Pemprofilan risiko pemandu bermaksud penilaian berkenaan sejauh mana kemungkinan risiko tertentu berlaku dan tuntutan dibuat. Penilaian ini membantu menentukan amaun yang akan anda bayar untuk insurans. Faktor profil risiko pemandu juga memainkan peranan penting. Jika syarikat insurans menganggap anda sebagai pemandu berisiko lebih tinggi, mereka mungkin akan mengenakan bayaran premium insurans yang lebih tinggi kepada anda.
Nota: Dalam insurans kereta, terdapat pelbagai faktor yang berbeza dipertimbangkan untuk menilai risiko. Walau bagaimanapun, faktor ini mungkin berbeza bergantung pada jenis risiko yang diinsuranskan, seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Perlu diingat bahawa faktor ini adalah subjektif dan berdasarkan garis panduan khusus yang digunakan oleh setiap syarikat insurans.
Usia pemandu
Berisiko tinggi
Statistik menunjukkan bahawa remaja dan pemandu dewasa muda berusia antara 17 dan 23 tahun mempunyai penglibatan yang tinggi dalam banyak kemalangan serius.
Begitu juga dengan pemandu yang berumur 50 tahun ke atas, penyedia insurans akan menganggap mereka sebagai berisiko tinggi kerana potensi mereka untuk refleks yang lebih perlahan dan terdedah kepada keadaan kesihatan seperti Demensia, kegagalan jantung dan Parkinson, yang boleh menjejaskan kebolehan memandu mereka.
Berisiko rendah
Pemandu yang berumur antara 30 dan 50 mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan situasi yang tidak dijangka di jalan raya dan mempamerkan reaksi yang lebih pantas.
Usia kereta
Berisiko tinggi
Kereta lama, terutamanya yang telah mencapai usia lebih daripada 10 tahun, lebih berkemungkinan mengalami kerosakan berbanding kereta baharu.
Berisiko rendah
Kereta baru mempunyai keadaan yang lebih baik dan lebih rendah risiko untuk rosak berbanding dengan yang lebih tua.
Jantina pemandu
Berisiko tinggi
Menurut PIAM, berdasarkan kajian yang dijalankan di banyak negara maju, mendapati pemandu lelaki secara umumnya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding pemandu wanita.
Berisiko rendah
Selain itu, syarikat insurans sering menganggap pemandu wanita memandu dengan lebih berhati-hati, mempunyai toleransi yang lebih besar, dan menunjukkan tingkah laku yang kurang melulu di jalan raya.
Rekod tuntutan pemandu
Berisiko tinggi
Syarikat insurans mengkategorikan pemandu yang kerap terlibat dalam kemalangan dan memfailkan tuntutan insurans sebagai berisiko tinggi. Ini berpotensi membawa kepada premium insurans yang lebih tinggi semasa pembaharuan insurans.
Berisiko rendah
Sementara itu, syarikat insurans menganggap pemandu yang cermat dan tidak pernah membuat tuntutan insurans sebagai pemandu berisiko rendah.
Pemasangan peranti anti-kecurian
Berisiko tinggi
Syarikat insurans menganggap kereta tanpa sistem keselamatan anti kecurian adalah lebih berisiko berbanding kereta yang ada kerana mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dicuri.
Berisiko rendah
Kereta dengan sistem anti-kecurian yang diiktiraf mempunyai tahap risiko yang sederhana. Pemandu juga boleh mengurangkan lagi risiko dan layak untuk premium insurans yang lebih rendah dengan menambahkan ciri tambahan seperti telematik atau peranti penjejakan GPS.
Rekod kesalahan trafik
Berisiko tinggi
Syarikat insurans akan melihat pemandu yang sering melanggar peraturan lalu lintas sebagai risiko yang lebih besar dan mungkin mengenakan mereka premium insurans kereta yang lebih tinggi.
Berisiko rendah
Sementara itu, jika pemandu bertanggungjawab dan jarang mendapat masalah, penyedia insurans akan menganggap mereka berisiko rendah dan mungkin menawarkan kos insurans yang lebih rendah.
Mengekalkan profil risiko pemandu yang baik
Akhir sekali, adalah penting untuk menjaga profil risiko pemandu seseorang dan mengelakkan risiko yang tidak perlu. Jadilah pemandu yang berhati-hati dan kurangkan penglibatan anda dalam kemalangan untuk mengelak daripada membuat tuntutan insurans. Dengan bersikap bertanggungjawab dan proaktif, anda berpotensi menurunkan premium insurans anda.
Layari BJAK sekarang untuk menikmati diskaun eksklusif, harga menarik dan faedah untuk insurans kenderaan anda tanpa sebarang masalah!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: