Skip to content
Home » Panduan Ringkas Untuk Semak Insurans Kereta Anda

Panduan Ringkas Untuk Semak Insurans Kereta Anda

    semak insurans - cover

    Setiap pemilik kenderaan di Malaysia digalakkan untuk semak insurans kereta anda untuk mengetahui dan lebih memahami berkenaan perlindungan yang hendak dibeli atau telah dibeli. Jika berlaku kemalangan atau kerosakan pada kenderaan anda, insurans kereta inilah yang akan berperanan untuk menjaga kebajikan serta kewangan anda.

    Walau bagaimanapun, proses untuk menyemak insurans kereta ini boleh menjadi suatu yang memeningkan kepala jika ia tidak dilakukan dengan betul. Jadi, dalam artikel ini kita akan mengupas langkah-langkah mudah untuk menyemak insurans kereta anda secara efisien.

    Daftar masuk ke laman web syarikat insurans

    Langkah pertama dalam proses untuk menyemak insurans kereta adalah dengan mendaftar masuk ke laman web syarikat insurans anda. Guna ID pengguna dan kata laluan yang diberikan semasa pendaftaran. Sekiranya anda belum mendaftar dalam talian, anda perlu melakukannya terlebih dahulu. Banyak syarikat insurans menyediakan platform atas talian yang memudahkan pemilik kereta untuk mengakses maklumat insurans mereka tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal.

    Semak tarikh tamat polisi

    Setelah berjaya mendaftar masuk, langkah seterusnya adalah semak tarikh tamat polisi insurans kereta anda. Penting untuk mengetahuinya kerana polisi yang telah luput akan menyebabkan kenderaan anda tidak akan dilindungi sekiranya terjadi sesuatu yang tidak dijangka ketika di atas jalan raya. Pastikan anda periksa tarikh tamat polisi anda dan ambil tindakan sewajarnya jika tarikh luputnya semakin hampir. Jika anda peka dengan tarikh tamat polisi insurans anda, anda akan mendapat kelebihan untuk menilai semula polisi insurans anda serta membuat penambahbaikan jika perlu sebelum tarikh polisi anda tamat.

    Faedah semak insurans kereta

    Proses menyemak insurans kereta ini amat digalakkan untuk anda buat sekali sekala kerana ia mendatangkan pelbagai manfaat kepada anda. Dengan menyemak insurans kereta anda ini, anda boleh menilai semula polisi insurans anda dan berkemungkinan anda dapat menjimatkan wang melalui tawaran atau promosi yang ditawarkan syarikat insurans. Selain itu, semakan ini juga membolehkan anda memastikan bahawa tahap perlindungan yang anda perolehi mencukupi untuk keperluan anda. Ia adalah salah satu langkah yang bijak untuk menjaga poket anda di samping memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi.

    Dekat mana nak cari insurans terbaik?

    Dalam dunia yang semakin digital ini, proses nak menyemak insurans serta nak cari insurans terbaik ini menjadi lebih mudah melalui laman web serta aplikasi mudah alih. Jika anda mahu mencari insurans terbaik dengan pelbagai perbandingan harga, anda disarankan untuk layari laman web Bjak. Ini kerana, Bjak akan membandingkan lebih 18 jenama insurans yang merangkumi pelbagai harga serta pelan untuk memudahkan anda pilih mengikut kesesuaian serta keperluan anda. Dari yang murah, hinggalah ke mahal. Untuk mendapatkan sebut harga secara percuma, cuma klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: