Skip to content
Home » Berapa Kalikah Anda Boleh Buat Tuntutan Insurans Kenderaan?

Berapa Kalikah Anda Boleh Buat Tuntutan Insurans Kenderaan?

    Tuntutan insurans

    Insurans kereta adalah penting bagi melindungi kenderaan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya. Perlindungan tersebut sedikit-sebanyak boleh melegakan pemilik kenderaan jika perkara seperti itu berlaku terhadap mereka. Mereka boleh memaklumkan kepada syarikat insurans untuk membantu mereka menanggung kerosakan yang dialami oleh kenderaan, dan ia dipanggil sebagai tuntutan insurans.

    Namun, tahukah anda berapa banyak/ kali tuntutan yang dibenarkan dalam polisi insuran kereta anda? Sesetengah individu mungkin tidak tahu tentang had untuk memfailkan tuntutan (dalam tempoh setahun). Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Berapa kalikah tuntutan insurans boleh difailkan dalam tempoh setahun?

    Syarikat had tidak menetapkan sebarang had untuk membuat tuntutan insurans

    Untuk pengetahuan anda, kebanyakan perlindungan insurans tidak mengehadkan bilangan tuntutan yang boleh anda failkan. Bermakna, tiada had atau sekatan terhadap bilangan tuntutan yang dibenarkan di bawah polisi anda dalam setahun.

    Oleh itu, anda boleh memfailkan seberapa banyak tuntutan yang anda mahu.

    Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa jumlah tuntutan yang banyak boleh menjejaskan NCD insurans kereta anda. NCD adalah satu bentuk ‘ganjaran’ atau diskaun untuk anda jika tiada tuntutan dibuat ke atas polisi insurans anda setiap tahun. Kadar NCD adalah berbeza mengikut kelas kenderaan.

    Diskaun NCD kereta antara 25-55% akan diberikan secara automatik pada premium insurans yang anda perlu bayar. Semakin tinggi kadar NCD anda, semakin murah premium insurans yang anda akan bayar untuk tahun itu. 

    Bolehkah anda memfailkan tuntutan insurans setiap kali terlibat kemalangan?

    Walau bagaimanapun, kelulusan bagi tuntutan insurans tetap bergantung kepada dua faktor berikut: 1) jenis tuntutan dan, 2) tahap kerosakan pada kenderaan anda.

    tuntutan insurans

    Anda dinasihatkan untuk memfailkan tuntutan insurans kereta jika kerosakan pada kenderaan itu adalah besar. Dengan kata lain, anda digalakkan untuk membayar menggunakan wang sendiri jika kerosakan tersebut hanya sedikit sahaja dan tidak begitu teruk. Contohnya seperti kesan kemek pada bumper atau kerosakan cermin.

    Selain mengelakkan kerumitan dalam pemfailan tuntutan insurans, anda boleh menjimatkan diskaun NCD anda.

    Kelemahan memfailkan tuntutan insurans berulang kali

    Menjejaskan kadar NCD

    Syarikat insurans akan menambah kadar diskaun NCD anda sehingga maksimum 55% (bagi insurans kereta) selagi anda tidak memfailkan sebarang tuntutan insurans. 

    Jika anda memfailkan tuntutan, anda mungkin akan kehilangan diskaun ini. Jadi, pastikan anda hanya failkan tuntutan insurans kereta jika kos pembaikan lebih tinggi daripada jumlah NCD.

    Anda boleh mempertimbangkan untuk membayar kerosakan menggunakan wang poket anda sendiri jika anda menyebabkan kemalangan itu demi menyimpan NCD anda. Kebanyakan orang akan memilih untuk menyelesaikannya secara peribadi jika kerosakan yang ditanggung lebih kecil daripada apa yang boleh ‘diselamatkan’ dari kadar NCD semasa.

    Anda boleh menyemak kadar NCD anda secara dalam talian. Hanya berikan nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan anda sahaja.

    Premium meningkat

    Tuntutan berulang kali bermakna anda memberi risiko yang lebih tinggi kepada syarikat insurans. Akibatnya, syarikat insurans mungkin akan meningkatkan kadar premium apabila anda memperbaharui polisi insurans.

    Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemanduan yang selamat. Elakkan sebarang kemungkinan kemalangan jalan raya yang boleh membawa kepada tuntutan insurans.

    Elak terlibat dalam pemanduan yang boleh merisikokan anda; tidak memandu ketika cuaca buruk; letak kereta anda di garaj atau kawasan tertutup, dan pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik.

    Elakkan tuntutan insurans berulang kali untuk mengekalkan NCD anda

    Sukar untuk mengagak sama ada memfailkan lebih daripada satu tuntutan akan menjejaskan polisi anda kerana peraturan berbeza mengikut syarikat insurans.

    Pembekal insurans anda tidak akan sesuka hati membatalkan polisi anda jika anda memfailkan tuntutan berulang-kali.

    Namun, jangan leka. Tuntutan berulang kali boleh menyebabkan syarikat insurans anda menaikkan premium anda atau memutuskan untuk tidak memperbaharui semula polisi anda pada penghujung tempoh polisi.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: