Apabila melalui sekatan jalan raya atau roadblock, pihak berkuasa pada kebiasaannya akan memeriksa sama ada kenderaan anda memiliki roadtax yang sah atau tidak, bukan?
Jarang sekali (atau mungkin tidak pernah berlaku) pihak berkuasa meminta anda mengemukakan polisi insurans anda untuk diperiksa.
Baiklah, logiknya di sini. Apabila kereta anda memiliki roadtax yang sah, ini bermakna secara tidak langsung anda juga telah memiliki perlindungan insurans untuk kereta anda.
Jika anda seseorang yang sudah lama memiliki kereta, anda pasti sudah faham konsep ini – untuk renew roadtax, anda perlu dapatkan atau perbaharui dahulu insurans kereta anda. Ini bermakna, anda tidak boleh renew roadtax tanpa memperbaharui insurans untuk kenderaan anda. Dengan kata lain, insurans diperlukan untuk anda renew semula roadtax kenderaan. Jelas kan?
Tetapi, mengapakah kereta anda perlu dilindungi insurans? Apakah sebabnya anda dilarang memandu jika kenderaan tidak memiliki insurans?
Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kenapa anda tidak boleh memandu kenderaan tanpa insurans?
Salah di sisi undang-undang
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax, yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.
Seperti yang dijelaskan di atas tadi, bagi mendapatkan roadtax, anda sebagai pemilik kenderaan perlu terlebih dahulu memperbaharui insurans. Jadi, jika anda tidak memperbaharui/ membeli insurans kenderaan, ini bermakna kereta anda juga tidak boleh mendapatkan roadtax yang sah untuk digunakan di atas jalan raya. Secara tidak langsung, kenderaan anda dianggap digunakan secara ‘haram’ di atas jalan raya dan anda boleh berdepan tindakan saman jika dikesan melakukannya.
Risiko tanggung sendiri kos akibat kemalangan
Ketika memandu, setiap daripada kita berdepan dengan risiko kemalangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja sama ada secara sendirian atau melibatkan kenderaan lain.
Malang tidak berbau. Andai kata anda memandu kereta tanpa perlindungan insurans yang sah dan secara tiba-tiba terlibat dalam kemalangan, bagaimana anda ingin membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan pada kenderaan anda?
Nak dapatkan bantuan khidmat tunda secara percuma daripada syarikat insurans pun tidak boleh! Pastinya keadaan ini akan menyusahkan dan merugikan anda.
Bahkan, anda mungkin terpaksa menanggung kos pembaikan kenderaan mencecah ribuan ringgit. Rugi kan?!
Kereta rosak ketika memandu? Tanggung sendiri
Perlindungan insurans terutamanya pelan komprehensif akan membolehkan anda untuk menerima pelbagai manfaat. Antaranya termasuklah bantuan tepi jalan seperti pertukaran tayar, khidmat tunda percuma, bantuan tepi jalan dan lain-lain.
Tanpa insurans, anda perlu berdepan dan menanggung sendiri situasi ini secara sendirian tanpa boleh mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Selain merugikan wang anda, situasi ini juga secara tidak langsung akan menyusahkan anda!
Tiada ketenangan
Jika tiada insurans, ini bermakna kereta anda juga tiada roadtax yang sah. Andai kata anda terpaksa melalui roadblock, anda pastinya akan berasa gelisah kerana keberangkalian untuk anda ditahan dan dikenakan saman sangat tinggi gara-gara gagal mempamerkan roadtax yang sah.
Selain itu, anda juga pastinya akan berasa risau dengan risiko kemalangan atau kerosakan ketika sedang memandu. Mana tidaknya, segalanya anda perlu tanggung sendiri nanti jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda.
Beri perlindungan untuk kereta anda
Insurans kenderaan adalah sangat penting untuk anda. Berbanding daripada terpaksa menanggung beban kewangan sendiri bagi membaiki kerosakan pada kenderaan akibat kemalangan, jumlah yang dikeluarkan untuk membeli insurans adalah jauh lebih murah.
Dapatkan perlindungan insurans terbaik seperti pelan komprehensif untuk perlindungan lebih menyeluruh. Namun jika ia melebihi bajet, dapatkanlah sekurang-kurangnya pelan polisi pihak ketiga untuk kereta anda asalkan ia dilindungi.
Untuk cari pelan insurans terbaik, anda boleh juga dapatkannya di Bjak. 15 jenama insurans disediakan untuk anda pilih. Layari dahulu Bjak untuk dapatkan sebut harga dalam hanya 3 minit.