Skip to content
Home » Kenapa Kena Beli Insurans Kereta SOMPO Motor?

Kenapa Kena Beli Insurans Kereta SOMPO Motor?

    insurans sompo motor - cover

    Insurans kereta adalah suatu keperluan penting yang perlu ada bagi memastikan kenderaan anda boleh sah digunakan di jalan raya tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

    Insurans kereta ini wajib kerana ia mempunyai peranan penting dalam melindungi pemilik kenderaan dan juga pihak lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bagi anda yang sedang pening nak mencari insurans kereta yang bagus, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk ambil insurans ditawarkan Berjaya SOMPO kerana banyak manfaatnya. Untuk membantu anda, ketahui 6 sebab utama kenapa anda perlu beli insurans kereta SOMPO Motor ini.

    Apakah SOMPO Motor?

    SOMPO Motor ialah polisi insuran kereta komprehensif untuk kereta persendirian dari Berjaya Sompo. Pelan ini melindungi pemilik kenderaan untuk kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan mereka, kecurian kenderaan dan liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan atau kematian serta kerosakan pada harta benda pihak lain.

    Berbeza dari insurans kenderaan biasa, SOMPO Motor menawarkan pakej khas yang membolehkan pemilik kenderaan menjimatkan premium sambil menikmati perkhidmatan penting dan faedah lain.

    Sebab kena pilih insurans kereta SOMPO Motor?

    Peril Khas Penuh (Komplimentari)

    Perlindungan peril khas ini meliputi kerugian atau kerosakan pada kereta anda yang disebabkan oleh banjir, taufan, puting beliung, ribut, ribut kencang, gempa bumi, tanah runtuh, atau bencana alam yang lain.

    Kos tunda tanpa had (Komplimentari)

    Bagi anda yang memilih perlindungan komprehensif, anda layak untuk menikmati perkhidmatan menunda tanpa had di dalam Malaysia ke mana-mana bengkel pilihan anda.

    Perlindungan untuk semua pemandu

    Semua pemandu yang dibenarkan akan dilindungi secara automatik dan penamaan pemandu tidak diperlukan.

    Pelan ansuran faedah 0% selama 6 bulan atau 12 bulan

    Pelanggan mempunyai pilihan untuk mengambil pelan ansuran pada kadar faedah 0% selama 6 bulan atau 12 bulan untuk kad kredit yang dikeluarkan oleh Maybank & CIMB Bank yang mempunyai jumlah bayaran minimum RM600.

    Bantuan Tepi Jalan Rakan Auto 24 Jam

    Perkhidmatan 24/7 bantuan tepi jalan tersedia sepanjang masa sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kecemasan di jalan raya.

    Kelulusan pantas insurans kereta & penyelesaian terus sehingga RM5,000

    Bayaran balik tuntutan insurans kereta yang ditawarkan dalam pelan SOMPO Motor ini boleh dapat dalam tempoh 1 jam sahaja.

    Mana nak beli insurans kereta Berjaya Sompo?

    Anda boleh membeli insurans kereta Berjaya Sompo dengan mudah di Bjak, laman perbandingan insurans semua-dalam-satu anda yang membolehkan anda membandingkan pelbagai jenama sekaligus dan memilih polisi yang ideal untuk harga terendah.

    Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma daripada Berjaya Sompo di Bjak dan perbaharui dengan mudah dengan pilihan paylater kami. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyesuaikan penambahan anda semasa memperbaharui insurans di Bjak, termasuk pelan VIP kami. Klik pada butang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: