Skip to content
Home » Maksud Premium Insurans Kereta

Maksud Premium Insurans Kereta

    premium insurans kereta

    Anda semua pasti sudah tahu, untuk mendapatkan perlindungan insurans kereta, anda perlulah membayar sejumlah wang bagi harga yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans anda itu. Dalam insurans, ‘harga’ itu biasanya lebih disebut atau dikenali sebagai ‘premium’ insurans kereta.

    Jika anda menyemak polisi anda, kemungkinan besar anda akan mendapati istilah premium ini digunakan berulang kali. Dalam insurans, istilah ini digunakan apabila merujuk kepada pembelian insurans.

    Jika anda masih baru dalam pembelian insurans, jangan risau. Sentiasa ada ruang untuk anda menambah baik dan mempelajari segala-galanya! Jom teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai salah satu istilah penting dalam insurans, iaitu ‘premium’.

    Apakah itu ‘premium’ insurans kereta?

    Secara umumnya, premium merupakan sejumlah wang yang dicaj oleh syarikat insurans kepada anda untuk polisi insurans yang anda pilih untuk dibeli. Sebagai balasan, mereka akan memberi anda perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian kereta seperti yang dinyatakan dalam polisi.

    Anda tertakluk untuk membayar premium mengikut tempoh yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Kebanyakan syarikat insurans membenarkan anda memilih antara membayar premium insurans kereta anda setiap enam bulan, atau setiap satu tahun. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak dengan syarikat insurans pilihan anda.

    Anda biasanya akan menemui premium kasar dan premium asas dalam polisi insurans anda.

    • Premium kasar – Jumlah premium yang dibayar oleh pemilik polisi sebelum menolak caj ‘broker’ insurans dan diskaun
    • Premium asas – Sebahagian daripada premium standard untuk komisen ejen dan kos pentadbiran.

    Bagaimana premium berfungsi?

    Secara ringkasnya, premium insurans kereta biasanya mempunyai pengiraan asas. Kos premium insurans anda akan berbeza-beza bergantung pada jenis perlindungan yang anda cari, serta profil risiko anda.

    Itulah sebabnya anda digalakkan untuk membuat dahulu perbandingan insurans dengan beberapa buah syarikat bagi mendapatkan harga dan perlindungan terbaik. 

    Siapa yang menentukan premium insurans kereta?

    Setiap syarikat insurans mempunyai pekerja yang bekerja dalam pelbagai bidang penilaian risiko.

    Sebagai contoh, mereka akan membuat penilaian berdasarkan i) kemungkinan risiko dan bahaya dan ii) kos yang berkaitan dengan kejadian bencana atau tuntutan.

    Apakah faktor yang menentukan premium insurans?

    Untuk pengetahuan anda, pada 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan kadar atau tarif baharu bagi menentukan premium insurans kereta. Syarikat insurans dan Takaful dibenarkan untuk menentukan kadar premium berdasarkan beberapa faktor, seperti yang dinyatakan di atas. Liberalisasi untuk kadar premium terpakai kepada produk Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian.

    Kadar premium anda bergantung pada perjanjian antara anda dan syarikat insurans. Setiap syarikat insurans mempunyai kadar premium yang berbeza kerana banyak faktor yang mereka pertimbangkan semasa menetapkan kadar premium insurans kereta. Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin dipertimbangkan oleh syarikat insurans anda semasa menetapkan kos premium.

    Jenis insurans kereta

    Jenis insurans kereta yang anda pilih juga mempengaruhi premium insurans kereta anda.

    Lebih banyak perlindungan yang anda ingin dapat, lebih tinggi premium insurans anda.

    Premium bagi polisi insurans komprehensif adalah lebih mahal berbanding insurans paling asas iaitu insurans pihak ketiga. Sementara itu, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian adalah lebih murah daripada insurans komprehensif namun lebih mahal daripada polisi pihak ketiga.

    Lokasi anda

    Premium insurans untuk kereta di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding premium untuk kereta di luar kawasan bandar.

    Selain itu, premium insurans kereta juga lebih tinggi untuk kereta di Barat atau Semenanjung Malaysia berbanding kereta di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

    Pekerjaan

    Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk sering memandu ke kawasan berisiko tinggi seperti ke tapak pembinaan, premium insurans kereta anda mungkin lebih tinggi. Ini kerana penggunaan kereta anda mendedahkan kenderaan anda itu kepada risiko kemalangan dan kerosakan yang lebih tinggi.

    Soalan Lazim (FAQ) tentang premium insurans kereta

    Bagaimana anda boleh menurunkan kadar premium insurans anda?

    Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan insurans kereta yang lebih murah:

    • Elak auto-renew insurans anda
    • Perbaharui insurans kereta awal
    • Semak perlindungan insurans kereta
    • Bandingkan polisi insurans kereta

    Apa berlaku jika anda tidak membayar premium insurans anda?

    Ini adalah akibat tidak membayar premium:

    • Tidak dapat memperbaharui cukai jalan
    • ‘Peluang cerah’ untuk dikenakan saman
    • Lebih terdedah kepada risiko dan terbeban dengan masalah kewangan jika berlaku sesuatu pada kenderaan. 

    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: