Skip to content
Home » Insurans Kereta: Apa Jadi Jika Ejen Insurans Anda Berhenti

Insurans Kereta: Apa Jadi Jika Ejen Insurans Anda Berhenti

    Ejen insurans berhenti

    Andai kata, anda sudah terbiasa membeli polisi insurans melalui ejen selama bertahun-tahun. Namun suatu hari, ejen anda itu memutuskan untuk berpindah ke agensi lain atau keluar dari bidang pekerjaan tersebut. Apabila ia berlaku, apakah yang akan terjadi kepada polisi insurans anda?

    Adakah anda perlu ikut juga mereka? Adakah anda terikat secara kontrak dengan agensi itu? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Apa berlaku kepada polisi anda jika ejen insurans anda berhenti?

    Ejen anda membantu menyampaikan maklumat daripada syarikat, memperbaharui pelan polisi, mempercepatkan proses tuntutan, membuat rayuan, dan sebagainya.

    Tetapi kontrak polisi adalah perjanjian antara anda dan syarikat insurans, bukan ejen. Ejen hanya berfungsi sebagai perantara di antara syarikat insurans dengan individu yang diinsuranskan.

    Oleh itu, polisi insurans anda akan kekal meskipun jika ejen anda meninggalkan syarikat.

    Siapa yang akan menjadi ejen baru anda?

    Ejen yang bertanggungjawab akan mencari rakan sekerja yang bersedia untuk mengambil pelanggannya sebelum pergi. Ejen yang ingin mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan yang menyokong mereka akan memaklumkan kepada pelanggan mereka secara peribadi terlebih dahulu, sambil menjelaskan keputusan mereka untuk keluar.

    Walau bagaimanapun, sesetengah ejen mungkin berhenti tanpa memaklumkan anda dan seterusnya meninggalkan anda tanpa pengawasan. Jadi, pelanggan tersebut mungkin akan menerima surat daripada syarikat insurans berkenaan bagi memaklumkan tentang  ketiadaan ejen mereka.

    Jangan terlalu risau tentang apa yang akan berlaku kepada polisi insurans anda. Anda masih pelanggan syarikat insurans tersebut, oleh itu mereka akan ‘menjaga’ anda selagi tempoh kontrak polisi anda belum tamat. 

    Penanggung insurans boleh meletakkan mana-mana polisi insurans pelanggan yang sudah ketiadaan ejen kepada ejen insurans mereka yang masih aktif.  Anda akan menerima surat pemberitahuan bagi memaklumkan bahawa polisi anda telah diambil oleh wakil lain (ejen) daripada syarikat insurans tersebut.

    Kenapa ejen insurans pergi?

    Ejen insurans anda mungkin mempunyai rancangan lain untuk mereka. Terdapat dua sebab utama mengapa ejen pergi.

    • Mereka mahu meninggalkan industri secara keseluruhan untuk mencari peluang yang lebih baik, selain daripada insurans.
    • Mereka berpindah untuk bekerja dengan syarikat lain yang memberi mereka lebih banyak manfaat.

    Perlukah anda mengikut ejen anda ke syarikat insurans baharunya?

    Sesetengah ejen yang mempunyai hubungan baik dengan pelanggan setia mereka mungkin menggunakan peluang ini untuk membawa mereka ke bawah mereka. Mereka mungkin memberitahu anda bahawa syarikat insurans baharu yang mereka kerja itu mempunyai tawaran dan perlindungan yang lebih baik.

    Bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Jangan membuat keputusan untuk mengikut ejen anda hanya kerana anda mempunyai hubungan yang baik dengannya. Sudah tentu, dia akan menyatakan bahawa insuransnya lebih baik kerana dia ingin menjual produknya.

    Oleh itu, buat kaji selidik terlebih dahulu sebelum anda menentukan sama ada ia berbaloi untuk ditukar. Ingat, anda yang membayarnya.

    Elak masalah, beli insurans secara online

    Kami mengesyorkan anda membeli insurans secara dalam talian bagi menyelamatkan diri anda daripada masalah pada masa hadapan.

    Gunakan sahaja laman web perbandingan insurans terbesar di Malaysia, Bjak untuk membeli insurans anda. Anda boleh melakukannya dengan mudah di mana-mana sahaja berada.

    Kami menyediakan lebih daripada 10 jenama insurans untuk anda pilih. Anda boleh lihat dahulu dan buat perbandingan dengan pelbagai syarikat insurans dengan mudah. Kami pasti akan membantu anda mendapatkan pelan polisi terbaik mengikut bajet dan keperluan anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: