Skip to content
Home » Ini Cara Cek Roadtax Punya Tarikh Luput

Ini Cara Cek Roadtax Punya Tarikh Luput

    cek roadtax tarikh luput - cover

    Bagi pemilik kenderaan di Malaysia, tarikh luput cukai jalan adalah penting untuk memastikan kepatuhan undang-undang dan kelancaran penggunaan jalan raya. Dengan kemajuan teknologi terkini, semakan tarikh luput cukai jalan kini jadi lebih mudah untuk dilakukan dengan adanya portal dalam talian yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

    Setiap pemilik kenderaan wajib untuk memastikan cukai jalan kenderaan mereka tidak melepasi tarikh luput. Tapi jangan risau kerana, kami akan membantu anda menerangkan cara-cara untuk semak tarikh luput cukai jalan kenderaan anda dengan mudah. Untuk tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.

    Layari portal rasmi JPJ

    Salah satu cara paling mudah untuk memeriksa tarikh luput roadtax adalah dengan melayari portal rasmi JPJ. Pergi ke portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Pergi ke laman web JPJ di www.jpj.gov.my, dan cari pautan atau bahagian yang menyediakan perkhidmatan semakan cukai jalan. Portal tersebut juga turut menyediakan pelbagai urusan lain seperti periksa saman, pembaharuan lesen memandu, permohonan dan banyak lagi.

    Semak melalui aplikasi MyJPJ

    MySikap adalah aplikasi rasmi JPJ yang membolehkan pemilik kenderaan mengakses maklumat berkaitan kenderaan mereka. Aplikasi ini merupakan inisiatif daripada JPJ untuk membolehkan semua urusan berkaitan lesen dan pendaftaran kenderaan motor boleh dibuat di hujung jari dan di mana-mana saja anda berada. Muat turun aplikasi MySikap dari App Store bagi pengguna iPhone dan Google Play Store bagi pengguna Android. Kemudian daftar masuk dan cari bahagian yang memaparkan maklumat cukai jalan termasuk tarikh luput.

    Semak melalui SMS

    JPJ juga turut menyediakan perkhidmatan semak melalui SMS. Caranya adalah, anda hanya perlu hantar SMS dengan menaip “JPJ SAMAN [No. Plat Kenderaan]” ke nombor 15888, hantar SMS “JPJ SAMAN ABC1234” dan tunggu balasan yang akan menyertakan maklumat cukai jalan termasuk tarikh luput.

    Cara tradisional: semak di pejabat JPJ atau pejabat pos

    Bagi mereka yang lebih suka menggunakan cara tradisional, anda boleh pergi ke pejabat JPJ berdekatan atau pejabat Pos untuk memeriksa tarikh luput cukai jalan anda. Jangan lupa untuk bawa bersama salinan dokumen kenderaan atau nombor pendaftaran untuk memudahkan proses semakan di kaunter nanti.

    Aplikasi pengurus kenderaan

    Terdapat juga aplikasi pengurus kenderaan pihak ketiga yang membolehkan pemilik kenderaan menyemak maklumat cukai jalan termasuk tarikh luput. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play Store dalam telefon pintar dan biasanya menawarkan pelbagai fungsi termasuk peringatan tarikh luput.

    Adalah penting untuk beringat bahawa memastikan tarikh luput cukai jalan adalah tanggungjawab setiap pemilik kenderaan. Jangan biarkan cukai jalan luput kerana ia boleh menyebabkan komplikasi seperti didenda, saman, kenderaan disita serta kenderaan anda disenarai hitamkan.

    Selain daripada itu juga, insurans kenderaan juga adalah salah satu komponen penting lain yang akan memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi dan sah untuk dibawa di jalan raya. Ini kerana insurans kereta dan motosikal sudah termaktub di bawah undang-undang. Sama seperti cukai jalan, insurans kenderaan juga perlu dipastikan untuk sentiasa tidak melepasi tarikh luput.

    Jika anda sedang mencari insurans kenderaan atau mahu memperbaharui hari ini, anda boleh cuba untuk perbaharuinya di laman BJAK, platform insurans nombor 1 di Malaysia. BJAK menawarkan perbandingan dari 23 jenama insurans. Anda hanya perlu menunggu 5 minit sahaja untuk insurans anda siap diperbaharui. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: