Skip to content
Home » Nak Tahu Bagaimana Insurans Dikira? Guna Kalkulator Insurans Kereta Ini Sebagai Panduan

Nak Tahu Bagaimana Insurans Dikira? Guna Kalkulator Insurans Kereta Ini Sebagai Panduan

    kalkulator insurans - cover

    Insurans kenderaan adalah benda yang wajib ada pada setiap kenderaan di Malaysia. Insurans ini sebenarnya adalah amat penting kerana ia akan dapat memandu anda sekiranya perkara yang tak diingini berlaku semasa anda memandu kenderaan anda.

    Bila bercakap soal harga insurans ini, pastinya ramai dah tahu bahawa harga insurans kereta dan motosikal ini berbeza-beza dan bukannya murah. Namun begitu, ia kekal sebagai perlindungan penting kepada anda yang memiliki kenderaan untuk ada kerana ia juga tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

    Macam mana harga ditentukan?

    Bagaimana nak tahu berapa harga insurans kenderaan kita ini? Macam mana ia ditentukan? Persoalan itu sebenarnya boleh dijawab dengan kalkulator insurans kereta ini. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut. Tapi sebelum itu, kita kena tahu dulu berkenaan apakah faktor yang mempengaruhi harga insurans ini dulu.

    Jenis Perlindungan Insurans

    Kadar insurans anda akan dipengaruhi berdasarkan jenis perlindungan yang anda pilih. Jika anda pilih perlindungan insurans pihak pertama, yang dikenali sebagai perlindungan komprehensif, biasanya anda akan dikenakan dengan amaun yang lebih tinggi berbanding kos insurans pihak ketiga.

    Ini kerana, pelan perlindungan komprehensif ini bukan sahaja akan memberi perlindungan kepada kenderaan anda, malah ia juga akan turut memberi perlindungan kepada kenderaan pihak yang terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh anda. Insurans pihak ketiga kebiasaannya hanya akan melindungi kenderaan lain sahaja jika kemalangan. Jika anda ambil insurans pihak ketiga, anda akan terpaksa mengeluarkan wang anda sendiri untuk membaiki kerosakan kenderaan anda.

    Tahun Pembuatan Kenderaan

    Tahun pembuatan kenderaan anda juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan harga insurans kenderaan anda. Semakin tua kenderaan anda, semakin murah harga insurans yang akan dikenakan terhadap kenderaan anda.

    Kereta yang lebih baru pula kebiasaannya akan dikenakan harga yang mahal. Ini bermakna, jika anda baru sahaja membeli kereta baru pada tahun 2023, maka insurans yang dikenakan ke atas anda akan menjadi sedikit mahal berbanding dengan kereta lama.

    Nilai Pasaran Kereta

    OLYMPUS DIGITAL CAMERA

    Nilai pasaran sesebuah kereta itu selalunya akan menurun. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang tidak langsung ke atas beberapa kadar insurans kereta. Kebiasaannya, kereta yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi akan dikenakan harga insurans yang lebih mahal. Sebagai perbandingan, insurans kereta Toyota Yaris akan lebih mahal berbanding dengan kereta Perodua MyVi.

    Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)

    Diskaun tanpa tuntutan atau lebih dikenali sebagai NCD, akan memberikan kesan ke atas harga insurans kereta anda. Ini kerana, sekiranya seseorang itu tidak pernah membuat tuntutan sepanjang lima tahun, akan mendapat diskaun sebanyak 55%. Semasa nak perbaharui insurans kereta nanti, NCD ini akan membantu untuk mengurangkan kadar harga yang akan dikenakan terhadap kenderaan anda.

    Kapasiti Enjin Kereta

    Kuasa enjin kereta anda akan mempengaruhi jumlah insurans kereta yang akan dikenakan terhadap kenderaan anda. Jika enjin anda besar, anda akan dikenakan insurans yang agak mahal. Jika enjin anda tidak berkuasa sangat, maka anda akan menikmati harga insurans yang sedikit rendah. Sebagai contoh, harga insurans Proton Saga 1300cc biasanya lebih rendah berbanding dengan kereta jenis Honda yang mempunyai kapasiti enjin sebanyak 2000cc.

    Lokasi

    Seakan tidak ada kena mengena kan? Tapi tahukah anda bahawa lokasi juga turut memainkan peranan penting dalam kadar insurans kenderaan yang dikenakan nanti. Jika anda tinggal di bahagian Semenanjung Malaysia, kadar insurans yang dikenakan agak tinggi berbanding dengan yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

    Negeri yang mempunyai bilangan penduduk tinggi sebagai contoh Kuala Lumpur, Selangor dan Johor kebiasaannya akan dikenakan harga yang tinggi kerana keadaan trafik yang sesaknya sekaligus akan menyumbang kepada risiko kemalangan. Berbeza pula dengan negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah seperti Perlis, Terengganu dan Kelantan.

    Rekod Pemanduan

    Syarikat insurans juga akan mempertimbangkan rekod pemanduan seseorang itu sebelum menentukan harga insurans yang akan dikenakan. Jika anda didapati mempunyai banyak kesalahan dari segi melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, terlibat dalam kemalangan dan lain-lain, maka harga insurans yang akan dikenakan anda akan menjadi agak mahal.

    Jika anda tidak ada pernah terlibat dalam kemalangan atau melakukan apa-apa kesalahan lalu lintas, maka syarikat insurans akan caj anda dengan harga yang biasa. Untuk makluman, syarikat insurans kebiasannya mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pemandu yang mempunyai rekod tidak baik ini bagi menjamin risiko yang perlu syarikat insurans ini tanggung. Oleh itu, memandulah secara cermat untuk mengelakkan daripada dikenakan harga yang mahal.

    Polisi Tambahan

    Secara logiknya, jika anda membuat sebarang penambahan dalam insurans anda, anda sudah semestinya akan dikenakan harga yang sedikit tinggi bergantung kepada penambahan apa yang diambil. Jika tiada penambahan dibuat, maka harga insurans anda akan kekal dengan harga biasa.

    Terdapat pelbagai penambahan yang kebiasaannya ditawarkan semasa anda nak perbaharui insurans kereta anda antaranya ialah, perlindungan cermin, kerosakan disebabkan cuaca dan rusuhan, perlindungan alat ganti baharu dan banyak lagi.

    Macam mana nak kira harga insurans?

    Harga insurans kereta ini sebenarnya boleh dikira secara sendiri sebelum kita dah putuskan nak buat pembelian. Caranya mudah sahaja. Anda boleh menggunakan kalkulator insurans kereta yang terdapat pada laman web bernama fincrew.

    Laman web ini membolehkan anda untuk mengira sendiri harga insurans kereta anda sebelum anda buat pembelian. Berikut adalah langkah-langkah nak kira:

    Langkah 1: Layari www.fincrew.my

    Langkah 2: Klik pada pilihan car insurance calculator di halaman utama

    Langkah 3: Masukkan butiran yang dikehendaki antaranya seperti kapasiti enjin, nilai NCD dan lain-lain lagi.

    Langkah 4: Klik calculate

    Setelah daripada itu, anda akan terus mendapat tahu berapa harga insurans kereta yang akan dikenakan kepada anda.

    Macam mana nak dapatkan insurans yang murah?

    Harga insurans kenderaan sebenarnya mempunyai pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Semua orang tahu bahawa harga insurans ini pun bukannya murah. Banyak yang mahal. Jadi, nak cari yang murah dan bersesuaian dengan keperluan itu pastinya susah dan memerlukan masa yang lama kerana perlu buka satu persatu laman web syarikat insurans.

    Tapi tahukah anda bahawa, kini anda tidak perlu bersusah lagi kerana platform Bjak akan memudahkan anda mencari insurans. Platform Bjak menawarkan perbandingan insurans daripada 18 jenama yang berbeza supaya anda boleh senang untuk pilih mana yang anda mahukan. Dari harga murah sehinggalah yang ke mahal. Paling menarik sekali jika anda mempunyai masalah kekangan bajet, anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran sehingga 12 bulan. Nak bayar secara ansuran serendah RM30 sebulan pun boleh.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: