Skip to content
Home » Insurans Kenderaan: Ini 13 Manfaat Ekslusif Yang Ditawarkan Dalam Pelan BJAK VIP

Insurans Kenderaan: Ini 13 Manfaat Ekslusif Yang Ditawarkan Dalam Pelan BJAK VIP

    bjak vip - cover

    Umum mengetahui bahawa setiap polisi insuran kereta mempunyai harga yang berbeza, tahap dan manfaatnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kita perlu bersetuju bahawa sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu insurans kereta itu kita pastinya akan mempertimbangkan perkhidmatan penting yang lain seperti perkhidmatan tunda dan bantuan kerosakan serta lain-lain lagi yang ditawarkan oleh penanggung insurans kita.

    Secara logiknya, tidak semua syarikat insurans sanggup menawarkan perkhidmatan bantuan ini dengan harga yang berpatutan atau pun percuma. Oleh disebabkan itulah, kami mengambil inisiatif untuk menawarkan kepada semua pemilik kereta pelan perlindungan kenderaan premium dan ekslusif yang dikenali sebagai BJAK VIP. Nak tahu apa yang ditawarkan dalam pelan BJAK VIP ini? Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    Apa itu Pelan BJAK VIP?

    Pelan BJAK VIP ini adalah merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk membolehkan pemilik kenderaan menikmati manfaat eksklusif pada kereta mereka dengan kadar yang berpatutan.

    Pelan langganan tahunan ini boleh ditambah pada polisi kereta sedia ada untuk mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan penting seperti bantuan di tepi jalan, tunda tanpa had, pemeriksaan kereta yang komprehensif, penghantaran bateri dan minyak serta banyak lagi.

    Apakah manfaat yang ada dalam pelan BJAK VIP?

    Dengan harga serendah RM37.90, pelan BJAK VIP ini mengandungi perkhidmatan untuk dinikmati pelanggan kami. Antara 13 manfaat eksklusif yang ditawarkan dalam pelan BJAK VIP ini adalah seperti berikut:

    Tunda tanpa had

    Perkhidmatan tunda kami bersedia 24 jam, 7 hari seminggu jika kenderaan anda mengalami kerosakan dan ‘tersangkut’ di tepi jalan. Selain daripada itu, perkhidmatan tunda ini juga percuma tanpa had perbatuan jika anda melanggan pelan BJAK VIP kami.

    Kereta gantian kelas pertama

    Jika kereta anda mengalami kerosakan dan perlu dihantar masuk ke dalam bengkel untuk dibaiki, anda pastinya akan menjadi buntu. Lebih-lebih lagi, jika kereta yang dibaiki itu merupakan satu-satunya kenderaan yang anda ada. Anda tak perlu risau jika anda melanggan pelan BJAK VIP kami kerana, anda akan diberikan dengan kereta ganti sementara kereta anda dibaiki di bengkel untuk anda gunakan. Apa yang menarik dalam manfaat ini adalah, kami akan meminjamkan anda dengan kereta mewah seperti BMW, Mercedes atau Bentley.

    Perlindungan penolakan tuntutan

    Jangan serabutkan kepala anda memikirkan berkenaan tuntutan insurans anda. Serahkan sahaja kepada kami untuk bantu menyelesaikannya. Ini kerana, kami memiliki pasukan profesional yang terlatih untuk memperjuangkan kes anda bagi memastikan tuntutan insurans anda tidak ditolak.

    Proses tuntutan cepat

    Proses untuk mendapatkan tuntutan insurans anda dijamin sangat cepat. Tuntutan insurans anda itu akan diproses dalam tempoh 5 hari waktu bekerja sahaja. Jadi anda tidak perlu risau untuk perlu menunggu lama mendapatkan tuntutan anda itu.

    Bengkel terbaik sahaja

    Kereta anda hanya akan dihantar untuk dibaiki di bengkel yang paling terbaik sahaja. Kami mempunyai 830 bengkel panel di seluruh negara untuk semua keperluan pembaikan anda. Nikmati perkhidmatan yang luar biasa dan alat ganti yang berkualiti tinggi.

    Talian khas 24/7

    Usah tangguhkan sebarang pertanyaan atau apa sahaja yang ada perlukan untuk berhubung dengan pasukan perkhidmatan pelanggan kami. Ini kerana, talian khas kami tersedia 24 jam 7 hari seminggu untuk melayani anda. Jika anda menghubungi talian khas kami, pasukan perkhidmatan pelanggan kami akan bersedia menjawab panggilan anda dalam masa 10 saat sahaja.

    Bantuan kerosakan

    Jangan risau dan panik jika kenderaan anda tiba-tiba rosak di tengah jalan. Ini kerana, kami menjanjikan respon yang pantas dengan membawa bersama bantuan profesional terus ke lokasi kerosakan tersebut.

    Tukar bateri kereta tak kira di mana lokasi anda

    Jika kereta enjin kereta anda tiba-tiba tidak boleh dihidupkan, anda mungkin perlu cuba untuk periksa bateri kereta anda. Jika masalahnya berpunca daripada bateri kereta anda, usah risau. Manfaat BJAK VIP ini juga menawarkan servis penukaran bateri tanpa mengira di mana lokasi anda berada.

    Perkhidmatan penukaran tayar kecemasan

    Sekiranya tayar anda tiba-tiba pancit atau bocor semasa anda memandu di jalan raya, pelan BJAK VIP ini boleh membantu anda. BJAK VIP juga menawarkan perkhidmatan penukaran tayar yang cepat dan selamat tidak kira di mana lokasi anda berada.

    Perkhidmatan jumpstart bateri

    BJAK VIP juga ada menawarkan perkhidmatan jumpstart bateri kereta sekiranya enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan. Kami akan membantu anda jumpstart dengan pantas bagi membolehkan kereta anda dipandu kembali ke jalan raya secepat mungkin.

    Penghantaran bahan api kecemasan

    Usah panik jika kereta anda tiba-tiba kehabisan minyak. Dalam pelan BJAK VIP ini, kami turut menawarkan perkhidmatan penghantaran bahan api kecemasan ke lokasi anda.

    Pembaikan kecil tepi jalan

    Mekanik kami akan segera membantu membaiki kerosakan kecil sekiranya kereta anda rosak di tepi jalan. Mekanik kami juga akan memastikan kenderaan anda dibaiki bagi memastikan kenderaan anda boleh dipandu sementara supaya anda sampai ke destinasi anda.

    Pasukan dan bantuan bersedia di seluruh negara

    Kami memiliki sebanyak 120 pasukan dan bantuan yang bersiap sedia di seluruh negara bagi memastikan liputan dan bantuan yang komprehensif.

    Siapa yang boleh langgan BJAK VIP?

    Secara amnya, semua pemilik kereta yang memperbaharui insurans kenderaan mereka dengan BJAK layak untuk melanggan pelan BJAK VIP kami dengan harga serendah RM37.90 sahaja. Sila ambil perhatian bahawa harga akhir untuk pelan berbeza mengikut pembuatan kenderaan, model dan jenis polisi yang dipilih semasa pembaharuan. Oleh itu, harga VIP yang dipaparkan di laman sesawang kami mungkin berbeza.

    Cara nak langgan pelan BJAK VIP

    Untuk layak melanggan pelan BJAK VIP yang eksklusif ini, pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans kenderaan mereka dengan BJAK. Ini kerana, faedahnya adalah hanya eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Jika anda berminat untuk membuat penambahan bagi melanggan BJAK VIP ini, hanya klik “YA” pada pilihan penambahan yang muncul pada skrin anda.

    Kenapa kena dapatkan pelan BJAK VIP ini?

    Kami amat mengesyorkan pemilik kenderaan melanggan pakej Bjak VIP kerana ia dapat membantu anda apabila anda terlibat dalam situasi kecemasan dan bantuan tuntutan. Berikut ialah beberapa sebab utama kenapa anda perlu langgan BJAK VIP.

    • Bantuan Tuntutan Profesional – Pasukan VIP kami bersedia dalam talian 24 jam sehari untuk membuat penyemakan dengan syarikat insurans dan melaksanakan prosedur untuk keutamaan tuntutan.
    • Akses kepada Bengkel Terbaik – Ahli VIP akan diberikan rujukan untuk SEBARANG pembaikan di bengkel kami yang disemak – dengan diskaun eksklusif dan pengalaman VIP.
    • Diskaun VIP – Dapatkan tawaran percuma dan eksklusif, daripada cucian kereta terbaik, perincian auto, servis dan banyak lagi.
    • Sokongan Kecemasan 24 jam – Kami menawarkan ahli pakej VIP kami dengan perkhidmatan panggilan kecemasan dan chat 24 jam.
    • Hubungi Pakar Secara Terus – Berbincang dengan bengkel dan mekanik untuk memeriksa masalah kenderaan anda.

    Namun, jika anda mempunyai sebarang soalan dan keraguan untuk dijelaskan? Hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej VIP kami. WhatsApp 016-6999129 atau dail 03-921317317 untuk bantuan. Sementara itu, klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan quotation insurans kereta secara percuma daripada kami.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: