Skip to content
Home » Apa Perlu Buat Selepas Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan?

Apa Perlu Buat Selepas Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan?

    Penerbangan ditunda atau dibatalkan

    Apabila menggunakan pengangkutan udara, kapal terbang untuk melakukan sesuatu perjalanan, salah satu risiko yang perlu dilalui oleh individu adalah penerbangan ditunda atau dibatalkan.

    Ya, boleh dikatakan saban tahun ada sahaja kejadian dimana penerbangan terpaksa ditunda atau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan. 

    Jika anda pernah melalui pengalaman ini, maka anda mungkin sudah mengetahui tindakan seterusnya yang perlu dilakukan. Namun, jika anda tidak pernah berdepan dengannya, artikel ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk mengetahui tindakan selanjutnya yang perlu dibuat sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian.

    Mengapa penerbangan ditunda atau dibatalkan?

    penerbangan ditunda dan dibatalkan

    Sebenarnya, syarikat penerbangan tidak boleh sewenang-wenangnya melewatkan atau membatalkan penerbangan anda. Namun, atas beberapa faktor ia mungkin boleh berlaku antaranya kerana:

    Faktor cuaca buruk

    Faktor cuaca yang buruk biasanya menjadi salah satu faktor utama penerbangan dibatalkan atau ditunda. Hujan yang lebat, petir, ribut, taufan, atau bahkan asap tebal akan membuatkan syarikat airline terpaksa mengambil keputusan menunda atau membatalkan sesuatu penerbangan bagi keselamatan kru dan penumpang.

    Lalu lintas

    Untuk makluman anda, lalu lintas menjadi sesak apabila penerbangan yang sebelumnya ditunda dan ini menyebabkan kesusahan untuk mengikut jadual pelepasan dan ketibaan yang telah ditetapkan, seterusnya mengakibatkan terminal menjadi huru hara.

    Masalah teknikal

    Selain itu, masalah atau isu teknikal yang dialami juga boleh menjadi punca mengapa sesuatu penerbangan itu ditunda atau dibatalkan. Dalam keadaan ini, biasanya pasukan kejuruteraan syarikat penerbangan terbabit akan menyelesaikan isu yang berlaku secepat mungkin bagi mengatasi masalah yang berlaku. 

    Hak penumpang apabila penerbangan ditunda atau dibatalkan

    Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan (bukan atas kesilapan anda sendiri), syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu membayar pampasan kepada anda untuk kerugian yang dialami.

    Perlu anda tahu, anda sebagai penumpang mempunyai hak untuk tuntutan tertentu seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Hak-hak ini dinyatakan dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016, di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

    Penumpang yang penerbangannya ditunda selama dua jam atau lebih mesti diberikan makanan, panggilan telefon dan akses internet dalam had yang munasabah sepanjang tempoh menunggu.

    Manakala mereka yang penerbangannya tertunda sehingga selama lima jam atau lebih, mesti disediakan pengangkutan dan penginapan, jika penginapan diperlukan.

    Dalam pada itu, penumpang juga berhak untuk mendapatkan pulangan wang penuh atau penerbangan alternatif sekiranya penerbangannya dibatalkan.

    hak penumpang apabila penerbangan ditunda atau dibatalkan

    Nota: Walau bagaimanapun, pengecualian pampasan berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem. Pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari https://www.mavcom.my untuk maklumat lanjut.

    Apa boleh anda buat jika penerbangan anda ditunda?

    Sekiranya penerbangan anda ditangguhkan, syarikat penerbangan tidak bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk memberi anda bayaran balik penuh melainkan kelewatan itu adalah “penting dan perlu”. Namun begitu, sebagai alternatif, ini adalah beberapa tindakan yang boleh anda lakukan:

    Cari penerbangan lain

    Jika dirasakan perlu dan keadaan mendesak, anda bolehlah cuba cari penerbangan lain dalam syarikat penerbangan sama yang menuju ke destinasi anda dan tanya jika mereka boleh membawa anda menaiki salah satu daripada penerbangan mereka (tanpa mengenakan sebarang bayaran atas perubahan yang berlaku). Anda juga boleh lihat mana-mana penerbangan daripada syarikat lain jika syarikat penerbangan asal anda tidak mempunyai sebarang penerbangan yang tersedia pada tarikh pelepasan anda. Staff syarikat penerbangan mungkin boleh menempah penerbangan anda dengan syarikat penerbangan lain tanpa sebarang kos tambahan. Walau bagaimanapun, sila ketahui bahawa syarikat penerbangan tidak dikehendaki secara sah untuk melakukan perkara ini ya.

    Dapatkan info mengenai pampasan lain

    Jika anda telah terkandas di lapangan terbang selama beberapa jam, sila segera dapatkan info mengenai pampasan yang layak anda dapat akibat daripada situasi yang tidak dijangka itu. Anda mungkin akan diberikan makanan, tempat penginapan, dan pengangkutan bergantung kepada berapa lama tempoh anda terkandas.

    Pentingnya ada travel insurance

    Dalam pada itu, anda sentiasa diingatkan untuk melindungi diri anda ketika melancong dengan mendapatkan satu pelan travel insurance buat diri anda. Ia sangat penting agar anda boleh mendapat pampasan yang sepatutnya andai kata terpaksa membatalkan perjalanan.

    Untuk beli travel insurance dengan cara paling mudah dan pantas, anda boleh juga gunakan platform Bjak. Pasti ada satu pelan terbaik yang mengikut bajet dan keperluan anda!

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: