Skip to content
Home » Senarai Harga Cukai Jalan Motosikal Mengikut Kapasiti Enjin

Senarai Harga Cukai Jalan Motosikal Mengikut Kapasiti Enjin

    cukai jalan motosikal - cover

    Cukai jalan adalah salah satu komponen penting dalam pemilikan kenderaan di Malaysia. Semua kenderaan yang menggunakan jalan raya di Malaysia ini wajib mempunyai cukai jalan yang sah. Kegagalan untuk memastikan cukai jalan tersebut masih sah adalah suatu kesalahan.

    Ini bermakna, pemandu kenderaan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tak hanya kereta, motosikal juga tidak terkecuali daripada dikenakan cukai jalan ini. Bagi pemilik motosikal yang baru pertama kali hendak memperbaharui cukai jalan atau roadtax motosikal mereka, perlu ambil tahu berkenaan kadar yang akan dikenakan. Ini kerana, cukai jalan motosikal ini mempunyai kadar yang berlainan mengikut kapasiti enjin. Untuk mengetahui kadar atau harga cukai jalan motosikal untuk setiap jenis kapasiti enjin, teruskan membaca artikel ini.

    Apa itu cukai jalan?

    Sebelum kita nak tahu berkenaan harga cukai jalan, ketahui dulu berkenaan apa itu cukai jalan dan fungsinya. Cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan bermotor sebagai lesen atau kebenaran untuk menggunakan jalan raya. Bayaran ini biasanya dikenakan setiap tahun dan digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan jalan raya, pembinaan infrastruktur, serta pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan pengangkutan awam dan keselamatan jalan raya. Cukai jalan ini juga dikenali sebagai roadtax dalam bahasa Inggeris.

    Bagaimana cukai jalan dikira?

    Harga cukai jalan biasanya merupakan jumlah tetap untuk setiap tahun dengan syarat anda menggunakan motosikal dengan model dan kapasiti enjin yang sama. Namun begitu, harga mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda, platform pembaharuan dan bayaran pemprosesan yang dikenakan.

    Sebagai contoh, jika anda memperbaharui cukai jalan di pejabat pos atau melalui kaunter JPJ, anda perlu membayar tambahan RM2.00 sebagai yuran pemprosesan.

    Berikut adalah contoh pengiraan jumlah harga:

    Pembaharuan cukai jalan bagi motosikal bawah 150 cc = RM2

    Yuran pemprosesan = RM2.00

    Jumlah kena bayar = RM4.00

    Harga cukai jalan motosikal Semenanjung Malaysia

    Kapasiti EnjinKadar Semenanjung
    150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004
    151cc hingga 200ccRM 30.00
    201cc hingga 250ccRM 50.00
    251cc hingga 500ccRM 180.00
    501cc hingga 800ccRM 250.00
    Melebihi 800ccRM 350.00

    Harga cukai jalan motosikal untuk Sabah & Sarawak

    Kapasiti EnjinSabah & Sarawak
    150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004
    151cc hingga 200ccRM 9.00
    201cc hingga 250ccRM 12.00
    251cc hingga 500ccRM 30.00
    501cc hingga 800ccRM 40.00
    Melebihi 800ccRM 42.00

    Renew roadtax anda di BJAK

    Jika anda hendak renew roadtax, disarankan agar anda gunakan BJAK untuk memperbaharui cukai jalan motosikal anda. BJAK bukan sahaja menawarkan servis memperbaharui insurans kenderaan, malah BJAK juga turut menawarkan servis memperbaharui cukai jalan. Cuma 5 minit sahaja diperlukan untuk cukai jalan anda siap diperbaharui. Untuk maklumat lanjut, anda hanya perlu klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: