Skip to content
Home » Harga Insuran Cermin Kereta Untuk Kereta Lamborghini, Rolls Royce, Ferarri & McLaren

Harga Insuran Cermin Kereta Untuk Kereta Lamborghini, Rolls Royce, Ferarri & McLaren

    insuran cermin - cover

    Setiap jenis kereta tidak kira jenama apa pun didatangkan dengan cermin kereta. Komponen ini adalah salah satu komponen penting yang perlu dijaga dengan baik bagi menjamin penglihatan ketika memandu. Cermin yang kotor, rosak, atau pun retak boleh merisikokan pemandu dan penumpang sesebuah kereta itu kepada kemalangan.

    Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut, penjagaan cermin kereta ini perlulah dititik beratkan. Disebabkan itulah, setiap pemilik kenderaan digalakkan untuk menambah insurans cermin kereta ini semasa memperbaharui insurans kenderaan mereka.

    Bukan apa, kita tidak boleh menjangka apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Nak baiki kerosakan atau keretakan cermin kereta ini bukannya murah. Bagi kenderaan jenama tempatan, mungkin harga insuran cermin kereta mampu untuk dibayar. Tetapi mahukah anda tahu harga insuran cermin kereta untuk kenderaan yang mungkin tak ramai dari kita mampu untuk memiliki. Jenama kereta yang dimaksudkan itu ialah Lamborghini, Rolls Royce, Ferarri & McLaren.

    Harga insuran cermin kereta Ferarri

    ModelPerlindungan InsuransBayaran Untuk Insurans
    Ferarri CaliforniaRM25000RM3750
    F360RM40000RM6000
    F430RM40000RM6000
    458RM40000RM6000
    * Harga cadangan untuk insurans cermin kereta,
    senarai harga ini sudah termasuk dengan tuntutan tint film.

    Harga insuran cermin kereta Lamborghini

    ModelPerlindungan InsuransBayaran Untuk Insurans
    Lamborghini MurciélagoRM50000RM7500
    Lamborghini GallardoRM25000RM3750
    Lamborghini UrusRM25000RM3750
    * Harga cadangan untuk insurans cermin kereta,
    senarai harga ini sudah termasuk dengan tuntutan tint film.

    Harga insuran cermin kereta Rolls Royce

    ModelPerlindungan InsuransBayaran Untuk Insurans
    Rolls Royce Ghost (2014)RM25000RM3750
    Rolls Royce Ghost (2016-present)RM25000RM3750
    Rolls Royce PhantomRM25000RM3750
    * Harga cadangan untuk insurans cermin kereta,
    senarai harga ini sudah termasuk dengan tuntutan tint film.

    Harga insuran cermin kereta McLaren

    ModelPerlindungan InsuransBayaran Untuk Insurans
    McLaren 570SRM25000RM3750
    McLaren 720SRM35000RM5250
    * Harga cadangan untuk insurans cermin kereta,
    senarai harga ini sudah termasuk dengan tuntutan tint film.

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi untuk cermin depan kereta anda

    Memandu dengan cermin depan tidak dilindungi bukanlah idea yang baik. Walaupun anda mendapati hanya kecil sahaja retakan pada cermin depan anda, sila pastikan anda baikinya. Retakan itu mungkin kecil, tetapi ia tidak akan selamanya kekal kecil. Lebih membimbangkan lagi, ia boleh mengurangkan penglihatan anda dan sekaligus menjejaskan keupayaan anda untuk memandu kenderaan anda dengan selamat. Dengan mendapatkan perlindungan tambahan cermin depan dalam polisi anda, anda boleh menuntut daripada syarikat insurans anda untuk penggantian atau pembaikan cermin depan anda, tanpa menjejaskan NCD anda.

    Untuk mendapatkan perlindungan cermin depan, kami cadangkan anda mengenal pasti jumlah perlindungan dan harga yang perlu anda bayar untuk cermin depan anda. Pastikan anda membayar premium mengikut nilai cermin depan anda seperti yang dikongsikan di atas.

    Adakah anda ingin menambah perlindungan tambahan ini pada polisi insurans anda? Hanya layari BJAK dan tambah perlindungan cermin depan pada polisi anda semasa pembaharuan insurans kereta anda. Pergi ke Bjak.my dan dapatkan sebut harga insurans kereta percuma anda dalam talian dalam masa 5 minit sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: