Skip to content
Home » Insurans apa yang perlu diambil oleh ‘Fresh Grads’?

Insurans apa yang perlu diambil oleh ‘Fresh Grads’?

    Insurans adalah bahagian penting dalam perancangan kewangan kita dimana ia dapat membantu kita mempersiapkan diri sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Meskipun anda seorang graduan dan baru memulakan pekerjaan pertama, anda harus mempertimbangkan insurans dalam perancangan kewangan anda.

    Adakah anda merasakan tidak perlukan insurans kerana anda masih mempunyai kesihatan yang baik? Fikirkan semula. Bagaimana jika terjadi sesuatu pada masa hadapan yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan anda? Anda memerlukan penjagaan rapi, bayaran untuk perbelanjaan hospital tetapi kosnya terlalu tinggi? Adakah tabungan anda sudah mencukupi?

    Belia adalah masa yang tepat untuk membina kewangan asas anda. Tahukah anda bahawa insurans adalah jauh lebih murah ketika anda muda!

    Ketahui tujuan anda semasa membeli insurans

    Anda perlu tahu apa yang anda ingin dapatkan. Membeli insurans bermaksud anda melindungi diri anda daripada berlaku kemungkinan kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

    Ia termasuk — membayar bil perubatan, perbelanjaan kemasukan ke hospital ataupun sekiranya anda kehilangan sumber pendapatan jika didiagnosis dengan penyakit kritikal, kecacatan atau kematian yang tidak dijangka.

    Dengan purata gaji graduan beranggaran RM2,400 sebulan, anda mungkin ingin pertimbangkan untuk membeli polisi insurans yang tepat.

    Perlindungan insurans apa yang anda perlu pertimbangkan?

    Ya, ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi para graduan yang tidak mempunyai kefahaman yang luas mengenai jenis-jenis insurans yang ada. Oleh itu, mereka mungkin akan terus membeli tanpa membuat kajian menyeluruh terlebih dahulu. Itu tidak betul.

    Perlindungan insurans boleh menjadi pelaburan jangka panjang anda, oleh itu anda harus pastikan yang anda tahu apa yang anda beli. Disini, kami sertakan beberapa insurans yang anda boleh pertimbangkan untuk dibeli!

    Insurans perubatan

    Bagi kebanyakan graduan yang baru sahaja memulakan perjalanan ke alam pekerjaan, penting untuk anda pastikan kesihatan yang baik agar karier anda tidak terganggu dengan masalah kesihatan.

    Sejajar dengan kenaikan kos perubatan di Malaysia, insurans perubatan membantu menanggung perbelanjaan perubatan dan pembedahan seseorang individu.

    • Kad perubatan: menanggung kos perubatan dan pembedahan
    • Insurans penyakit kritikal: bayaran dibuat dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada pemegang polisi selepas didiagnosis dengan penyakit serius
    • Insurans pendapatan kurang upaya: menyediakan pendapatan tambahan sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan anda kehilangan upaya untuk bekerja

    Insurans nyawa

    Insurans nyawa adalah insurans yang perlu dipertimbangkan untuk keluarga anda. Tambahan pula jika anda merupakan satu-satunya tulang belakang dalam keluarga (sekiranya anda mempunyai tanggungan atau tunggakan liabiliti).

    Di sini, anda boleh merasa lega mengetahui bahawa keluarga anda akan mendapat bantuan kewangan sekiranya anda meninggal dunia ataupun didiagnosis dengan penyakit yang menyebabkan anda kehilangan upaya secara kekal (PTD). Anda boleh pastikan keluarga anda mempunyai kestabilan kewangan apabila ketiadaan anda (perbelanjaan harian, membayar yuran pelajaran, melunaskan hutang) ataupun perbelanjaan penjagaan dan perubatan untuk menjaga anda sekiranya anda kehilangan upaya secara kekal.

    Anda mempunyai dua pilihan untuk memilih insurans hayat iaitu:

    • Insurans nyawa bertempoh: memberi perlindungan untuk tempoh waktu yang tertentu (kebiasaannya 30 tahun)
    • Insurans nyawa: memberi perlindungan seumur hidup dengan komponen nilai tunai

    Perlindungan Penyakit Kritikal 

    Anda akan dibayar secara sekaligus (lump sum) sekiranya anda didiagnosis diantara 36 jenis penyakit kritikal, yang kebiasaannya dilindungi oleh kebanyakan polisi insurans.

    Pemegang polisi boleh memilih cara untuk menggunakan bayaran sekaligus tersebut, memandangkan ia tidak terhad kepada rawatan perubatan sahaja.

    —-

    Normal jika anda tidak biasa dengan mana-mana terma yang disebutkan dalam insurans. Tetapi anda perlu tahu perkara asas, untuk pastikan yang anda tahu apa yang anda cari ketika bercakap dengan syarikat insurans.

    Sama ada insurans perubatan, insurans nyawa atau insurans penyakit kritikal, anda perlu tahu apa yang anda beli, pastikan anda tidak terlebih perlindungan bagi mengelakkan kerugian dan premium yang tinggi dalam masa akan datang.

    Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebarang polisi insurans, hubungi ejen kami di Bjak! Kami sedia membantu anda mencari dan memilih pelan insurans yang terbaik sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

    (Sumber: purata gaji graduan, Focus MY)