Thailand merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Memandangkan ia negara yang boleh dikatakan paling dekat, maka ada dalam kalangan kita yang gemar untuk memasuki negara tersebut menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta. Justeru pengambilan insuran kereta masuk Thailand sangat penting untuk diutamakan bagi memastikan perjalanan lancar dan lebih selamat.
Nak masuk Thailand?
Selain kereta api, kereta merupakan salah satu pengangkutan yang paling mudah sekiranya ingin memasuki negeri Gajah Putih ini. Mana tidaknya, anda tidak perlu bergantung kepada pengangkutan awam lain ketika berada di sana dan bebas bergerak ke mana sahaja yang ingin dituju. Lagi best, nak shopping banyak-banyak pun boleh.
Namun untuk masuk Thailand menggunakan kereta sendiri, ada beberapa perkara penting yang anda perlu ketahui terlebih dahulu.
Pintu masuk ke Thailand
Anda boleh masuk ke Thailand melalui beberapa pintu sempadan bergantung pada ke mana anda ingin pergi.
- Wang Kelian – Perlis
- Padang Besar – Perlis
- Bukit Kayu Hitam – Kedah
- Bukit Berapit – Perak
- Rantau Panjang – Kelantan
Dokumen wajib ada sebelum ke Thailand (tanpa mengira jenis pengangkutan)
- Passport
- Visa (Jika menetap lebih 45 hari)
- Insurans perjalanan (tidak wajib namun amat digalakkan)
- Pengesahan tempahan hotel
Dokumen tambahan yang wajib dibawa jika masuk Thailand dengan kereta sendiri
- Passport perjalanan yang sah
- Geran kereta
- Perlindungan insurans perjalanan
- Borang ikrar
- Insurans kereta masuk Thailand
- Borang maklumat kenderaan (TM 2) dan borang maklumat penumpang (TM 3)
- Borang kad putih (white card) untuk setiap pemegang pasport (RM2 setiap satu nama)
Jika anda menggunakan kenderaan orang lain, pastikan anda membawa dokumen tambahan berikut:
- Geran kereta yang asal
- Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
- Surat kebenaran bertulis
Insuran kereta masuk Thailand
Selain passport dan geran kereta, anda diingatkan (wajib) untuk mendapatkan insurans kereta khusus untuk masuk Thailand.
Insuran kereta masuk Thailand boleh dibeli daripada agensi pelancongan yang ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan seperti di Changlun atau Rantau Panjang. Mudah je!
Selain itu, anda juga boleh beli insuran masuk Thailand ketika di kaunter imigresen untuk mengisi borang pengisytiharan. Insurans masuk Thailand ini juga murah sahaja. Kalau untuk seminggu harganya cuma RM20!
Apa yang dilindungi dalam insurans kereta masuk Thailand?
- Kecederaan pihak ketiga sehingga 80K baht (bergantung pada polisi) – perlindungan untuk rakyat Thailand sahaja
- Jika pihak ketiga meninggal atau hilang upaya sehingga 300K baht (bergantung pada polisi) – perlindungan rakyat Thailand sahaja
Insurans kereta ini tidak memberi perlindungan kepada harta benda pihak ketiga ya. Jika anda ingin mendapatkan perlindungan untuk harta benda pihak ketiga, maka anda boleh ambil ‘voluntary insurance’ yang mana ia hanya akan melindungi kenderaan pihak ketiga sahaja.
Panduan jika terlibat kemalangan di Thailand:
- Telefon talian kecemasan 911. Jika hanya melibatkan kemalangan kecil, sila hantar mangsa ke hospital
- Tunjuk salinan insurans kepada polis atau pihak hospital Thailand
- Buat laporan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan di balai polis
- Minta bantuan pihak polis untuk membuat laporan kepada pihak insurans bagi tujuan tuntutan.
Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat untuk anda! Ingat, dapatkan perlindungan insurans sebelum anda pergi melancong bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: