Pertama Kali Nak Bercuti Ke Luar Negara? Jom Tahu 10 Perkara Ini

Bercuti ke luar negara sememangnya menyeronokkan! Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sediakan terlebih dahulu.

Jom ketahuinya menerusi artikel ini.

Info

Written by:

Setiap orang pastinya mempunyai impian untuk pergi bercuti ke luar negara sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun perlu diketahui bahawa bercuti ke luar negara adalah tidak sama seperti bercuti di dalam negara sendiri. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diteliliti terlebih dahulu agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah di negara orang.

Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa tips penting untuk bercuti ke luar negara khususnya buat mereka yang pertama kali ingin melakukannya.

Destinasi

Anda baru pertama kali ingin pergi bercuti ke luar negara bersama rakan atau secara solo? Maka sebaiknya, pilih dahulu destinasi yang berhampiran, contohnya seperti Indonesia, Thailand atau Vietnam. Tujuannya adalah bagi mengumpul pengalaman dan mahir mengenai selok belok ketika berada di negara orang. Namun, pilihan terletak di tangan anda. Jika anda berasa yakin, pergilah bercuti ke negara yang anda impikan bagi menunaikan impian anda.

Tempah tiket

Tempah tiket penerbangan lebih awal

Apabila ingin bercuti ke luar negara, sudah pastilah pengangkutan utama yang perlu digunakan adalah kapal terbang. Elak menempah tiket penerbangan secara last-minute. Sebaiknya, beli tiket penerbangan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda ingin pergi bercuti. Bukan sahaja akan lebih bersedia dan selamat, malah anda juga berpeluang untuk mendapatkan tiket pada harga yang lebih murah. 

Ouh ya! Sebelum beli tiket, pastikan anda bandingkan dulu tiket dengan beberapa website bagi memastikan anda dapat harga terbaik. Nak lagi jimat? Belilah tiket ketika ada promosi!

Tempat penginapan

Buat tempahan untuk penginapan hotel sekurang-kurangnya dua minggu sebelum anda pergi bercuti. Pastikan tempat penginapan anda itu mudah diakses oleh pengangkutan awam dan berhampiran dengan kawasan yang menarik. Sama seperti sebelum membeli tiket penerbangan, pastikan anda turut membuat juga perbandingan sebelum menempah tempat penginapan ya.

Perlu visa atau tidak?

Sebelum memuktamadkan destinasi pilihan anda, pastikan anda kenal pasti dahulu sama ada negara tersebut memerlukan visa atau tidak. Ini kerana sesetengah negara memerlukan pelancong daripada Malaysia mempunyai visa seperti Australia, Amerika, India, China dan banyak lagi. 

Jika perlu, dapatkan dahulu permohonan visa mengikut proses yang sepatutnya. Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja dan hantar dokumen yang diperlukan ke pejabat kedutaan terlibat. Pada kebiasaannya, proses permohonan visa mengambil masa antara dua hari atau seminggu.

Renew passport

Renew passport

Nak melawat negara orang, sudah tentulah anda perlukan salah satu dokumen yang paling penting, iaitu passport. Pastikan passport anda masih sah 6 bulan dari tarikh perjalanan. Jika anda mendapati ia sudah hampir tamat, segera renew passport anda bagi memastikan anda boleh bercuti ke luar negara. 

Kini, anda tidak perlu lagi beratur berjam-jam di kaunter. Renew sahaja passport anda secara online mengikut langkah-langkah yang dikongsikan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia. 

Sediakan itinerary

Jika anda pertama kali ingin bercuti ke luar negara, sebaiknya sediakan itinerary bagi melancarkan percutian anda. Buat perancangan yang teliti. Lakukan research, kenal pasti tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di negara tersebut serta bajet yang diperlukan. 

Ambil suntikan vaksin

Sesetengah negara memerlukan anda untuk mengambil suntikan vaksin seperti Hepatitis A dan Typhoid sebelum membenarkan anda untuk bercuti di negara mereka. Jika perlu, jadi ambillah dahulu ya demi keselamatan anda. 

Beli insurans perjalanan

Beli insurans perjalanan

Ini juga salah satu perkara yang anda tidak boleh lupakan. Sebelum ingin pergi bercuti ke luar negara, pastikan anda dapatkan juga insurans perjalanan bagi menjamin keselamatan anda di negara orang. Insurans perjalanan adalah sangat penting bagi melindungi risiko semasa perjalanan khususnya terhadap kerugian kewangan, termasuk jika anda kehilangan passport, sakit, hilang bagasi dan pelbagai lagi. 

Tukar duit sebelum berlepas

Beberapa hari sebelum berlepas, anda dinasihatan untuk menukar duit ke matawang asing negara yang akan dikunjungi. Elak lakukannya di lapangan terbang kerana tukaran mata wangnya adalah lebih mahal. 

Rajinkan diri untuk memeriksa harga mata wang negara berkenaan. Jika rasa murah dan berbaloi, maka tukarlah ia dengan segera.  

Cetak e-tiket

Kini, kebanyakan servis pernebangan, hotel dan pengangkutan menyediakan sistem e-tiket  bagi memudahkan pengguna. Namun begitu, untuk menjamin keselamatan anda, pastikan anda turut mencetak e-tiket tersebut dan simpan untuk kegunaan kecemasan nanti. 

Semak status perjalanan

Penting! Semak dulu status perjalanan anda sebelum meneruskan perancangan untuk bercuti. Pastikan rekod CCRIS anda bersih supaya anda tidak dinafikan hak untuk pergi bercuti, dan seterusnya memusnahkan rancangan percutian anda. 


Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: