Skip to content
Home » Insurans Kereta: Beli Online vs Ejen

Insurans Kereta: Beli Online vs Ejen

    Beli insurans online

    Susulan krisis COVID-19, dunia telah berubah secara drastik. Pergerakan dan aktiviti kita agak terbatas akibat daripada penularan virus tersebut. Antara perubahan utama yang dapat kita lihat adalah apabila masyarakat mula belajar menyesuaikan diri dengan penggunaan internet. Beli-belah atau mesyuarat, sebut sahaja – semuanya dilakukan secara dalam talian. Ia juga termasuklah pembelian insurans.

    Norma baru: beli insurans online

    Anda mungkin masih ingat situasi bagaimana ejen insurans dilihat cuba ‘mendekati’ orang ramai apabila sedang berjalan di pusat membeli-belah. Anda kemudiannya perlu menghentikan seketika apa sahaja yang anda sedang lakukan dan luangkan sedikit masa mendengar apa yang mereka jelaskan tentang produk mereka. Ia boleh memakan masa dan kadang-kala agak menakutkan apabila ‘ditekan’ oleh ejen. Ya, kami tahu bagaimana rasanya.

    Tetapi hari-hari seperti itu sudah lama berlalu! Terdapat cara yang lebih ‘luar biasa’ untuk membeli insurans, iaitu secara dalam talian! Membeli insurans dalam talian adalah mudah, tidak rumit malah kos efektif.

    Anda akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan dengan pelbagai syarikat sebelum membeli apa-apa produk insurans, termasuk polisi insurans anda. Anda tidak perlu tertekan dengan masa dan boleh meluangkan waktu untuk menyemak setiap polisi ikut kemahuan anda. 

    Kelebihan beli insurans online

    Buying Car Insurance Online vs Agent

    Namun sesetengah individu masih lebih suka menggunakan cara konvensional untuk membeli insurans. Mereka masih lakukannya mengikut cadangan ejen atau broker insurans mereka. Jadi, mari lihat perbandingan antara membeli insurans secara dalam talian dan ejen.

    Kos

    • Dalam talian

    Kebanyakan produk insurans yang dibeli secara dalam talian adalah lebih murah. Mengapa begitu?

    Ini kerana tiada kos perantara yang akan dikenakan kepada anda memandangkan anda membelinya secara terus daripada syarikat insurans. Anda hanya membayar jumlah premium yang dinyatakan, tanpa sebarang kos tersembunyi.

    • Ejen

    Ejen memiliki perniagaan sendiri dan mereka perlu menjana pendapatan. Jadi pada kebiasaannya, mereka akan mengenakan komisen tertentu kepada syarikat insurans kerana menjual produk mereka.

    Ketelusan

    • Dalam talian

    Anda mendapat akses yang baik untuk pembekal insurans anda secara langsung dan bukannya meminta orang tengah menyampaikan maklumat. Anda boleh memastikan tiada masalah komunikasi dalam penyampaian maklumat.

    Setiap terma insurans dinyatakan kepada anda secara dalam talian. Tiada syarat tersembunyi atau ‘penambahan luar biasa’.

    • Ejen

    Mungkin berlaku ketidaktepatan dalam maklumat semasa anda membeli insurans – sama ada dari segi jumlah premium atau lain-lain.

    Research/ perbandingan dalam talian

    • Dalam talian

    Anda pastinya inginkan pelan insurans yang terbaik untuk anda. Oleh itu penting untuk anda membandingkan dahulu pelbagai polisi insurans sebelum mendapatkannya. Jadi melalui dalam talian, anda boleh menyemak pelbagai pelan, mengetahui cirinya dan membuat keputusan dengan lebih mudah tanpa sebarang tekanan. 

    • Ejen

    Jika anda membeli insurans daripada ejen, anda mungkin hanya memilih pelan yang ejen tersebut cadangkan, tanpa maklumat tambahan. Ya, anda mungkin sudah memenuhi keperluan anda, tetapi anda mungkin tidak mendapatkan tawaran terbaik yang anda sepatutnya boleh perolehi.

    Menjimatkan masa

    • Dalam talian

    Anda menjimatkan masa dan tenaga anda apabila membeli insurans secara dalam talian. Semuanya dilakukan dengan hanya beberapa klik termasuk mengisi borang/ maklumat, membuat pembayaran, dan memuat naik dokumen.

    Anda hanya boleh menyelesaikannya dalam masa 10 minit sahaja.

    • Ejen

    Berurusan dengan ejen mungkin mengambil sedikit masa kerana anda perlu membuat ‘lawatan secara fizikal’ ke pejabat syarikat insurans berkenaan. Selain itu, proses pertukaran dokumen, mengisi borang dan menunggu kelulusan mungkin mengambil sedikit masa.

    Beli insurans online di Bjak

    Adakah membeli insurans dalam talian disyorkan? Berdasarkan perkongsian di atas, maka jawapan kami adalah ya. Membeli insurans dalam talian adalah mudah, kos efektif dan tidak rumit.

    Sila pastikan anda pergi ke laman web penyedia insurans yang disahkan seperti Bjak, yang juga merupakan laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia.

    Anda boleh melayari laman web kami untuk memperbaharui insurans anda. Bandingkan dengan pelbagai syarikat insurans pada harga terendah tanpa sebarang kos tersembunyi di Bjak! Kami mempunyai lebih daripada 15 jenama insurans untuk anda pilih. Terima sebut harga percuma dalam masa 3 minit sahaja.

    Baca juga: