Undang-undang menetapkan bahawa setiap kenderaan yang berdaftar perlu memiliki perlindungan insurans sekurang-kurangnya polisi yang paling asas, iaitu polisi insurans kereta third party (pihak ketiga) supaya anda atau pihak yang terbabit dalam kemalangan boleh dilindungi insurans tatkala ia berlaku.
Jika sebelum ini kami sudah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlindungan insurans komprehensif, kali ini kami akan kongsikan pula tentang insurans third party untuk pemahaman anda.
Mengenai polisi insurans kereta third party
Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, perlindungan insurans kereta adalah berbeza dan ia bergantung kepada jenis polisi yang diambil. Untuk peringatan semula, terdapat 3 jenis polisi insurans kereta yang ada di pasaran yang boleh pemilik kenderaan miliki.
Polisi yang paling mahal dan mempunyai banyak perlindungan semestinya adalah polisi jenis komprehensif. Manakala, polisi yang paling asas dan murah pula adalah polisi insurans pihak ketiga.
Apakah perkara yang dilindungi dalam insurans kereta third party?
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan paling menyeluruh iaitu untuk kenderaan anda dan juga pihak ketiga, dan itulah sebabnya mengapa pelan insurans komprehensif adalah lebih mahal berbanding pelan insurans lain.
Namun, berbeza dengan polisi insurans komprehensif, polisi insurans kereta third party ini pula hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sahaja, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.
Dengan memiliki polisi ini, segala kerosakan sama ada teruk atau tidak pada kenderaan anda perlu ditanggung oleh anda sendiri (jika kemalangan berpunca daripada anda). Tiada tuntutan boleh dibuat untuk kenderaan anda, dan polisi insurans anda itu hanya akan membayar pampasan untuk pihak ketiga yang dilanggar oleh anda.
Siapakah yang layak membeli polisi insurans pihak ketiga?
Pada kebiasaannya, polisi ini dibeli oleh pemilik bagi kenderaan yang sudah berusia 15 tahun ke atas.
Adakah polisi ini boleh diambil oleh pemilik bagi kenderaan berusia 10 tahun ke bawah?
Polisi ini tidak boleh diambil untuk kenderaan yang berusia 10 tahun ke bawah kerana kenderaan berkenaan secara dasarnya diwajibkan untuk dilindungi insurans jenis komprehensif.
Bilakah anda boleh renew insurans kereta third party?
Anda boleh renew insurans dengan polisi pihak ketiga apabila kenderaan anda sudah agak lama iaitu berusia 15 tahun ke atas. Bagaimanapun, anda disarankan untuk mempertimbangkan perlindungan insurans pihak ketiga, kecurian atau kebakaran (TPFT) sekiranya layak untuk mendapatkan lebih perlindungan.
Bolehkah anda membeli perlindungan tambahan di bawah polisi pihak ketiga?
Kebanyakan syarikat insurans tidak menawarkan perlindungan tambahan untuk polisi insurans pihak ketiga. Majoritinya menetapkan pemilik kenderaan untuk mengambil polisi insurans komprehensif bagi membolehkan mereka mengambil perlindungan tambahan.
Bagaimanapun, ada juga syarikat insurans yang membolehkan pemegang polisi pihak ketiga untuk mengambil sesetengah jenis perlindungan tambahan. Antaranya ialah syarikat insurans Allianz yang menyediakan perlindungan tambahan liabiliti undang-undang kepada penumpang.
Adakah polisi insurans kereta third party disediakan oleh semua syarikat insurans?
Terdapat sesetengah syarikat insurans yang tidak menyediakan polisi insurans pihak ketiga kepada pengguna. Jadi, anda boleh semak terlebih dahulu dengan syarikat insurans dan lihat sama ada polisi ini disediakan oleh mereka atau tidak.
Anda terlanggar kereta lain dan kenderaan anda turut rosak teruk. Bolehkah anda tuntut insurans untuk baiki kerosakan pada kenderaan anda dengan polisi third party?
Tidak. Tuntutan insurans hanya boleh dibuat oleh pihak ketiga terhadap polisi insurans anda. Kerosakan pada kereta anda perlu ditanggung menggunakan wang anda sendiri.
Kereta anda dilanggar oleh kenderaan lain. Perlu dan bolehkah anda tuntut insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga yang anda miliki?
Tidak. Jika kemalangan itu bukan berpunca daripada anda, maka anda boleh membuat tuntutan insurans terhadap pihak yang melanggar kereta anda.
Adakah polisi insurans pihak ketiga berbaloi untuk diambil?
Pada pandangan Bjak, insurans kereta third party hanya sepatutnya diambil jika kenderaan anda tidak lagi lagi layak untuk mendapatkan perlindungan komprehensif atau insurans pihak ketiga, kecurian atau kebakaran (TPFT).
Jika kenderaan anda baru berusia atas sedikit daripada 10 tahun, cuba dapatkan nasihat daripada ejen sama ada masih boleh memiliki perlindungan komprehensif atau pun tidak. Ini bagi memastikan kenderaan anda mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi bagi mengelakkan bebanan kewangan sekiranya berlaku sesuatu kelak.
Dapatkan perlindungan terbaik untuk kereta anda
Meskipun polisi insurans pihak ketiga atau third party lebih murah berbanding yang lain, namun anda perlu ingat bahawa ia tidak akan melindungi kenderaan anda, mahupun menanggung segala kerosakan atau kerugian yang berlaku pada kenderaan anda jika terbabit kemalangan.
Sebagai seorang pemilik kereta yang bijak, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda dilindungi secukupnya. Ini bagi memastikan tidak berlaku kerugian terutamanya dari segi kewangan pada masa akan datang.
Sebaiknya, cuba dapatkan perlindungan insurans jenis komprehensif untuk kereta anda. Meskipun agak mahal, yang pasti, ia lebih terjamin dan selamat.
Untuk lihat dahulu pelan komprehensif terbaik yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans, anda boleh sahaja layari Bjak. Dapatkan dahulu sebut harga untuk melakukan perbandingan. Sebanyak 15 jenama insurans disediakan dan anda boleh lihat dan pilih satu yang terbaik untuk kereta anda.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: