Skip to content
Home » Apa Insuran Kenderaan & Kenapa Perlu Ada

Apa Insuran Kenderaan & Kenapa Perlu Ada

Apa Insuran Kenderaan & Kenapa Perlu Ada

Pengenalan

Setiap kali nak renew roadtax, mesti ada insuran kenderaan dulu. Tapi, anda tahu fungsi sebenar insurans? Ramai sangka ia cuma syarat wajib. Sebenarnya, insurans lindung anda daripada kos besar kalau berlaku kemalangan atau kecurian.

Jadi penting faham bukan sekadar “kena ada”. Anda juga perlu tahu apa yang dilindungi dan pelan mana sesuai. Bila faham, boleh elak bayar lebih atau pilih pelan yang tak berbaloi.


Apa Itu Insurans Kenderaan

Insurans kenderaan lindung kewangan anda sekiranya kereta rosak, hilang, atau terbakar.
Bayar premium tahunan, syarikat insurans tanggung kos tertentu ikut pelan.

Di Malaysia, semua kenderaan wajib ada insurans pihak ketiga (Third Party) sebelum boleh renew roadtax. Tanpa polisi sah, permohonan roadtax tak lulus.


Jenis-Jenis Insurans Kenderaan

  1. Third Party Only – lindung pihak lain sahaja, bukan kereta anda.
  2. Third Party, Fire and Theft – tambah perlindungan kalau kereta terbakar atau dicuri.
  3. Comprehensive (First Party) – paling lengkap; lindung kereta anda dan pihak lain. Boleh tambah add-on seperti banjir, cermin, dan pemandu tambahan.

 Infografik menunjukkan tiga jenis insurans kenderaan utama di Malaysia dengan perbezaan liputan dan contoh situasi setiap satu.

Kenapa Perlu Ada Insurans Kenderaan

Selain “kena ada”, faedahnya:

  • Perlindungan kewangan – tak perlu bayar sendiri bila kemalangan.
  • Patuh undang-undang – wajib ikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Bantuan kecemasan – sesetengah pelan ada towing & roadside assistance.
  • Tuntutan mudah – urus terus melalui bengkel panel insurans.

Cara Semak dan Renew Insurans

Semak atau renew insurans boleh buat online.
BJAK memudahkan:

  • Banding harga syarikat insurans.
  • Pilih pelan sesuai.
  • Renew insurans & roadtax sekali.

Polisi dikeluarkan serta-merta, dihantar melalui e-mel atau WhatsApp. Mudah dan cepat.


Kesimpulan

Insuran kenderaan bukan sekadar dokumen wajib yang diperlu untuk renew roadtax. Insuran tersebut adalah untuk keselamatan & perlindungan kewangan anda jika berlaku kemalangan. Buat pilihan pelan insuran mengikut kerperluan & bajet anda. Semak sahaja di BJAK sebelum renew insuran untuk semakan panel & perlindungan yang terbaik tanpa bayar lebihan.

Baca Juga:

Dokumen Diperlu Untuk Tuntutan Insurans

Road Safety Awareness: Insurans & Keselamatan Jalan Raya

Perbandingan Insurans Konvensional vs Takaful