Skip to content
Home » Cara Renew Insurans Kereta

Cara Renew Insurans Kereta

    cara renew insurans kereta

    Dalam entri kali ini, kami kongsikan cara renew insurans kereta untuk memudahkan anda perbaharui insurans kereta nanti. Anda boleh pilih untuk renew insurans kereta secara online atau offline. Kami jelaskan kedua-dua caranya di bawah.

    Cara renew insurans kereta secara online melalui laman perbandingan

    Renew insurans kereta secara online melalui laman perbandingan
    Renew insurans kereta online melalui laman perbandingan

    Untuk mendapatkan perlindungan terbaik pada harga yang berbaloi, kami sarankan anda untuk bandingkan pelbagai insurans terlebih dahulu. Terdapat beberapa laman perbandingan insurans yang anda boleh gunakan secara percuma sahaja untuk dapatkan dan bandingkan sebut harga atau quotation daripada pelbagai syarikat insurans.

    Antara laman perbandingan insurans yang terbesar di Malaysia ialah Bjak.

    Cara banding dan renew insurans di Bjak mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti 5 langkah di bawah:

    1. Minta quotation percuma di laman web Bjak
    2. Terima quotation melalui WhatsApp atau Emel
    3. Banding dan pilih insurans yang anda inginkan
    4. Ubah suai perlindungan dengan perlindungan tambahan
    5. Bayar secara online

    Siap! Anda akan menerima e-covernote baru dalam 5 minit melalui WhatsApp atau emel. Anda juga boleh pilih untuk renew roadtax sekali. Mudah kan?

    Cara renew insurans kereta secara online terus dengan syarikat insurans

    Anda juga boleh pilih untuk renew insurans kereta secara online terus dengan syarikat insurans. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans kereta daripada syarikat Insurans XYZ, anda boleh terus ke laman web Insurans XYZ jika syarikat insurans tersebut menyediakan khidmat renew insurans secara online.

    Anda boleh semak secara online atau hubungi pihak insurans sama ada insurans pilihan anda menawarkan perkhidmatan ini. Kelebihan utama renew insurans kereta secara online terus dengan syarikat insurans ialah anda akan mendapat potongan 10% secara automatik.

    Di sini, kami kongsikan secara ringkas cara renew insurans kereta terus dengan syarikat insurans.

    1. Masukkan nombor pendaftaran kereta anda
    2. Semak butiran kereta dan butiran peribadi
    3. Masukkan poskod lokasi kereta
    4. Masukkan nombor kad pengenalan atau IC
    5. Pilih sekiranya anda ingin menambah perlindungan tambahan
    6. Buat pembayaran secara online

    Anda akan menerima cover note serta polisi melalui emel sebagai bukti kereta anda kini mendapat perlindungan insurans.

    Cara renew insurans kereta secara offline

    Untuk renew insurans kereta secara offline atau fizikal pula, anda boleh berurusan dengan mana-mana ejen insurans kereta berdaftar secara walk-in.

    Cara renew insurans kereta melalui ejen secara offline di kedai
    Walk in ke kedai ejen insurans sah untuk renew insurans secara offline
    1. Berkunjung ke kedai ejen sah kepada insurans pilihan anda
    2. Anda mungkin diminta untuk sertakan cover note atau polisi insurans sedia ada dan geran kereta
    3. Pilih jenis insurans yang anda kehendaki iaitu sama ada Insurans Komprehensif, Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, atau Insurans Pihak Ketiga
    4. Tentukan jumlah diinsuranskan (sum insured) sama ada mengikut nilai pasaran (market value) atau nilai yang dipersetujui (agreed value)
    5. Ejen anda akan memberikan quotation kepada anda
    6. Anda boleh minta ejen anda customize quotation tersebut, contohnya untuk menambah perlindungan tambahan
    7. Buat pembayaran

    Anda akan diberikan cover note dan polisi sebagai bukti kereta anda sudah dilindungi insurans.

    Mana satu cara renew insurans kereta yang terbaik?

    Antara ketiga-tiga cara renew insurans kereta, renew insurans kereta melalui laman perbandingan insurans adalah terbaik. Di bawah merupakan antara kelebihannya.

    Boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa

    Pembelian secara online boleh dilakukan di mana-mana sahaja, 24 jam sehari. Tidak perlu keluar rumah, tidak perlu susah payah cari parking dan beratur panjang di kaunter.

    Banyak pilihan insurans kereta

    Anda boleh dapat quotation daripada beberapa syarikat insurans sekali gus di laman perbandingan. Sekiranya anda pilih cara renew secara fizikal, anda mungkin perlu berurusan dengan beberapa orang ejen sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai quotation atau sebut harga.

    Nikmati harga terendah di pasaran

    Harga antara syarikat insurans boleh berbeza tinggi, terutamanya selepas liberalisasi tarif insurans diumumkan pada tahun 2017. Dengan menggunakan laman web perbandingan, anda dapat banding dan pilih syarikat insurans yang menawarkan harga yang paling rendah dengan mudah.

    Jadi pengguna yang bijak, bandingkan dahulu sebelum beli insurans

    Kami telah kongsikan di atas cara renew insurans kereta secara online dan offline. Kami harapkan perkongsian di atas dapat membantu anda renew insurans kereta dengan lebih mudah.

    Pesanan kami, sebelum anda renew insurans kereta, ambil kira perlindungan, manfaat serta premium yang ditawarkan. Untuk mendapatkan sehingga 15 quotation insurans kereta secara percuma, guna sahaja Bjak. Boleh renew roadtax sekali untuk penghantaran terus ke rumah.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: