Skip to content
Home » Tuntut Insurans Kereta: Perkara Yang Perlu Dibuat & Dielakkan Selepas Kemalangan

Tuntut Insurans Kereta: Perkara Yang Perlu Dibuat & Dielakkan Selepas Kemalangan

    perkara perlu elak - cover

    Terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah suatu perkara yang tidak dijangka dan merumitkan. Tapi sekiranya ia terjadi kepada anda, apakah yang perlu anda lakukan? Tahu tak? Anda sebenarnya harus tahu tentang perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang perkara itu bagi memudahkan proses tuntutan insurans kereta anda.

    Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan

    Berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan selepas kemalangan jalan raya:

    Periksa kecederaan anda

    Periksa jika ada sebarang kecederaan pada badan anda. Cari tempat selamat dan periksa badan anda. Kekal tenang dan hubungi ambulans dengan segera untuk meminta bantuan jika ada kecederaan yang berlaku kepada diri anda serta orang lain.

    Jaga keselamatan

    Perhatikan keadaan sekeliling anda. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang laluan.

    Alihkan kenderaan anda ke tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas atau kemalangan lain. Hidupkan lampu kecemasan anda supaya pemandu lain dapat melihat kereta anda.

    Selain itu, letakkan segitiga amaran sekurang-kurangnya 45 meter dari kenderaan anda pada permukaan rata yang boleh dilihat oleh pemandu lain.

    Kumpulkan butiran kemalangan itu

    Jangan panik jika anda terlibat dalam kemalangan. Alihkan kereta anda ke lorong kecemasan dengan selamat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Catat maklumat pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Pastikan anda tidak terlepas maklumat berikut:

    • Nombor pendaftaran kereta
    • Model kereta, tahun, warna
    • Nama, alamat dan nombor telefon
    • Kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu
    • Gambar kerosakan sebagai bukti

    Hubungi talian hotline syarikat insurans anda

    Hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mereka berkenaan situasi annda. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, dapatkan nasihat dari mereka untuk tahu berkenaan langkah seterusnya yang patut dibuat. Jika kerosakan kenderaan anda teruk, anda boleh meminta perkhidmatan menunda dari syarikat insurans anda.

    Buat laporan polis

    Anda perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Anda memerlukan laporan polis untuk memfailkan tuntutan daripada syarikat insurans anda, walaupun anda hanya nak tuntut kerosakan pada kenderaan anda sahaja.

    Sila berikan butiran kemalangan untuk menyokong laporan anda.

    Laporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans anda

    Pastikan anda melaporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans anda dengan segera. Walaupun polisi insuran kereta menetapkan anda mempunyai beberapa hari untuk melaporkan kemalangan, anda dinasihatkan untuk melakukannya dalam masa 24 jam atau pada hari bekerja berikutnya bagi mengelakkan sebarang risiko. Buat laporan polis dengan segera melainkan ada sebab yang sah, seperti dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan untuk kecederaan anda, yang boleh disokong oleh laporan perubatan rasmi.

    Sila ambil maklum bahawa kegagalan melaporkan kemalangan anda boleh menyebabkan anda menghadapi masalah. Anda boleh melindungi diri anda daripada sebarang tuntutan insurans kenderaan pihak ketiga yang tidak dijangka atau tuntutan kecederaan peribadi dengan memfailkan laporan polis.

    Perkara yang perlu dielakkan selepas kemalangan

    Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan selepas kemalangan. Baca berkenaan perkara itu di bawah.

    Jangan lari dari tempat kejadian kemalangan

    Jangan langsung lari dari tempat kejadian walaupun kemalangan itu tidak teruk.

    Jika anda melarikan diri dari tempat kejadian, anda pasti akan didakwa dengan tuduhan langgar lari yang boleh mengakibatkan anda dipenjarakan.

    Jangan senang-senang selesaikannya

    Tolong jangan terima sebarang penyelesaian tidak secara lisan mahu pun secara segera. Pihak ketiga mungkin menawarkan penyelesaian yang menjimatkan kos kepada anda jika kemalangan itu bukan salah anda.

    Perkara itu bercanggah dengan fungsi insurans kenderaan anda. Digalakkan supaya anda memaklumkan kepada syarikat insurans anda kerana mereka lebih mengetahui kos sebenar kerosakan kenderaan anda.

    Jangan terpedaya dengan perkhidmatan trak tunda tak sah

    Jangan terperangkap dengan taktik pemandu trak tunda tak sah yang menawarkan bantuan kepada anda untuk menunda kenderaan anda selepas kemalangan. Mereka mungkin akan memujuk anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan mereka mungkin boleh menelan kos sehingga RM500 bergantung pada jarak dan masa.

    Ya, ia mahal, jadi berhati-hati.

    Kebanyakan penyedia insurans menawarkan servis tunda kereta percuma untuk pemegang polisi insurans komprehensif. Sila pastikan polisi pelan anda termasuk perkhidmatan bantuan di tepi jalan.

    Jika tunda percuma disertakan, anda boleh menghubungi syarikat insurans anda untuk meminta trak tunda sah mereka.

    Tuntutan insurans

    Jangan lupa untuk memberitahu syarikat insurans anda selepas anda mengalami kemalangan, walaupun anda tidak berniat untuk membuat tuntutan insurans.

    Ia adalah penting untuk perlindungan anda terhadap liabiliti akibat daripada kemalangan itu.

    Untuk makluman anda, terdapat tiga jenis tuntutan insurans kereta: i) Tuntutan Kerosakan Sendiri, ii) Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock, dan iii) Tuntutan Pihak Ketiga.

    Bagaimana jika anda bersalah?

    Ia bergantung kepada kerosakan. Jika kerosakan kecil dan tiada siapa yang cedera, anda boleh berbincang dengan pihak yang satu lagi untuk menyelesaikan masalah. Kebanyakan orang lebih suka menyelesaikan kemalangan kecil secara persendirian daripada membuat tuntutan insurans untuk mengelakkan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) mereka.

    Anda boleh memfailkan tuntutan Kerosakan Sendiri dengan syarikat insurans anda untuk kerosakan kenderaan anda. Walau bagaimanapun, anda berkemungkinan akan kehilangan NCD anda.

    Bagaimana jika anda tidak bersalah?

    Anda boleh sama ada membuat tuntutan daripada penanggung insurans pihak ketiga secara langsung atau memulakan tuntutan Kerosakan Sendiri (OD KFK) untuk proses yang lebih pantas.

    • Apakah OD KFK? 

    Tuntutan OD KFK melibatkan situasi di mana kenderaan anda mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh pihak lain yang bersalah.

    Anda boleh memilih untuk menuntut terhadap polisi anda sendiri atau terhadap penanggung insurans pihak ketiga. Tuntutan ini melindungi NCD anda kerana anda tidak bersalah. Untuk makluman anda, NCD ialah satu bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans jika anda atau pihak ketiga tidak membuat sebarang tuntutan di bawah polisi anda. Nilai NCD boleh menurunkan harga premium tahunan anda agak banyak.

    Dekat mana anda perlu hantar kereta anda untuk dibaiki?

    Pastikan anda menghantar kereta anda ke bengkel panel insurans yang dibenarkan untuk pembaikan. Elakkan menghantar kenderaan anda yang rosak ke bengkel pembaikan yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan tuntutan insurans anda menjadi rumit.

    Bertenang dan ikuti langkah di atas untuk memudahkan tuntutan insurans

    Walaupun anda telah memandu secara berhati-hati, perkara yang tidak dijangka tetap boleh berlaku kepada anda.

    Adalah lebih baik untuk menyediakan diri anda dengan pengetahuan tentang perkara yang perlu dilakukan selepas kemalangan. Ia dapat membantu menyediakan anda untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka dan mengendalikan situasi dengan lancar.

    Jangan lupa untuk menyemak tarikh luput insurans kereta anda. Pastikan insurans kereta anda sentiasa aktif untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

    Anda bertanggungjawab untuk denda jika anda memandu tanpa insurans yang sah. Selain itu, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans jika berlaku apa-apa kepada kereta anda. Oleh itu, sentiasa pastikan insurans kereta anda aktif.

    Untuk kemudahan anda, perbaharui insurans anda secara dalam talian di Bjak. Terima sebut harga insurans kereta percuma dalam talian dalam hanya 5 minit sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: