleh nyalakan lampu kabus sebagai tujuan keselamatan. Lampu kabus kereta anda boleh membantu mencerahkan sudut jalan di hadapan dan sekeliling dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kejelasan pemanduan.

    Ketika melalui terowong

    Nyalakan lampu malap sahaja

    Tak perlu nyalakan lampu hazard ketika melalui terowong. Cukuplah sekadar menyalakan lampu malap (dim) atau lampu utama kenderaan anda. Ia sudah cukup untuk ‘memaklumkan’ kenderaan lain mengenai keberadaan kereta anda dan secara tidak langsung boleh mengelakkan kekeliruan.

    Tanda lurus (straight) di simpang

    Pasang signal dan bukannya lampu hazard

    Ketika berada di simpang, anda secara tidak sengaja berada di lorong yang salah dan sebenarnya ingin melalui jalan terus/ straight? Jika ia berlaku, anda sebenarnya tidak perlu pun nyalakan lampu hazard kereta anda sebagai amaran kepada kenderaan lain.

    Pasang sahaja signal/ lampu isyarat membelok untuk maklumkan kepada kenderaan lain bahawa kenderaan anda ingin mengubah arah. Jangan kelirukan pengguna jalan raya lain demi keselamatan bersama!

    Ketika berkonvoi

    Lampu hazard tidak sesuai digunakan ketika konvoi

    Ramai pemandu yang melakukan aktiviti konvoi dilihat menggunakan lampu hazard sebagai tanda bahawa mereka sedang dalam ‘rombongan’ ke suatu destinasi. Sebenarnya, tidak perlu pun. Tindakan anda menyalakan lampu ini hanya akan lebih mengelirukan pengguna lain dan seterusnya mengganggu kelancaran di atas jalan raya. 

    Jika sedang berkonvoi, cukuplah sekadar anda menjaga jarak dan kecepatan agar tidak tertinggal antara satu sama lain. 

    Gunakan lampu hazard kenderaan sebetulnya

    Gunakanlah lampu kecemasan kenderaan pada waktu yang sesuai seperti contoh ketika kereta anda rosak di tengah jalan yang sibuk, kemalangan atau ketika anda menggantikan tayar di tepi jalan. 

    Perlu anda tahu bahawa lampu hazard seharusnya dinyalakan sewaktu kenderaan dan berhenti dan tidak bergerak langsung sahaja. Tujuan utama lampu hazard dinyalakan adalah bagi memberi isyarat kepada pemandu di belakang bahawa kenderaan anda sedang mengalami masalah dan seterusnya mengelakkan kemalangan.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: